Amalan Berjimat Cermat


   Dalam era pascakemerdekaan ini , imej negara tercinta kita semakin hari semakin disanjungi tinggi di parsada dunia. Pembangunan secara global yang dialami oleh negara kita menyebabkan kita berasa gah dan membolehkan kita menikmati kemajuan tersebut. Namun begitu, masyarakat kita acap kali tersentak apabila pihak media massa sering memaparkan kenaikan harga pada dada dada akhbar dan disiarkan melalui media elektronik. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat cermat semasa berbelanja amat penting diterapkan dalam kalangan generasi muda memandangkan golongan ini sering dikaitkan dengan sikap  boros dan kurang bijak ketika membeli belah. Dalam hal ini, ibubapa harus turun padang bagi membendung keadaan ini untuk meningkatkan kesedaran berbelanja secara berhemat dalam kalangan anak anak .



   Antara usaha dominan yang pragmatik untuk menyemai amalan berjimat cermat dalam diri seseorang termasuklah ibubapa harus menerapkan didikan agama dalam kalangan anak anak. Hal ini demikian kerana, setiap agama menuntut umatnya supaya mempunyai nilai nilai yang baik termasuklah amalan berjimat cermat. Selain itu , didikan agama turut membolehkan seseorang menaakul baik buruk tindakannya, terutamanya dalam aspek perbelanjaan. Maka anak anak akan sentiasa bersikap selaras dengan peribahasa "beringat sebelum kena,berjimat sebelum habis". Sehubungan dengan itu, ibubapa harus memberi didikan agama yang sempurna baik secara formal mahupun secara tidak formal. Dengan pendidikan agama, anak anak akan lebih didedahkan dengan cara cara membuat perancangan sebelum membeli belah. Anak anak hendaklah membuat senarai barang yang hendak dibeli perlu ditulis terlebih dahulu dan mengutamakan barang yang penting kerana "sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna", malahan anak anak akan berbelanja mengikut kemampuan dan tidak bersikap boros yang dianggap sebagai amalan syaitan dalam sesetengah agama. Deduksinya, didikan agama harus diterapkan dalam sanubari anak anak bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara berhemat.




   Bertitik tolak daripada itu, ibubapa harus menyemai amalan berjimat cermat dalam kalangan anak anak dengan menjadikan dirinya sebagai suri teladan yang terbaik ketika berbelanja. Hal ini demikian kerana apa apa perkara yang dilakukan oleh ibubapa akan menjadi ikutan atau jejak langkah anak anak. Berbelanja secara sederhana dapat menghantar mesej yang jelas kepada anak anak. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa "bagaimana acuan, begitulah kuihnya" dan "bapa borek, anak rintih". Jangan jadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Sejajar dengan itu, anak anak selalu membuat pemerhatian terhadap cara ibubapa berbelanja. Maka, ibubapa haruslah mencerminkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja dengan mengutamakan barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan harian serta tidak membeli barangan mengikut perasaan kerana "ikut rasa binasa, ikut hati mati". Malahan , ibubapa harus memberi keutamaan kepada produk tempatan yang lebih murah dan bermutu tinggi daripada produk import . Dengan demikian , ibubapa dapat mempamerkan sikap berjimat cermat disamping memberi sambutan kepada produk tempatan. Hal ini seumpama peribahasa "serampang dua mata". Tuntasnya, ibubapa harus menjadi inspirasi yang terbaik kepada anak anak bagi memupuk amalan berjimat cermat.




   Bukan itu sahaja, ibubapa turut perlu memberi bimbingan dan nasihat kepada anak anak ketika berbelanja sebagai usaha menyemai amalan berjimat cermat . Malahan, hal ini perlu diterapkan sejak kecil lagi bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Sehubungan dengan itu, ibubapa harus mendedahkan anak anak kepada cara membeli belah secara bijak. Sebagai analoginya, cara cara membandingkan harga barangan sebelum membeli . Hal ini demikian kerana harga sesuatu barang berbeza beza mengikut lokaliti tempat. Contohnya, harga barangan di kedai kecil jauh lebih murah berbanding dengan kompleks beli belah bertaraf lima bintang. Selain itu, ibubapa harus membimbing anak anak supaya membeli produk yang bermutu dan harganya berpatutan . Dengan demikian, anak anak yang setampuk darah , setahun jagung dapat mengadaptasi amalan berjimat cermat semasa berbelanja disamping dapat mengelak diri daripada diseleweng oleh para peniaga.




   (ZULHYLMY) Seterusnya, ibubapa harus membimbing anak anak supaya tidak terpengaruh dengan gaya hidup rakan sebaya . Hal ini demikian kerana , anak anak lebih mudah dipengaruhi dengan segala tindakan rakan sebaya yang mempunyai prinsip,identiti dan persepsi yang sama. Namun begitu, status ekonomi setiap individu berbeza . Walau bagaimanapun, anak anak masih tidak dapat membezakan antara kaca dan permata akan mudah terpengaruh dan terikut ikut dengan kawan yang kaya dan suka berbelanja mewah. Oleh hal yang demikian, ibubapa perlu menanam sikap "mengukur baju dibadan sendiri" sebagai prinsip hidup dan menerangkan status ekonomi keluarga supaya anak anak dapat mengetahui cara cara berbelanja mengikut kemampuan. Malahan , anak anak dapat hidup dengan sejahtera pada masa hadapan tanpa sebarang masalah ekonomi keluarga. Jelaslah bahawa ibubapa harus mengawasi pengaruh rakan sebaya terhadap anak anak bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara berhemah.




