Satu Lagi Kes Bayi Disyaki Didera Pengasuh Meninggal Dunia



Bayi lelaki yang kritikal selepas dipercayai didera pengasuhnya di Taman Permai di Sibu Isnin lalu, meninggal dunia di Hospital Sibu hari ini.

Aariz Harraz Zahin Azman, sembilan bulan, menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya Hajijah Tahir pada 11.55 pagi selepas alat sokongan hayatnya dihentikan pada 11.30 pagi.

Loading...
Bayi tersebut disahkan ‘mati otak’ pada 9.10 pagi semalam oleh pasukan perubatan yang merawatnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, keputusan untuk menghentikan mesin sokongan hayat itu dipersetujui oleh ibu bapa bayi malang berkenaan semalam selepas hasil ujian ke atas otak mangsa untuk kali kedua semalam kekal sama.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Nangka Dr. Anuar Rapa’ee yang hadir di hospital untuk menziarah mangsa, meminta masyarakat memberi ruang kepada kedua ibu bapa bayi tersebut untuk bersama keluarga bagi menghadapi tragedi berkenaan.

"Sekarang kita serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa berada dalam keadaan lemah ketika diambil dari rumah suspek di Taman Permai di Sibu sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

Berdasarkan pemeriksaan pakar kanak-kanak, mangsa disahkan mengalami pendarahan pada otak dan kedua-dua matanya selain mengalami retak pada bahagian kiri kepala dipercayai akibat hentakan kuat.

Suspek yang berusia 39 tahun ditahan polis pada hari berikutnya susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.


Wanita itu kemudiannya dilaporkan mengaku menggoncang bayi terbabit kerana tidak berhenti menangis dan mendakwa tertekan kerana mengalami kesakitan akibat haid.

Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen untuk menjalankan pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/satu-lagi-kes-bayi-disyaki-didera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Bayi Lelaki Koma Dan Patah Gigi Disyaki Didera Oleh Pengasuh

2 Bayi Lelaki Koma Dan Patah Gigi Disyaki Didera Oleh Pengasuh

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 451 hits
2 bayi lelaki koma dan patah gigi disyaki didera oleh pengasuhDua bayi lelaki berusia 17 bulan dan 9 bulan dilaporkan mengalami kecederaan serius dipercayai didera oleh pengasuh di pusat jagaan kanak kanak di Jalan Permai Sibu semalam lapor...
Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia Usai Diberi Minuman Keras Oleh Ibunya Sendiri Sebab Ibunya Mahu Berpesta

Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia Usai Diberi Minuman Keras Oleh Ibunya Sendiri Sebab Ibunya Mahu Berpesta

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 677 hits
Rabu 16 Januari 2019 Irish MirrorZakhar Bayi 8 bulan yang meninggal usai dicekoki miras oleh ibunya Seorang ibu di sedang disiasat polis Ibu yang bernama Nadezhda Yarych dipercayai kuat memberi laki lakinya sendiri bernama Zakhar dengan jen...
Aariz Haraz Meninggal Dunia Akhirnya Pengasuh Mengaku Dera Kerana Tertekan

Aariz Haraz Meninggal Dunia Akhirnya Pengasuh Mengaku Dera Kerana Tertekan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 692 hits
Baru baru ini viral di media sosial seorang bayi lelaki didera oleh pengasuh sehingga mengalami pendarahan pada otak Tndakan pengasuh wanita yang berusia 39 tahun yang mendera bayi itu mendapat reaksi marah seluruh netizen Menerusi bayi itu...
Ibu Flush Bayi Dalam Lubang Tandas 5 Kali Bayi Tersangkut Dalam Lubang Hingga Meninggal Dunia

Ibu Flush Bayi Dalam Lubang Tandas 5 Kali Bayi Tersangkut Dalam Lubang Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 763 hits
Kejamnya duhai mu ibu Seorang remaja berusia 16 tahun tergamak membunuh bayi yang baru dilahirkannya dengan cara membuang mangsa ke dalam mangkuk tandas Lebih menyayat hati bayi yang dipam berulang kali itu tersekat separuh badan di dalam m...
Sedih Bayi Ini Meninggal Setelah Sering Hirup Asap Rokok Dari Ayah Dan Kakaknya

Sedih Bayi Ini Meninggal Setelah Sering Hirup Asap Rokok Dari Ayah Dan Kakaknya

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 318 hits
Tak dapat dipungkiri banyak masyarakat Indonesia yang masih merokok Terutama para laki laki dewasa mungkin ayah atau suami adalah salah satunya Bahkan tak hanya orang dewasa saat ini anak anak dan remaja pun sudah mulai merokok Hal ini cuku...
Bekas Pengarang Eksekutif Harian Metro Meninggal Dunia

Bekas Pengarang Eksekutif Harian Metro Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 391 hits
Bekas pengarang eksekutif Harian Metro meninggal dunia Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 12 Jan 2019 5 58P
Nukman Luthfie Pakar Media Sosial Meninggal Dunia Di Yogyakarta

Nukman Luthfie Pakar Media Sosial Meninggal Dunia Di Yogyakarta

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 400 hits
Kabar duka datang dari pegiat media sosial Indonesia Nukman Lutfie Pria yang kerap muncul dengan isu isu media sosial ini dikabarkan meninggal dunia
Ibu Linda Diana Rafar Meninggal Dunia

Ibu Linda Diana Rafar Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 477 hits
IZWAN MOHD ISA 11 Januari 2019 10 57 PM KUALA LUMPUR Ibu kepada penyanyi Linda Rafar Rasimah Abd Rahman 73 telah menghembuskan nafas yang terakhir di sebuah pu
Yb Adun Semenyih Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung

Yb Adun Semenyih Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 683 hits
SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Semenyih Bakhtiar Mohd Nor 57 meninggal dunia di Hospital Kajang awal pagi ini Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Borhan Aman Shah berkata Allahyarham meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung puk...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo