Amalan Politik Bermaruah Terhakis Teruk Di Malaysia Dr Dzul






Amalan politik di Malaysia melampaui batas etika serta tidak normal bagi negara yang bertamadun.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, politik seharusnya menjurus kepada usaha membangunkan negara dan memberi kebajikan kepada rakyat. Bukannya membeli Ahli Parlimen dengan mengagih-agihkan lantikan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), projek kepada kroni atau pun rasuah peruntukan kepada NGO-NGO ahli politik.

Katanya, Malaysia tidak akan menjadi negara maju sekiranya mengamalkan politik songsang yang tidak bermaruah seperti hari ini.

"Amalan politik bermaruah mesti diwajibkan. Isu-isu perkauman serta agama sempit patut dikikis dari dunia politik. Tetapi malangnya negara kita masih dikongkong oleh cara berpolitik kolot itu. Hanya pengamalan politik yang bermoral, beretika dan berprinsip dapat membawa negara kita maju ke depan dan kesejahteraan rakyat dijaga serta semangat muhibbah dipupuk untuk kebaikan semua lapisan masyarakat.

"Selain itu, jika kita perhatikan, di negara demokrasi maju, pihak kerajaan dan pembangkang saling bekerjasama untuk kebaikan semua tetapi cara berpolitik yang matang seperti itu tidak berlaku di negara kita," katanya dipetik.

Bekas Menteri Kesihatan itu menegaskan, politik tidak wajar ditandai dengan permusuhan, sebaliknya terhad kepada perbezaan polisi dalam menguruskan negara.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN), ujarnya, wajar mengurangkan politiking ketika rakyat 'tercungap-cungap' dalam suasana ekonomi tidak menentu ketika ini ekoran pandemik Covid 19 .

"Senario politik tempatan masih penuh dengan sentimen 'permusuhan'. Ini bukanlah satu perkara yang baik, di mana tumpuan penuh belum lagi diberikan untuk mengatasi masalah pengangguran.

"Yang perlu sekarang ialah semua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang bekerjasama untuk membantu rakyat. Kita perlu memulakan satu program untuk melatih orang yang telah hilang pekerjaan supaya mereka boleh menceburi bidang kerjaya lain seperti kerja sebagai 'web-designer', 'web-marketing' dan sebagainya.

"Ini adalah kerana pada zaman wabak Covid-19, aktiviti melalui on-line semakin bertambah dan orang yang sudah kehilangan mata pencarian boleh menceburi bidang itu setelah diberi latihan dalam kemahiran yang betul

"Oleh itu aktiviti percaturan politik wajib dihentikan dengan serta-merta," katanya lagi.

Ketidakstabilan politik Malaysia bermula apabila Menteri Kanan Azmin Ali melaksanakan Langkah Sheraton menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari lalu.

Sejak itu, kerajaan 'tebuk atap' PN sukar mengalihkan tumpuan daripada percaturan politik, sehinggakan Dewan Rakyat turut digunakan sebagai pentas mengumumkan data-data yang mengelirukan bertujuan untuk menghitamkan rekod pentadbiran PH tanpa berani menerbitkan senarai penuh atau bukti kukuh apabila dicabar oleh Pembangkang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/amalan-politik-bermaruah-terhakis-teruk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Hilang Politik Bermaruah

Malaysia Hilang Politik Bermaruah

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 480 hits
Amalan politik di Malaysia melampaui batas serta tidak normal bagi negara yang bertamadun Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad politik seharusnya menjurus kepada usaha membangunkan negara dan memberi kebajikan kepada rakyat ...
Politik Malaysia Untuk Isi Perut Persetan Pengisian Minda

Politik Malaysia Untuk Isi Perut Persetan Pengisian Minda

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 278 hits
Setelah 60 tahun Malaysia merdeka persoalan yang membelenggu rakyat masih lagi seputar ketidak puasan hati antara kaum Bagi Profesor Dr Razali Nawawi ada sesuatu yang tidak kena dalam gerakan politik di negara ini apabila setelah 6 dekad be...
Politik Perkauman Menangguhkan Kemajuan Malaysia

Politik Perkauman Menangguhkan Kemajuan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 305 hits
Politik perkauman terus dijadikan bahan penarik sokongan kepada parti parti yang membentuk kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional Walaupun sebelum ini banyak orang Melayu percaya PN akan membela mereka namun setelah 6 bulan memerintah terbu...
Casio G Shock Dengan Rekaan Seakan Model 3d Berpoligon Rendah Kini Di Malaysia Pada Harga Rm3499

Casio G Shock Dengan Rekaan Seakan Model 3d Berpoligon Rendah Kini Di Malaysia Pada Harga Rm3499

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 408 hits
Pada April yang lalu Casio melancarkan jam tangan G Shock GMW B5000CS dengan rekaan seakan model 3D berpoligon rendah Semasa dilancarkan ia sekadar ditawarkan untuk pasaran Jepun Tetapi minggu ini G Shock GMW B5000C akhirnya dilancarkan di ...
Tommy Thomas And Hamid Bador Blocked Jho Low S Return To Malaysia

Tommy Thomas And Hamid Bador Blocked Jho Low S Return To Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 346 hits
Yes Tommy Thomas and Abdul Hamid Bador are sabotaging efforts to bring Jho Low home They say Jho Low is in hiding No he is not in hiding He is openly partying and is holding business meetings and is doing deals all over the world He is not ...
Kesian Dituduh Menggunakan Budaya India Aktres Malaysia Mira Filzah Meminta Maaf Kerana Memakai Pakaian Tradisional

Kesian Dituduh Menggunakan Budaya India Aktres Malaysia Mira Filzah Meminta Maaf Kerana Memakai Pakaian Tradisional

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 1350 hits
Kesian Dituduh menggunakan budaya India aktres Malaysia Mira Filzah meminta maaf kerana memakai pakaian tradisional Pelakon Malaysia Mira Filzah telah meminta maaf kepada pengguna Twitter yang dituduhnya menggunakan budaya India dalam pemot...
Motovlogger Malaysia Paling Popular Berjaya 2020

Motovlogger Malaysia Paling Popular Berjaya 2020

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 654 hits
5 ARMI MOTOVLOGArmi Motovlog merupakan anak kelahiran negeri sembilan yangberusia 33 tahun Beliau kini menetap di Bangi Selangor Beliau yang hanyaberkelulusan SPM kini berjaya menjadi seorang vlogger terkenalBeliau kini memiliki 170 ribu su...
Minister Agricommodity Sector Trade Value In Malaysia Rises 2 7pc To Rm82b From Jan To June 2020

Minister Agricommodity Sector Trade Value In Malaysia Rises 2 7pc To Rm82b From Jan To June 2020

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 378 hits
nbsp KUALA LUMPUR Aug 21 The agricommodity sector recorded a trade value of RM82 billion for the period from January to June 2020 up 2 7 per cent over the RM79 8 billion for the same period in 2019 says Minister of Plantation Industries and...
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes E Commerce Di Malaysia

Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes E Commerce Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 509 hits
Ini Tips Bagi Yang Baru Nak Mula Bisnes e Commerce di Malaysia Bisnes satu perkara biasa zaman sekarang Dari usia kanak kanak hingga ke orang yang berusia sekarang mula bisnes Bisnes mula menjadi satu trend atau kerjaya sama ada secara kerj...
Carsome Unveils Official Fam Fleet

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Rina Pusza Feat Hendra Didan Persidangan Arafah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahlil Misteri Di Surau Rnr

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Gugurkan Janin Berusia 5 Bulan Demi Kekasih Wanita Dipenjara 9 Bulan

Fattah Amin Kecewa Filem Lakonannya Kulit Wayang Tak Dapat Sambutan Segala Penat Lelah Komitmen Diberikan

Aset Rm2 Bilion Dibeku Srpm Dapat Maklumat Tentang Harta Amp Aset Milik Allahyarham Tun Daim Di Switzerland Amp Uk

Impose Retirement Age On Politicians Too