   Sudah terang lagi bersuluh , ibubapa perlu memupuk amalan berjimat cermat semasa berbelanja dengan memberi kesedaran kepada anak anak . Hal ini demikian kerana , menurut pakar psikologi, anak anak yang masih muda tidak boleh dipaksa bagi mengamalkan sesuatu amalan. Sebaliknya, anak anak perlu diberi kesedaran bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam diri seseorang. Malahan , anak anak perlu didedahkan kepada kesan kesan buruk jika seseorang itu bersikap boros ketika berbelanja. Secara langsung, anak anak dapat mengetahui cara cara membeli barangan secara berhemat kerana "hanya jauhari yang mengenal manikam". Disamping itu , anak anak dapat memastikan kehidupan yang bahagia dan tidak akan berhutang keliling pinggang . Tegasnya, ibubapa harus memberi mesej yang jelas kepada anak anak melalui kesedaran berbelanja secara berhemat.




   Kesimpulannya, ibubapa sebagai individu yang terdekat dengan anak anak perlu memikul tanggungjawab bagi menyemai amalan berjimat cermat dalam sanubari anak. Hal ini demikian kerana , anak anak yang diibaratkan sebagai insan kerdil ciptaan tuhan merupakan tunjang negara yang harus menggenggam amalan berjimat cermat. Jika tidak , anak anak akan dibelenggu oleh pelbagai masalah kewangan pada masa hadapam . Maka, "sebelum nasi menjadi bubur" ibubapa harus peka dalam usaha menerapkan amalan berjimat cermat dalam kalangan anak anak.


Semoga Bermanfaat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://infokasitaw.blogspot.com/2019/07/amalan-berjimat-cermat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sunat Wuduk Amalan Bilal Bin Rabah

Solat Sunat Wuduk Amalan Bilal Bin Rabah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1377 hits
Bismillah Apakah amalan Bilal bin Rabbah yang buatkan Rasulullah dengar derap sandalnya di syurga Sesudah seseorang mengambil wuduk disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat Solat ini dikenali juga dengan nama Solat ...
5 Amalan Agar Mendapatkan Keberuntungan Dunia Dan Akhirat

5 Amalan Agar Mendapatkan Keberuntungan Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 222 hits
Seorang mukmin sejati akan patuh dan tunduk kepada Penciptanya ia sadar bahwa dirinya mampu berbuat kebaikan maupun menjauhi segala larangan atas izin dari Nya Segala gerak langkahnya selalu diawasi sehingga hidupnya semakin terarah Abu Nai...
5 Amalan Yang Membebaskan Diri Daripada Api Neraka

5 Amalan Yang Membebaskan Diri Daripada Api Neraka

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 392 hits
Sebelum pulang ke kampung akhirat kita perlulah menyediakan bekalan dengan sebaiknya Bekalan tersebut adalah sebagai bukti bahawa kita menjadi hamba Allah S W T yang taat mematuhi perintahNya Bekalan yang dibawa haruslah benar dan datang da...
5 Kelebihan Amalan Diet Oat Sarapan Pagi

5 Kelebihan Amalan Diet Oat Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 408 hits
5 Kelebihan Pengambilan Oatmeal Untuk Memulakan Diet Sihat Harian AndaOats atau Oatmeal adalah suatu jenis bijirin tumbuhan yang menjadi makanan manusia Kebiasaannya oat dihidangkan sebagai bubur atau boleh dijadikan biskut oat Oat boleh di...
Ini 6 Amalan Yang Disunnahkan Setelah Sholat Jum At Hingga Menjelang Malam

Ini 6 Amalan Yang Disunnahkan Setelah Sholat Jum At Hingga Menjelang Malam

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 266 hits
teImam Ghazali dalam Bidayatul Hidayah menjelaskan bahwa terdapat amalan amalan yang dianjurkan bagi umat Muslim usai melakukan shalat jumat hingga menjelang malam tiba Yaitu Pertama Setelah memanjatkan doa usai shalat Jumat lakukanlah sala...
4 Amalan Mustahak Perlu Anda Buat Ketika Memasuki Rumah Baru Dikongsikan Mufti

4 Amalan Mustahak Perlu Anda Buat Ketika Memasuki Rumah Baru Dikongsikan Mufti

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 381 hits
Bukan kita sahaja yang berada di atas muka bumi ini kerana ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita samada sedar atau tidak sedar Oleh itu kita disarankan untuk saling menghormati hak sesama makhluk dengan adab dan amalan yang dianju...
Doa Dan Amalan Harian Untuk Anak Kecil

Doa Dan Amalan Harian Untuk Anak Kecil

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 1638 hits
Assalamualaikum wbt Hai semua apa khabar Semoga kita semua dibawah lindungan Allah swt sentiasa Hari ini mommy nak share dengan anda semua beberapa doa dan amalan yang boleh diamalkan untuk anak anak Nak tahu tak apa doa yang mommy selalu b...
Perlu Cermat Bawa Pulang Jho Low Kata Kpn

Perlu Cermat Bawa Pulang Jho Low Kata Kpn

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata polis perlu berhati hati dan cermat membawa pulang ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho bagi memastikan kerjasama pihak berkuasa di mana dia bersembunyi Hamid berkata polis ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching