Amalan Perniagaan Online Yang Menyalahi Hukum Syarak


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Amalan Perniagaan Online Yang Menyalahi Hukum Syarak! | Baru-baru ni ada kawan facebook MF persoalan isu tentang ayat promosi dan copywriting yang banyak digunakan oleh perniaga online... Memang jadi isu, sebab ada beberapa ayat tu macam ada unsur menipu dalam tak sedar...

Sebagai contoh.. tawaran jualan yang menipu..:

Nilai sebenar produk ni ialah RM300
Tapi, sempena pelancaran hanya RM199 saja.
Ada lagi OFFER TERBAIK kami, hanya RM99 saja.
-------
Sebenarnya kome memang nak jual RM99 tu kan?
Mcm ni kira patuh syariah ke tak?
Perniagaan Haruslah Patuh Syari’ah Bagi individu yang beragama Islam, beliau harus percaya bahawa Islam itu bersifat syumul. Ia bermaksud ajaran Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan, dari amalan ibadah di masjid, sehinggalah kepada bab politik dan perniagaan. Kesemua aktiviti harian seorang Muslim haruslah memenuhi tuntutan agama, yang melihat perniagaan hendaklah bersifat adil, amanah dan tidak melanggari teori Muamalat dalam Islam yang sebenar

Mengetahui status syari’ah sesebuah perniagaan memberikan pelbagai faedah yang banyak, antaranya: Memudahkan para pelabur Muslim untuk melabur. Dengan status sesebuah perniagaan yang patuh syari’ah, maka hasil pelaburan orang-orang Islam adalah terjamin bersih dan halal di sisi Allah. Ia memberikan keselesaan kepada para pelanggan untuk berurusan dengan perniagaan atau syarikat yang patuh syari’ah.  Mereka tidak lagi ragu-ragu untuk membuat tempahan mahupun pembelian. Syarikat yang patuh syari’ah juga melambangkan amanahnya, jujurnya dan adilnya sesebuah syarikat dalam menjalankan urusan dengan pelanggan, dalam menjalankan kerja-kerja pemasaran dan lain-lain. Di samping itu, syarikat yang patuh syari’ah akan selamat dunia dan akhirat. Melakukan usaha niaga dan aktiviti buat duit yang tidak mematuhi syariat hanya akan membawa kepada timbangan amal sebagai dosa dan maksiat, yang azabnya kelak adalah seksaan yang maha dahsyat.
Walaupun tiada penilaian buat masa ini dalam menentukan syari’ahnya sesebuah perniagaan, maka adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk memastikan perniagaannya mematuhi ajaran Islam dan mengetahui batas-batas agama dalam aktiviti jana wang. Ditambah lagi dengan masa sekarang terlalu banyak program buat duit yang pelik-pelik dan kreatif, sedangkan jelas sekali ia bertentangan dengan perintah Allah
Contoh-contoh ketara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut (penulis tidaklah mengatakan program-program di bawah adalah haram, tetapi ada syarat-syarat yang perlu diteliti dan polisi program yang perlu dipantau sebelum pihak berkuasa boleh menfatwakan haram)  : 1. Program Auto Downline Tanpa Produk
2. Program Forex. Tidak semuanya haram, tapi perlu berhati-hati
3. Program Sedekah Wang seperti Perkongsian Wang Pintar. dan sebagainya.




Bagaimana Mengetahui Sesebuah Perniagaan Itu Patuh Syari’ah? Jika syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Saham boleh diketahui status syari’ah mereka melalui penilaian oleh Panel Sekuriti Malaysia (Securities Commission), ia sebaliknya masih belum wujud sistem atau benchmarks dalam menilai sesebuah perniagaan online sama ada ia patuh syari’ah atau tidak. Buat masa ini, pastinya ramai usahawan tidak selesa jika akan datang ada sistem yang akan menilai sama ada perniagaan kita mematuhi syari’ah atau tidak. Ini kerana masing-masing mahu kebebasan dalam berniaga dan tidak mahu dikongkong oleh pengawasan pihak berkuasa

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang usahawan mahupun sebuah syarikat perniagaan online agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam

Di sini penulis senaraikan pelbagai ciri sebuah syarikat yang TIDAK Patuh Syari’ah, yang mana semua usahawan online WAJIB JAUHI. Ciri-ciri yang tidak patuh ajaran Islam adalah sebagaimana berikut. Disebabkan kini semakin ramai usahawan online yang membuka pejabat dan syarikat sendiri, maka ciri-ciri di bawah juga MESTI dijauhi oleh para usahawan online dan pembuat duit internet tegar : Syarikat yang membuat marketing (promosi) menggunakan imej dan gambar orang yang membuka aurat. Tidak kira produk anda tentang apa, tiada perniagaan yang terkecuali. Anda mendapat ‘saham’ bagi setiap orang yang melihat aurat tersebut, kerana anda penyebarnya. Solusi : Potong atau lindung mana-mana bahagian gambar yang dikira aurat. Dedahkan mana yang bukan aurat sahaja. Syarikat yang menghalang para pekerjanya melakukan kewajipan atau memaksa mereka melakukan maksiat. Sebagai contoh, syarikat menghalang pekerjanya melakukan solat ketika waktu rehat atau waktu rehat yang bukan waktu solat, maka syarikat itu tidak patuh syari’ah. Harus diingat, kita juga tidak mahu bersubahat sekiranya pekerja syarikat kita, menjadi teramat sibuk sehingga tidak sempat menunaikan solat. Jangan syarikat kita menjadi ‘penyumbang’ ke arah negatif itu. Syarikat yang melabur dalam pelaburan yang tidak patuh syariah. Maka hasil keuntungan syarikat itu adalah ‘membahayakan’ yang boleh membawa kepada hasil yang haram. Pelaburan yang tidak syariah bukan sekadar kerana aktiviti syarikat yang dilabur itu dan produknya yang haram, tetapi juga kerana sistem pulangannya yang menjamin duit pelabur. Menjamin wang pelabur adalah sama dengan riba. Tiada yang pasti dalam urusan perniagaan sebenar. Syarikat yang mengenakan bayaran khas kepada pelanggan (membership/ keahlian) supaya pelanggan mendapat diskaun produk dan servis dari syarikat ‘semata-mata’ tanpa manfaat lain (manfaat lain seperti sewa penggunaan resort syarikat, penggunaan dewan atau lain-lain), hukumnya boleh jadi haram. Kerana anda ‘membayar’ semata-mata mendapat nilai wang lain (iaitu diskaun). Wang untuk wang adalah haram. Kecuali ada manfaat tambahan diperolehi seperti yang dijelaskan di atas. Syarikat yang menggunakan akaun bank konvensional sebagai simpanan atau sebagai menerima bayaran dari pelanggan adalah tidak patuh syariah. Pilih akaun bank yang Islamik seperti Wadi’ah, Mudharabah dan sebagainya. Ia menjamin keberkatan perniagaan anda. Akaun bank konvensional atau akaun yang bertaraf tidak Islamik sememangnya perlu dielakkan. Syarikat atau individu yang membuat tuntutan palsu pada resit yang direka-reka, bertujuan mengaut wang tambahan. Tidak dinafikan lagi ia amalan tidak diredhai Tuhan. Walaupun ia sah di atas kertas, tetapi ia haram di sisi Tuhan Caruman sebarang insurans dalam perniagaan hendaklah diteliti dan berhati-hati. Menggunakan takaful Islam lebih baik . Malah kereta sebagai aset perniagaan juga mesti diinsuranskan dengan Takaful . Takaful bercirikan Islam berdiri atas dasar saling membantu, manakala insurans berdiri atas dasar caruman dan sebagainya. Pinjaman perniagaan perlulah mengikut sistem pinjaman berasaskan Islam seperti Murabahah dan sebagainya. Murabahah sebagai contoh, melibatkan jual beli pada bangunan atau barang yang dikehendaki syarikat, dan bank mengambil untung jualan dengan menjual bangunan atau barang tersebut kepada syarikat setelah membelinya dari pemilik asal. Ia berbeza dengan keuntungan duit atas duit yang dipanggil riba, di mana bank mengambil keuntungan atas angin tanpa melibatkan kontrak berasaskan Islam. Syarikat yang tidak patuh syariah 100% adalah syarikat membuat promosi palsu. Dijanjinya jualan terhad kepada 300 orang, tapi sebenarnya langsung tiada had yang dimaksudkan. Dijanjinya akan ditutup pada 9.00 malam, tetapi masih dibuka berminggu-minggu selepasnya sekalipun. Anda boleh tawarkan harga promosi setiap masa, tetapi bukan membuat harga promosi palsu. Pastikan paling kurang ada masanya di mana harga produk kembali kepada harga asal. Syarikat yang TIDAK membayar zakat. Hukumnya wajib untuk menunaikan zakat. Boleh rujuk semula kepada bahagian zakat. Operasi zakat perniagaan dikira setahun operasi. Ikhlas dan jujur mengira keuntungan perniagaan anda untuk bayaran zakat bagi membersihkan perniagaan anda dari perkara-perkara syubhah yang diragui haram hasilnya dan bagi memastikan perniagaan kekal berkat diredhai Tuhan. Syarikat yang merahsiakan segala maklumat deskripsi produknya, dibimbangi menjual produk yang syubhah. Iaitu menjual beli yang gharar (tidak jelas). Boleh menyebabkan mereka berbuat sesuka hati pada produk sehingga jika benar diletak sesuatu dalam produk, maka ada pihak yang tidak perasan isi kandungannya sedangkan sudah memakan atau menggunakan produk yang haram tanpa disedari. Sebaiknya jual produk yang mendapat sijil HALAL. Begitu juga dengan syarikat pelaburan emas. Jika pelanggan membeli emas, pastikan produk diserahkan dan disertakan sijil atau lain-lain sebagai bukti pembelian – bukan sekadar dalam rekod database online. Syarikat yang membenarkan mana-mana pihak luar mengiklan produk tidak syariah di laman web/ akaun facebook/ forum / blog mereka. Membenarkan pengiklanan mereka seperti produk arak, bermakna syarikat tersebut juga bersubahat dalam menyebarkan budaya minum arak di kalangan masyarakat. Hukumnya sudah sedia maklum. Syarikat yang menekan pekerja dan tidak menjaga kebajikan mereka adalah tanda syarikat itu tidak patuh ajaran Islam. Para pekerja mereka ada hak untuk berehat, balik rumah, penjagaan kesihatan dan sebagainya. Jika tiada peruntukan kewangan pun, jangan halang mereka mendapatkan rawatan jika tidak sihat dan jangan paksa mereka bekerja 20 jam jika mereka tidak rela. Jika mereka mahu kerana kerelaan mereka, maka itu tidak salah. Islam menyuruh syarikat menjaga para pekerjanya, bukannya memerah keringat mereka sehingga nyawa-nyawa ikan sehingga tidak hidup seperti manusia sebenar. Syarikat yang membebankan para pembeli khususnya pada keperluan wajib harian dan keperluan wajib seumur hidup mereka. Tidak seharusnya ini berlaku. Malah, monopoli adalah perkara yang tidak sihat untuk perniagaan dan manfaat masyarakat. Islam melarang monopoli, menyorokkan barang kerana mahu menaikkan harga dan sebagainya. Syarikat yang menipu pelanggan dengan mengatakan produk mereka lebih murah berbanding harga pasaran, sedangkan sebaliknya. Penipuan dalam perniagaan adalah salah dalam apa jua situasi sekalipun. Syarikat yang tidak menunaikan janji. Janji memberikan jaminan wang dikembalikan, tetapi tidak memulangkan wang pelanggan setelah diminta. Terlewat tidak mengapa asalkan dimaklum, tetapi janji mesti ditunai. Begitu juga syarikat yang menjanjikan komisen kepada para pekerja atau agen, kemudian tidak ditunaikan. Syarikat yang menghina dan memburuk-burukkan produk lain dengan terang dan spesifik, bagi menunjukkan produknya sahaja yang hebat. Membuat perbandingan secara umum adalah lebih baik berbanding menyebut nama pesaing yang dibandingkan. Dan buatlah perbandingan mengikut adab dan akhlak yang baik. Syarikat yang membuat cabutan bertuah, tetapi pelanggan perlu SMS berbayar atau bayar dengan cara selain membeli produk atau servis, maka hukumnya TIDAK BOLEH. Kerana berlaku perjudian di sini di mana pelanggan perlu bayar sejumlah wang, dan wang itu boleh hangus kerana ada kemungkinan untuk kalah dalam cabutan bertuah tersebut. Sama nasibnya seperti orang berjudi yang ada ‘kemungkinan rugi atas sebab duit dah dibayar.’ Syarikat yang mempromosi produk orang lain atau produk syarikat lain, kemudian menokok-nambah kelebihan dan ciri produk demi melariskan jualan, sedangkan tidak ditanya terlebih dahulu kepada pihak pemilik asal produk tersebut. Tokok tambah yang palsu adalah dusta dan ‘bahaya’ dibimbangi ia tidak wujud sebenarnya. Syarikat yang menjual ‘perisian tidak original’, atau lain-lain yang melanggar undang-undang hakcipta atau hata intelek. Begitu juga menjual produk PLR atau MRR tanpa membaca syarat-syarat yang terkandung dalam lesen penjualan produk digital tersebut, sehingga jualan melanggar syarat-syarat yang dipersetujui. Sebaiknya syarikat meneliti terlebih dahulu supaya tidak tersalah menjual. Syarikat yang tidak menjelaskan dengan jelas tentang syarat-syarat perlu dipatuhi oleh pembeli atau agen, sehingga menyusahkan mereka di kemudian hari kerana penjelasan yang tidak diberi sebelum pembelian atau pendaftaran berlaku. Dalam Islam, kita diajar agar mengadakan kontrak dan perjanjian yang jelas antara pelabur dan peniaga, atau antara pembeli dan pelanggan. Seharusnya isi kandungan yang penting dipaparkan dengan jelas di laman web dan tidak disembunyikan dengan niat mahu membuat helah kepada pelanggan.
PS : Syarikat di sini, juga merujuk kepada individu. Individu pun boleh terlibat dalam perniagaan yang tidak jujur dan tidak diredhai Tuhan. Jadi jaga diri kita dan perniagaan anda mengikut cara yang patuh Syariah. Malah, mengelakkan diri dari perkara yang meragukan dan syubhah juga menjadi keutamaan sesebuah syarikat agar tidak mengundang masalah kepada pihak.

Sumber: http://www.wangcyber.com/
Jadi, buat perniaga online terutama yang suka ayat promosi dan copywriting, fikir hukum sebelum bertindak ya... Ayat yang nampak betul tapi sebenarnya salah di sisi Islam.. hukumnya... ??? fikirkan sendiri ya kesannya kepada rezeki dan pelaburan rezeki tu... rezeki dan wang bakal jadi darah daging kita,,... bab berniagan WAJIB ada ilmu fekah kerana semuanya berkaitan dengan kehidupan kita.. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2016/05/amalan-perniagaan-online-yang-menyalahi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Chat Ojek Online Saat Bertemu Mantan Ini Bikin Ngelus Dada

6 Chat Ojek Online Saat Bertemu Mantan Ini Bikin Ngelus Dada

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 241 hits
Perjalanan para driver ojek online atau ojol memang selalu punya banyak cerita diantaranya lewat chat mulai dari haru hingga lucu Keberadaan ojol tentu kini sangat membantu masyarakat untuk bisa berpergian dengan waktu singkat hingga menunj...
Stay At Home And Order School Uniforms Online

Stay At Home And Order School Uniforms Online

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 397 hits
2020 has been a rather challenging year so far with a global pandemic requiring parents to work from home and children to stay at home with schools closed It s coming towards the end of the year now and normally at around this time of the y...
6016 Hard Truth Sengsara Air Di Negeri Selangor Umno Online 22 10 2020

6016 Hard Truth Sengsara Air Di Negeri Selangor Umno Online 22 10 2020

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 287 hits
Hard Truth Sengsara Air Di Negeri Selangor Hard Truth Sengsara Air Di Negeri Selangor bersama YB Rizam Ismail ADN Sg Air Tawar Datuk Armand Azha Abu Hanifa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM ...
6 Kelebihan Membeli Pulsa Online

6 Kelebihan Membeli Pulsa Online

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 235 hits
Sadarkah Anda bahwa semua aspek kehidupan saat ini sudah serba online Belanja online bayar pajak online bahkan sekolah online Di antara semua kemajuan tersebut belanja merupakan aktivitas yang paling sering dilakukan masyarakat secara onlin...
Teknik Pembeli Online Menipu Bayaran

Teknik Pembeli Online Menipu Bayaran

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 260 hits
Ni pic yg mmang cuba sendiri mmang boleh hold payment dan cancel memang keji sgt taktik ni baca modus operandi dia 1 Buat SCHEDULED PAYMENT 2 Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang Contoh Customer inform akan bank in hari ni 9 Oct 2018 Tap...
Kepala Bnn Sebut Peredaran Narkoba Di Masa Pandemi Beralih Secara Online

Kepala Bnn Sebut Peredaran Narkoba Di Masa Pandemi Beralih Secara Online

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 225 hits
Ia menuturkan selain ada perubahan dalam cara bertransaksi jenis narkoba yang dipakai para pengguna juga mengalami pergeseran seperti lebih banyaknya menggunakan jenis ganja sintetis atau tembakau gorila
Terduga Pengeroyok Sopir Taksi Online Di Palembang Bekas Suami Siri Penumpang

Terduga Pengeroyok Sopir Taksi Online Di Palembang Bekas Suami Siri Penumpang

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 252 hits
Ardita mengaku AG memukuli saat menginap di salah satu penginapan di Ogan Ilir Senin Dia mengalami luka memar di paha kaki dan tangan
Dah Buat 30 Transaksi Online Baru Tersedar Kena Tipu Guru Rugi Rm105k Diperdaya Scammer

Dah Buat 30 Transaksi Online Baru Tersedar Kena Tipu Guru Rugi Rm105k Diperdaya Scammer

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 228 hits
Seorang guru wanita mengalami kerugian RM105 461 selepas terpedaya dengan sindiket menwarkan pinjaman wang di Facebook Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Negeri Sembilan Superintendan Aibee Ab Ghani berkata mangsa tertarik dengan ...
Depresi Akibat Banyak Tugas Sekolah Online Siswi Sma Nekat Bunuh Diri

Depresi Akibat Banyak Tugas Sekolah Online Siswi Sma Nekat Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 245 hits
Diduga depresi akibat terbebani kegiatan belajar secara daring atau online seorang pelajar di Gowa Sulawesi Selatan nekat bunuh diri pada Sabtu 08 30 Wita Pelajar kelas dua sekolah menengah atas itu mengakhiri hidupnya dengan meminum racun ...
Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Curang Itu Pilihan Tapiiii

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Persediaan Tamadhan Dan Raya

Choosing The Perfect Plants To Brighten Up Dark Spaces

Graft Videos Aimed At Weakening My Govt Says Hajiji

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel