Bantahan Itu Demokrasi Sihat Kata Calon Amanah Paroi


 
Norwani Ahmat berkempen di pasar malam Senawang minggu lalu. Beliau antara dua calon wanita PH-BN di Negeri Sembilan. (Gambar Bernama)SEREMBAN: Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan, Norwani Ahmat berkata, bantahan terhadap pencalonannya di Paroi oleh akar umbi setempat sebahagian daripada demokrasi sihat.
Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata, walaupun ahli Amanah berhak menyokong sesiapa saja yang mereka mahu, mereka juga perlu menghormati keputusan pucuk pimpinan parti bagi memastikan disiplin dijaga.
“Pasukan kami bertemu (wakil dari Amanah) Rembau dan Paroi (bahagian). Insya Allah, saya percaya kita akan lebih bersatu,” katanya dalam temubual dengan FMT.
Pencalonan Norwani mendapat tentangan beberapa ketua cawangan parti di Paroi yang mahu beliau digantikan bekas Adun Taufek Abd Ghani.
Tetapi, pada hari penamaan calon, Taufek menyuarakan sokongannya terhadap pencalonan Norwani dan berharap akar umbi parti akan menyokongnya.
Norwani mewakili PH di kerusi Parlimen Jempol pada PRU15, tetapi tewas kepada Shamsul Kahar Deli dari Barisan Nasional dengan majoriti 5,857 undi.
Memandangkan Amanah hanya diperuntukkan dua kerusi – Klawang dan Paroi – untuk bertanding di Negeri Sembilan, katanya, parti itu memutuskan untuk meletakkan calon wanita sejajar keputusan PH-BN meletakkan lebih ramai calon wanita pada PRN 12 Ogos ini.
Norwani mengakui lima calon wanita dipilih dua gabungan itu di Negeri Sembilan masih tidak memenuhi kuota 30% yang disokong sayap Wanita PH-BN, tetapi ia langkah ke arah yang betul.
“Saya amat gembira apabila calon wanita ditampilkan. Amalan ini perlu diteruskan, lebih-lebih lagi memandangkan ‘adat perpatih’ di Negeri Sembilan di mana wanita lebih tinggi kedudukannya. Justeru, penglibatan wanita sebagai calon dalam bidang politik harus digalakkan.”
“Adat perpatih” Negeri Sembilan memberi penekanan untuk mengangkat martabat wanita. Keturunan keluarga dikira melalui ibu dan wanita akan mewarisi harta nenek moyang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/bantahan-itu-demokrasi-sihat-kata-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Johor Mesyuarat Minggu Depan Tentukan Calon Prk Kata Aminolhuda

Amanah Johor Mesyuarat Minggu Depan Tentukan Calon Prk Kata Aminolhuda

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 160 hits
Aminolhuda Hassan berkata beliau yakin kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kekal milik Amanah berdasarkan prestasi baik Allahyarham Salahuddin Ayub sebagai wakil rakyat JOHOR BAHRU Amanah Johor akan mengadakan mesyuarat khas sebelum...
Calon Muda Isytihar Harta Dalam Masa Terdekat Kata Syed Saddiq

Calon Muda Isytihar Harta Dalam Masa Terdekat Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 212 hits
Syed Saddiq Abdul Rahman berkata 19 calonnya yang bertanding pada PRN akan isytihar harta PETALING JAYA Muda akan mengisytiharkan harta calonnya yang bertanding pada PRN 12 Ogos dalam masa terdekat Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ...
Keselamatan Sanusi Calon Lain Prn Terjamin Kata Kpn

Keselamatan Sanusi Calon Lain Prn Terjamin Kata Kpn

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 185 hits
KETUA Polis Negara Razarudin Husain berkata keselamatan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan calon lain yang bertanding dalam pilihan raya negeri 12 Ogos ini adalah terjamin nbsp Beliau berkata ini kerana Sanusi mempunyai pengawal...
Calon Muka Baharu Parti Amanah Berjaya Mengalahkan Mantan Menteri Di Dun Batu Tiga

Calon Muka Baharu Parti Amanah Berjaya Mengalahkan Mantan Menteri Di Dun Batu Tiga

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 289 hits
Norzamira Che Noham hmetro com myDANIAL Al Rashid memenangi kerusi DUN Batu Tiga FOTO Aziah AzmeeShah Alam Bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun tewas kepada calon Pakatan Harapan Danial Al Rashid Ha...
Kelantan Pas Belum Capai Kata Sepakat Siapa Calon Mb

Kelantan Pas Belum Capai Kata Sepakat Siapa Calon Mb

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 244 hits
N Faizal GhazaliPAS Kelantan setakat ini belum mencapai keputusan muktamad untuk mencadangkan tiga nama calon menteri besar yang akan diserahkan kepada presiden parti Abdul Hadi Awang sebelum dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Kelantan Sul...
Kami Bukan Gelombang Tapi Puting Beliung Kata Calon Pn Negeri Sembilan

Kami Bukan Gelombang Tapi Puting Beliung Kata Calon Pn Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 343 hits
KUALA PILAH Calon Perikatan Nasional bagi DUN Juasseh Eddin Syazlee Shith menjanjikan saingan sengit bagi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRN enam negeri Beliau yang juga ketua Bersatu Kuala Pilah berkata sokongan rakyat kepada PN...
Kelantan Calon Parti Amanah Berjaya Merampas Dun Kota Lama Dari Pas

Kelantan Calon Parti Amanah Berjaya Merampas Dun Kota Lama Dari Pas

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 193 hits
Calon PH DUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim menewaskan tiga calon lain semasa Pengumuman Keputusan PRN Kelantan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu malam ini Kerusi ini dulu dimenangi PAS KelantanKotaLamaPH menangMajoriti 202...
Khalid Samad Kata Dia Tak Fikirkan Pun Soal Jadi Calon Dalam Prk Pulai

Khalid Samad Kata Dia Tak Fikirkan Pun Soal Jadi Calon Dalam Prk Pulai

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 209 hits
Malaysiakini Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata dia menyerahkan kepada kepimpinan parti berhubung calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor Khalid berkata demikian apabila ditanya berkenaan per...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua