Amalan Mudah Dalam Satu Minit



8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar
Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.
Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.
Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.
#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. (Hadis Riwayat Ahmad)
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!
#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (Hadis Riwayat Muslim)
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
#3 – Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.
#4 – Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. (Hadis Riwayat Bukhari)
#5 – Lafaz Tasbih
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. (Hadis Riwayat Muslim)
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.
Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
#7 – Mendoakan Orang Lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.
Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!
Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya. (Hadis Riwayat al-Thabarani)
#8 – Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.
Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. (Hadis Riwayat Muslim)
Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!
Kesimpulan
Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.
Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.
KONGSIKAN ARTIKEL ININabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manfaat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2019/01/amalan-dalam-satu-minit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subhanallah Pintu Syurga Terbuka Kerana 5 Amalan Mudah Ini Memang Rugi Kalau Tak Buat

Subhanallah Pintu Syurga Terbuka Kerana 5 Amalan Mudah Ini Memang Rugi Kalau Tak Buat

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 305 hits
Tentu ingin masuk surga dan bertemu langsung dengan Allah Kekasih yang selama ini dicintai dan dirindukan Sudah pasti yang bisa masuk ke dalam surga dan bertemu dengan Allah adalah orang orang pilihan yang selama hidupnya di dunia menjalank...
Baca 11 Amalan Mudah Tapi Mujarab Ini Agar Gigi Anda Kekal Sihat

Baca 11 Amalan Mudah Tapi Mujarab Ini Agar Gigi Anda Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 363 hits
Antara nikmat yang baru terasa hebat dan sepatutnya sentiasa disyukuri bila dah tua adalah nikmat diberikan Tuhan gigi yang lengkap dan sihat Masa muda terlepas pandang nikmat gigi lengkap dan sihat ni Maklumlah semuanya masih baru segar da...
Satu Lagi Premis Bukan Islam Hilang Taraf Halal Mencari Halal Itu Wajib

Satu Lagi Premis Bukan Islam Hilang Taraf Halal Mencari Halal Itu Wajib

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 299 hits
Sejak isu sebuah hotel di utara Malaysia yang dilaporkan memiliki sijil halal tetapi dijumpai daging babi di bahagian dapurnya didedahkan Ditambah pula isu kedai restoren mamak yang si miliki oleh bangsa bukan islam yang memproses biawak di...
Satu Lagi Kes Bayi Disyaki Didera Pengasuh Meninggal Dunia

Satu Lagi Kes Bayi Disyaki Didera Pengasuh Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 349 hits
Bayi lelaki yang kritikal selepas dipercayai didera pengasuhnya di Taman Permai di Sibu Isnin lalu meninggal dunia di Hospital Sibu hari ini Aariz Harraz Zahin Azman sembilan bulan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya Hajijah Tah...
Lembu Bermata Satu Menjadi Perhatian Di India

Lembu Bermata Satu Menjadi Perhatian Di India

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 449 hits
Sekumpulan penduduk di beberapa perkampungan sekitar daerah Bardhaman Bengal Barat di sini terpegun selepas menyaksikan seekor anak lembu yang dilahirkan dengan hanya satu mata baru baru ini Satu rakaman video berdurasi 15 saat yang tular d...
Dalamnya Hanya Sekaki Tapi Susahnya Mencabut Batu Nisan Yang Satu Ini

Dalamnya Hanya Sekaki Tapi Susahnya Mencabut Batu Nisan Yang Satu Ini

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 388 hits
Dalamnya Hanya Sekaki Tapi Susahnya Mencabut Batu Nisan Yang Satu IniMatahari masih memancar terik Bahangnya terasa menggigit tubuh walaupun sudah melepasi waktu Asar
Satu Surah Yang Pendek Ini Senang Bibaca Dan Diamalkan Untuk Menjadi Penawar Hati Dan Penenang Jiwa Rileks Media

Satu Surah Yang Pendek Ini Senang Bibaca Dan Diamalkan Untuk Menjadi Penawar Hati Dan Penenang Jiwa Rileks Media

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 345 hits
Dimanakah hati kita tatkala kita membaca Al Quran Pernahkah kita merasa keliru dan tidak dapat menghayati makna dalam Al Quran Atau pernahkah kita terasa seolah olah lidah sukar untuk menyebut bacaan Al Quran dengan tajwid dan makhraj yang ...
Prabowo Lihat Bumn Kebanggaan Kita Satu Satu Hancur Bangkrut

Prabowo Lihat Bumn Kebanggaan Kita Satu Satu Hancur Bangkrut

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 250 hits
Calon presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto menyebut banyak Badan Usaha Milik Negara yang di ambang kebangkrutan Dia mengklaim lesunya BUMN dikarenakan para elite yang doyan makan duit negara
Kisah Tragis Pembunuhan Satu Keluarga Pedagang Di Bengkulu Didalangi Mantan Suami

Kisah Tragis Pembunuhan Satu Keluarga Pedagang Di Bengkulu Didalangi Mantan Suami

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 212 hits
Dalam kurun waktu dua hari sejak penemuan mayat ketiganya Polres Bengkulu Selatan berhasil meringkus tersangka di Kabupaten Rejang Lebong Provinsi Bengkulu Senin pagi sekitar pukul 05 00 WIB
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization