Amal Puasa 16 Jam Turun 13 5kg Dalam Masa 4 Bulan Hanya Diet Kalori Senaman


Ibu ini mengamalkan puasa 16 jam, diet kalori & senaman. Hasilnya dia berjaya turun 13.5kg dalam masa 4 bulan.
Ramai yang melakukan intermittent fasting untuk menurunkan berat badan termasuklah Puan Nurain Sazila, 33 tahun yang telah berkongsi tip dan cara dilakukannya hingga dapat menyingkirkan 13.5kg. Berat asalnya 74.5kg kini menyusut ke 61kg.
“Saya suri rumah, kedua-dua orang anak dilahirkan secara pembedahan caesarean.  Saya amalkan intermittent fasting sejak bulan Oktober tahun lepas dan masih mengamalkanya sehingga sekarang. Selain itu saya cuba mengubah corak pemakanan saya secara perlahan-lahan dan mengikuti diet kalori,” kata Nurain.
BMI OBES & TEKANAN DARAH NAIK
“Penyebab utama saya tiba tiba mempunyai kesedaran dan tindakan adalah apabila BMI saya telah masuk ke fasa obes. Selama ini saya sedar yang saya overweight tetapi tahun lepas merupakan pertama kalinya berat saya melepasi fasa obes dan saya rasa saya perlu mula mengambil tindakan kerana darah tinggi saya semakin naik,” kata ibu dua anak ini.

BERAT TURUN 4KG BARU MULA SENAMAN
Ada yang kata senaman tanpa kawalan pemakanan tidak berkesan untuk menurunkan berat badan. Menurut Nurain, dia memulakan kawalan pemakanan atau diet terlebih dahulu. Hanya selepas  turun 4kg barulah dia mulakan senaman.
Pada awalnya, dia hanya berjalan kaki cepat atau briskwalk sahaja  dan selepas satu tempoh baru dimulakan senaman berintensiti tinggi seperti aerobik, zumba dan weight training. Kini selepas 4 bulan, Nurainmula kerap bersenam seperti aerobik, zumba, weight training dengan mengikuti video-video senaman di Youtube.
MESTI FAHAM KONSEP DEFISIT KALORI
“First, saya bukan dietitian/nutrition/coach atau yang sewaktu dengannya. Saya cuma mak anak dua yang ingin kongsi ilmu diet percuma supaya kita semua boleh kawal berat badan kita tanpa fikirkan ketidakmampuan bayar coach sebab ekonomi setiap orang tak samakan. Tapi semua orang nak sihat dan memiliki BMI normal.
“Badan kita memerlukan tenaga untuk menjalankan sistem pencernaan, peredaran darah, pernafasan dan lain-lain. Tenaga itu datangnya dari makanan yang kita makan dan dikira dalam bentuk kalori.
Secara umum, kita memerlukan diantara 1500-1800 kalori sehari (setiap badan berbeza, boleh check google tdee calculator) bila kita terlebih kalori intake (makan banyak) ia akan ditukar menjadi lemak. Apabila kita makan sikit atau kurang kalori intake berlakunya kalori defisit , dimana kekurangan sumber tenaga dari makanan, maka badan kita akan membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Oleh itu kita mengurus atau kehilangan berat badan. Oleh itu asas bagi semua diet ialah menghasilkan KALORI DEFICIT. Sebanyak 7700 kalori deficit akan membuatkan kita kehilangan 1kg. Macam mana nak hasilkan kalori defisit? Paling mudah makan sikit dan makan makanan berkalori rendah. Cara lain yang mudah dan happy dan boleh makan apa yang kita nak makan tanpa stress tapi masih ada kalori deficit? Downloadlah apps myfitnesspal (saya pakai free version je) Cara efektif untuk pastikan kita makan tak terbabas, sebelum makan log dulu makanan kita. Macam saya, biasanya  akan maintain 1200-1400 kalori intake dari makanan. Sangat mudah. Try dulu. Kalau tak faham nak guna macam mana tengok post² saya sebelum ini. Macam mana nak banyakkan lagi kalori defisit ? Bersenam. Aerobic/Zumba 30 minit boleh bakar dalam 300kalori. Kalau tak nak bersenam. Just jaga kalori makanan betul². Macam mana saya boleh hilang hampir 13kg? Jawapannya -saya diet kalori dan pastikan ada kalori deficit setiap hari. IF membantu pembakaran lemak juga, tp kalau buat IF dan makan tanpa kalori deficit – berat tetap juga susah turun. INTERMITTEN FASTING
Ibu ini juga turut menyimpan jurnal berat badannya dan aktiviti yang dilakukan untuk memantau penurunan berat badannya. Dia juga mencatat jumlah kalori diambil, senaman dan intermittent fasting (IF) yang dilakukannya.

“OMAD tu singakatan bagi one meal a day. Ia adalah satu cabang dalam intermittent fasting yakni kita berpuasa 23 jam dan waktu makan 1 jam. Saya mulakan IF dengan amalan 16 jam berpuasa dan 8 jam waktu makan (16:8) perlahan lahan saya tingkatan fasa berpuasa kerana melalui Dr Fung (penulis buku Obesity Code) beliau mengatakan lebih lama badan kita dalam fasa berpuasa, lebih banyak lemak yang akan terbakar,” kata wanita ini.
Bagi anda yang ingin memulakan, Nurain memberikan 8 tips;
Mencadangkan langkah pertama join dulu group sokongan di Facebook “Intermittent Fasting Malaysia” Ada banyak maklumat dan penerangan dari beginner sampailah yang dah otai yang buat Snake Diet. Nak masuk group ni free. Tiada bayaran. Dan banyak ahli² dan admin yang rajin bantu kita clearkan doubt. IF ni maksudnya puasa berkala. Pola puasa-makan-puasa-makan. Sama je macam kita puasa masa bulan Ramadhan cuma IF ni masanya lebih flexible. Untuk beginner dicadangkan mula dengan 16:8 iaitu 16 jam puasa, 8 jam makan. Time 16 jam tu flexible kita boleh arrange masa tu ikut kesesuaian kita. Dan 16 jam puasa tu termasuk waktu tidur. Jadi sebenarnya x adalah lama sangat puasa tu Bila saya buat 16: 8 biasa, petang hari ini jam 6pm saya dah start tidak makan (tapi boleh minum air kosong) dan akan makan esok paginya jam 10am. Senang kata, bila kita buat 16:8 tu … Tak makan malam dan breakfast lewat esok harinya Lapar tak malam tak makan? Mestilah lapar dah nama pun puasa. Tapi tahan sikit ok, nanti lama-lama perut tu terbiasa. Bila tengah time lapar kemuncak tu biasanya antara pukul 7pm-10pm elakkanlah dari tengok rancangan masakan, scroll IG makanan ya. Bila perut dh ok boleh tahan puasa next boleh extend fasting hours. Benda ni kita boleh buat slow²…ubah cara pemakanan pun kita buat slow². Bagi Atam, tak perlu drastik sebab kita nak badan kita belajar adapt. Dari drastik tapi x boleh nak kekalkan, lebih baik slow and steady je tapi x pernah stop. Bila waktu nak mula IF? Paling baik, kalau terdetik hari ni, buatlah hari ni terus.
MAKAN SAYURAN MENTAH 
Apa yang menarik, ibu ini mengambil banyak sayuran mentah. “Lobak merah dan timun memang saya suka makan mentah sebab lagi sedap pada selera saya. Sayur sayur yang lain seperti brokoli, bunga kobis, bayam biasanya saya celur dalam air panas, kukus atau panggang.
Sayur sayuran memang lebih baik kalau kita makan mentah seperti ulam ulaman sebab khasiatnya tidak luntur/kurang. Biasanya sayur sayuran kalau kita masak dalam keadaan yang lama atau sangat panas, khasiatnya akan berkurangan,” kata Nurain.
HIDANGAN CANTIK BERI KEPUASAN
Ibu ini selalu berkongsikan gambar-gambar hidangan yang diambil, berwarna-warni dan tersusun cantik. “Melalui pengalaman saya, susunan makan yang cantik dan berwarna warni memberi kesan kepuasan ketika kita makan walaupun makanan kita itu mungkin kurang rasa kerana kita kurangkan garam, gula dan perasa. Tetapi platting makanan sihat yang cantik akan meningkatkan selera kita untuk menikmati makanan tersebut,: katanya.

MULA PERLAHAN
Kepada ibu-ibu lain yang ingin mencuba Pesanan saya, kita cuba ubah secara perlahan lahan. Tidak semestinya hari ini kita mula menjaga pemakanan (diet) , hari ini kita potong secara total gula, karbo, minyak dan garam. Kita mulakan dengan perlahan lahan sehingga badan kita boleh terima perubahan citarasa makanan. Saya sendiri merupakan pengemar minum air kopi bersusu pekat manis, sebelum ini saya boleh minum sampai 3 cawan sehari. Apabila saya mula diet, saya tidak berhenti terus minum tetapi saya kurangkan menjadi secawan.
Selepas sebulan saya bertukar ke kopi berkrimer dan akhirnya setelah empat bulan barulah saya berjaya minum kopi kosong tanpa gula.
Diet merupakan perjalanan seumur hidup kerana bukan secepat mana kita boleh kurangkan berat badan dan turunkan BMI tetapi selama mana kita boleh kekalkan berat badan dan BMI yang ideal tanpa berpatah balik ke pola pemakanan yang lama.

TIDAK MENJAUHI NASI, TETAPI PATUH DIET KALORI
Tidak seperti kebanyakan diet yang tidak menggalakkan pengambilan nasi, Nurain tetap mengambilnya tetapi dalam kadar yang sesuai dengan kalori harian atau menggantikan dngan kobis bunga atau roti.
“Saya tidak menjauhi nasi kerana nasi merupakan makanan kegemaran saya. Setelah saya lebih fahami kesan karbohidrat kompleks terhadap aras gula dan insulin dalam badan serta kesannya pada pembakaran lemak, saya cuba mengurangkan pengambilan karbohidrat kompleks secara berkala. Biasanya saya akan makan sebanyak 3 kali sehari dan saya akan cuba untuk pastikan hanya 1 kali yang mengandungi karbo kompleks.
“Contoh minggu ini karbo pilihan saya ialah roti, jadi nasi gantikan dengan kobis bunga. Minggu hadapan saya akan memilih nasi, maka roti saya akan gantikan dengan kobis bunga,” kata Nurain.
The post Amal Puasa 16 Jam Turun 13.5kg Dalam Masa 4 Bulan. Hanya Diet Kalori & Senaman appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/amal-puasa-16-jam-turun-13-5kg-dalam-masa-4-bulan-hanya-diet-kalori-senaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
28 Jam Bertarung Kontraksi Masa Bersalin Instafamous Pesan Ibu Ibu Kena Pandai Curi Nafas Masa Meneran

28 Jam Bertarung Kontraksi Masa Bersalin Instafamous Pesan Ibu Ibu Kena Pandai Curi Nafas Masa Meneran

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 663 hits
28 jam bertarung dengan kontraksi akhirnya instafamous Anissa Faizul berjaya mendakap anak sulungnya Ainul Mardhiah Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakannya Melalui proses kelahiran ada cabarannya terutamanya bersalin cahaya mata sulun...
Tike Prie Diet Dan Turun 25 Kilo Niat Di Baliknya Bikin Terenyuh Bukan Cuma Kejar Cantik

Tike Prie Diet Dan Turun 25 Kilo Niat Di Baliknya Bikin Terenyuh Bukan Cuma Kejar Cantik

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 248 hits
Tike mengaku udah melakukan diet selama 6 bulan terakhir Pokoknya 2019gantiukuran katanya
Saya Bagi Masa 3 Jam Dari Sekarang Atau Laporan Polis Akan Dibuat Suhaimi Saad Bagi Warning Kepada Hakimi Mohamad

Saya Bagi Masa 3 Jam Dari Sekarang Atau Laporan Polis Akan Dibuat Suhaimi Saad Bagi Warning Kepada Hakimi Mohamad

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1746 hits
Penyanyi nasyid dab bekas ahli Inteam iaitu Suhaimi Saad sedang menjadi topik hangat di laman sosial sejak minggu lepas ekoran perdebatan tentang bentuk bumi yang disifatkannya sebagai rata Malah Suhaimi Saad juga ada mencabar Angkasawan Ne...
24 Jam Di Bulan Ramadhan

24 Jam Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 369 hits
Ini kelanjutan lagi dari tulisan kami 24 Jam di Bulan Ramadhan kali ini mengenai aktivitas pada waktu Maghrib
4 Makanan Yang Bersihkan Paru Paru Dalam Masa 72 Jam Rileks Media

4 Makanan Yang Bersihkan Paru Paru Dalam Masa 72 Jam Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 365 hits
Masalah paru paru amat sinonim bagi mereka yang bergelar pero kok Sesetengah orang mungkin turut mengalami masalah paru paru sungguhpun mereka tidak pernah hisap rokok Ada individu yang pernah menghabiskan umurnya selama 40 tahun dengan mer...
Empat Menteri Bersatu Turun Semenyih Hanya Kebetulan Rina

Empat Menteri Bersatu Turun Semenyih Hanya Kebetulan Rina

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 433 hits
Tindakan empat menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia turun padang ke Semenyih sejak Sabtu lalu bukan bertujuan berkempen untuk pilihan raya kecil Sebaliknya Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun menyifatkan perkar...
Tiga Bulan Terlantar Di Icu Akibat Jantung Terhenti Masa Bersalin Mama Kena Kuat Demi Syahmi

Tiga Bulan Terlantar Di Icu Akibat Jantung Terhenti Masa Bersalin Mama Kena Kuat Demi Syahmi

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 884 hits
Sejak dilahirkan hingga usia 3 bulan Muhammad Syahmi belum merasai pelukan mamanya seperti bayi lain Ini berikutan mamanya Nor Fadilla Che Par 28 terus koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi akibat komplikasi dan jantungnya terhenti seca...
Masuk Trimester Kedua Hanis Zalikha Amal Mandi Air Sejuk Buat Persiapan Bayi Bila Kandungan Cecah 8 Bulan

Masuk Trimester Kedua Hanis Zalikha Amal Mandi Air Sejuk Buat Persiapan Bayi Bila Kandungan Cecah 8 Bulan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 465 hits
Sedang hamil 28 minggu Hanis Zalika amalkan mandi air sejuk mengelakkan morning sickness berlanjutan di trimester kedua dan menjadikan dirinya segar serta aktif Hanis yang ditemui Pa Ma dalam majlis pelancaran Toujours Kid baru baru ini men...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik