Teknik Pembeli Online Menipu Bayaran
Ni pic yg mmang cuba sendiri mmang boleh hold payment dan cancel. memang keji sgt taktik ni, baca modus operandi dia 👇🏻👇🏻
1. Buat SCHEDULED PAYMENT
2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang
Contoh : Customer inform akan bank in hari ni 9 Oct 2018. Tapi masa dia buat online transfer, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oct 2018
3. Ini bermakna online seller akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oct. Bukan 9hb Oct
4. Selepas selesai transaksi, resit akan di screenshot dan buyer tersebut akan hantar resit tersebut kepada seller sebagai bukti bayaran
5. Disini masalah bermula, Resit yang pihak bank keluarkan SEBIJIK SEJIBUN SAMA dengan normal transfer. Tiada cacat cela. Tiada langsung Remark mengatakan transaksi ini adalah sheduled transfer
6. Paling best pd resit ada perkataan SUCCESSFUL
7. Seller terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun
8. Bila buyer dah dapat ref number barang, dia akan cancel SCHEDULED PAYMENT tersebut.
9. Makanya melopong lah online seller berkenaan bila nak close account hujung bulan
10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 October, resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 october. Tapi duit tarak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT which anytime je buyer boleh cancel
11. Ni contoh resit yang saya terima. Nasib baik saya semak akaun pada hari tersebut. Sampai telefon maybank center untuk kepastian
12. Lagi haru ialah, info dari Maybank Center, walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2 ja, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa apa amount yang dia nak dan set kan scheduled payment
13. Tanpa perlu cancel transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem detect baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal
14. Maka yahoo yahoo lah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran
Kes ni terjadi pada 27 September 2018. Buyer mendesak nak barang secepat mungkin. Sebab asyik desak je saya terhidu bau ikan dan buat semakan baki
Bila dah kantoi baru dia mengaku dia buat scheduled payment. Tarikhnya 30 september 2018. Silap klik katanya. Desak nak barang juga dan make promise payment akan masuk 30hb
Saya berkeras tak nak bagi barang dan minta dia cancel scheduled payment ni, dan buat paymet lain
Terus senyap.... sunyi.... dan sepi .... Sampai hari ni
HATI2 LAH ye... SEMAK AKAUN SELALU
kepada maybank , mohon upgrade system kalau schedule sepatut nye kat resit bukan tulis SUCCESFUL, IN PROGRESS ATAU PENDING ke atau apa2 nama NAMA LAIN
credit posting asal: HAFIFI HAFIDZ.
p/s : hati2 semua, sekarang macam2 cara scammer guna utk menipu
#kitajagakitaAllahjagakitawww.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2020/10/teknik-pembeli-online-menipu-bayaran.html