Amanah Buat Gempaq Apa Pulak


 


KELUAR PH DULU JIKA AMANAH MAHU TANDING 20 KERUSI DI JOHOR!!



5 November 2024

Selepas bikin gempak mahu meletakkan calon pada PRK Dun Mahkota sebelum ini dan walaupun ia tidak menjadi kenyataan, kini parti itu sekali lagi cuba melakukan satu gempakan yang hampir serupa.

Kali ini Amanah Johor BN mengatakan mereka mahu bertanding antara 12 hingga 20 kerusi Dun pada PRN Johor yang akan datang.

Alasan yang diberi kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan BN Johor yang langsung tidak ada kemahuan untuk membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu selepas berakhirnya PRK Dun Mahkota.

Aduhhh…apa ni Amanah?

Tak usahlah tak habis-habis nak bikin gempak yang tidak mungkin menjadi kenyataan!!

Bikinlah gempak yang mudah dan logik, sesuai dengan kemampuan.

Sedarlah bahawa selagi PH bekerjasama dengan UMNO/BN, tak usahlah Amanah mahu lebih-lebih mahu bikin gempak menuntut itu dan ini.

Semua itu tidak mungkin menjadi kenyataan kerana parti sudah ada persefahaman yang mesti dipenuhi.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu pun tentu saja lebih cenderung untuk mengekalkan kerjasama dalam kerajaan perpaduan berbanding mendengar tuntutan Amanah Johor itu.

Lihatlah ketika parti itu beria-ia mahu bertanding di Dun Mahkota sebelum ini, apa jadi akhirnya?

Pada PRN Johor 2022 yang lalu, UMNO menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH terdiri DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing menang satu kerusi.

PN pula memenangi tiga kerusi – Bersatu 2 dan Pas 1, manakala Muda juga menang satu kerusi.

Berdasarkan keputusan PRN 2022 itu, di kerusi mana Amanah mahu bertanding dalam jumlah antara 12 hingga 20 kerusi?

Hanya ada satu cara saja jika Amanah Johor benar-benar mahu mencapai impian bertanding antara 12 hingga 20 kerusi pada PRN Johor akan datang iaitu mereka mesti membawa Amanah keluar daripada PH terlebih dahulu.

Selagi Amanah kekal bersama PH dan PH pula masih bekerjasama dengan UMNO/BN, jangan mimpilah keghairahan berlebihan, termasuk mengambil kerusi yang sedia dimenangi UMNO, boleh menjadi kenyataan.

Soalnya, beranikah Amanah Johor menjadi pihak yang paling awal mencadangkan agar Amanah keluar meninggalkan PH?

Fikirlah sikit, kalau masih bersama PH, macam mana cara Amanah nak bertanding sehingga 20 kerusi itu?

Dan kalau tak berani nak cadangkan Amanah keluar daripada PH, lebih baiklah jangan sembang terlalu kencang mahu bertanding banyak kerusi.

Lagi pun, kerajaan BN Johor dibentuk pada 2022 iaitu sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan di peringkat pusat.

Respeklah sikit pada UMNO/BN yang mampu menang dua pertiga ketika itu. – ShahbudinHusin 05 November2024.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/amanah-buat-gempaq-apa-pulak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Ringgit Je Weh Saiz Macam Ni Lah Anak Anak Suka Main Yang Bapaknya Pulak

9 Ringgit Je Weh Saiz Macam Ni Lah Anak Anak Suka Main Yang Bapaknya Pulak

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 276 hits
9 hinggit je weh Saiz macam ni la seronok anak nak main Yang bapaknya dah plan nak beli kereta remote tu Ibu pulak ghisau beli dekat sini hari tu https s shopee com my 7UykTHGGcq shopeehaul The post Saiz macam ni lah anak anak suka main Yan...
Apa Cerita Pulak Ni

Apa Cerita Pulak Ni

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 225 hits
Desa HMApa ni Majlis Bandaraya Alor Setar MBAS Pegawai hampa mencetus masalah ka Kesian cikgu Anas nak settle nak tambah ka nak buang nama yang dapat permit tu dan lagi Imej MBAS Kena jaga boss
Kau Pulak Berapa Kali Kena Gas Hadi

Kau Pulak Berapa Kali Kena Gas Hadi

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 183 hits
Siapa puak PAS yang ada sekarang ni sebab Reformasi Jangankan penjara pun jadi la Ada Hadi Awang zaman Reformasi dulu berapa jauh dia berarak Berapa kali ditembak dengan Hadi sebenarnya mengata sendiri je Macam yang sorang tu penyokong berp...
Amanah Leader Welcomes Ft Mufti Bill To Prevent Malaysia From Going The Way Of Indonesia

Amanah Leader Welcomes Ft Mufti Bill To Prevent Malaysia From Going The Way Of Indonesia

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 671 hits
The stance contrasts with the views of some Muslim scholars and rights groups who consider the bill to be sectarian and unconstitutional The top adviser of Pakatan Harapan s component Amanah has backed a controversial bill that would grant ...
Kecil Je Rumah Ni Tapi Bila Siap Deko Nampak Luas Pulak Kredit Anis Syuh

Kecil Je Rumah Ni Tapi Bila Siap Deko Nampak Luas Pulak Kredit Anis Syuh

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 373 hits
Ruang kecil ni tetapi selepas siap dekorasi jadi nampak lebih luas pula Kredit Anis Syuhada Kondo ni kecil je Tapi bila dah siap deko nampak luas pulak Kredit Anis Syuhada The post Kredit Anis Syuh appeared first on
4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah