Althea Make Up Collection Rasa Bangga Dengan Althea


ALTHEA MAKE UP COLLECTION
- RASA BANGGA DENGAN ALTHEA
Haaa.. TB nak tayang Makeup Box yang sangat comel dari Althea ni.. Didalamnya ada Makeup Collection dari brand Althea sendiri tau! Wahhh.. TB rasa Happy dan rasa bangga dengan Althea sebab sepanjang 3 tahun bersama Althea ni, dan semakin banyak produk yang Althea keluarkan dibawah jenama Althea sendiri, harga pun sangat mampu milik, berkualiti dan authentic.

Haa.. saja nak bagi korang tengok video TB unboxing Althea Makeup Box ni hari tu.. Tapi tak dapat nak buat full sebab anak teruna ada, asiklah memenyek-menyek kan kotak tu.. haha.. terpaksa cepat-cepat simpan sebab nanti nak shoot video and gambar tak menarik pulak kalau kotaknya kemek kan..

Kebetulan TB pun nak balik kampung masa terima box ni.. so, terpaksalah tinggalkan kotak ni di rumah.. nak balik kampung naik ETS, jenuh pulak kang kan nak angkut barang banyak.. huhu.. dua minggu juga lah TB di kampung.. fuh.. Tengok rakan-rakan seangkatan dah siap up video tutorial guna makeup box ni.. lawa-lawa pulak tu.. rasa nak balik cepat je masa tu.. haha.. 

View this post on Instagram

Huwaaa... Tak Sabar Nak Balik KL nak rasmikan semua item dalam @altheakorea Makeup Box ni. . . Hari Tu Sempat ambil video unboxing ni je.. Tu pun tak dapat nak ambil full video sebab ehem2.. faham2 je laa.. ada sikecik tu yang over excited nak unboxing jugak.. haha.. . . Kita nak cepat sebab kalut nak bersiap balik kampung.. Tapi sikecik tu nak belek2 semua.. haha. tak dapek laa kann.. Terfikir Nak bawak box ni balik kampung tapi sebab beg kami pun dah penuh.. dan kami balik naik ETS je pun.. So, xmo beratkan beg.. . . Tengok kawan2 review dan buat tutor semua kata best item2 yang dalam box ni.. terutamanya eye palette @bclsinclair X Althea tu.. Ramai dah test n kata pigmented sungguh.. . . Dalam makeup box ni juga ada Lip tint / cream tint yang bersaiz travel, concealer dan eye glitter.. . . TB tak sempat try lagiii.. tapi tengok kawan2 dah up video tutor cara pakai.. alaaaa.. jelesss.. . . Haaa.. Tungguuuu.. TB lak nak buat tutorial makeup lepas ni...hehehe.. jangan kecam lak ye.. kah3 www.althea.kr #AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaMakeUp #altheaangel #altheamakeupbox #concealer #eyeshadowpalette #bclsinclair #liptintA post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on Feb 9, 2019 at 4:59pm PST
Ok lah.. berbalik kepada cerita Althea Makeup Box ni, TB memang tak sabar tau nak bermain makeup-makeup dengan semua item dalam box Althea ni.. haaa.. nak tau apa dia item-item yang terdapat dalam box Althea ni
Haaa.. Dalam Box Althea Make Up Collection mengandungi set solekan asas iaitu :- 

BCL x Althea Eye Palette Sunrise MoonriseAlthea Flawless Creamy Concealer Althea Spotlight Eye GlitterAlthea Water Colour Cream Tint Althea Skin Relief Spot Film Gel
Haaa.. Meh TB share story dan pengalaman TB menggunakan semua produk diatas ni ye.. Boleh dikatakan semua TB dah guna setakat ni.. Tapi masa dalam video tutorial tu TB guna yang mana perlu je dulu.. hehehe.. sebab tak pernah guna lagi.. sebab tu risau test-test kang jadi tak okey lak makeup.. kih3.. Apa-apa pun.. semua dalam box tu terbaekk


BCL x Althea Eye Palette Sunrise MoonriseApa yang TB nak katakan tentang BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ialah... TB sukaaaa! sukaa sangat-sangat! Sebab color dia sangat-sangat pigmented, sangat cantik dan mudah di blend di kelopak mata.. Aduh.. susah nak cerita happy nya TB jadi orang terawal dapat mencuba BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ni.. 


Packaging dia yang bermotif bunga-bunga ni memang kena dengan taste TB. Berwarna warni.. dan sedap mata memandang.. Haaa.. kalau korang nak tahu, Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ini adalah kolaborasi ekslusif diantara Althea dengan bintang popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari. Hadir dalam 8 pigmented colour shade lengkap dengan matte, shimmer, glitter. 
8 pigmented colour shade ni sangat sesuai untuk wanita asia macam kita, dan adalah satu bonus kalau korang pandai padankan warna pilihan untuk solekan mata korang, pasti hasilnya nampak wowww sangat-sangat.. hehe.. Sangat sesuai di gunakan sebagai solekan siang, solekan malam pun boleh, mahupun solekan untuk majlis rasmi dan majlis-majlis tertentu..


Hehe.. ni TB share solekan mata untuk malam.. cewah.. untuk dinner gitu.. orang kata kalau waktu malam kena pastikan makeup tu tebal sikit.. ada kaitan dengan pencahayaan di waktu malam kata orang.. hehehe.. So.. eye shadow kena letak tebal sikit.. celak pun mesti tebal jugak untuk menampakkan mata galak gitu.. kalau pakai eyeshadow pallete Althea ni lagi la sesuai.. sebab ada shimmering, lip lap lip lap gitu mata kita.. lawa !!

Sebaliknya kalau waktu siang, tak perlu makeup tebal sangat, just menampakkan kelainan (cantik) pada wajah pun dah cukup.. kan




View this post on Instagram

Kita Tayang Makeup Mata Dulu Yea.. Full Makeup ? Tungguuu.. Hari Ni Bermain Makeup2 Dengan Menggunakan item2 yang terdapat dalam Althea Makeup Box. TB teruja dengan semua item dari Althea ni.. terutamanya Eye Shadow Pallette yang pertama dari jenama Althea iaitu Sunrise & Moonrise! hasil kerjasama dengan Artis Popular Bunga Citra Lestari, . . Eye Shadow Pallette ni ada 8 warna, Sesuai untuk makeup di siang hari juga untuk waktu malam yang indah, . . TB dah try Eyeshadow Pallette ni.. memang buat TB kelihatan feminin kan.. huhu.. rasa glamor macam BCL la pulak.. kekeke . . Terdapat Color yang bertekstur shimmers, mattes dan glitters, color dia sangat2 pigmented dan mudah sangat dioles ke kulit di kelopak mata.. Bunga Citra Lestari adalah Artis Indonesia yang telah menempah nama besar di seluruh Asia Tenggara. . . Dikenali sebagai BCL oleh peminatnya, dia juga ikon kecantikan dan fesyen yang memancarkan gaya, kecantikan dan kewanitaan. haaa.. korang teruja tak nak dapatkan Eyeshadow Pallete yang wowww ni? boleh layari www.althea.kr #altheaangel #altheaangels #althea #althealunabox #altheamakeupbox #altheaSunriseMoonrise #bungacintalestari #bclsinclair #bclxalthea #eyeshadowpalette #eyepallete #bbezuwioA post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on Feb 16, 2019 at 12:46am PST
Haaa.. Amacam.. ada rasa tertarik nak cuba ke.. Kalau korang nak dapatkan  BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ni, korang boleh tekan link ni yea --> my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl  harganya 140 je.. tahan lama ni kalau ikut penggunaan yang tak selalu.. hehehe.. 

Althea Flawless Creamy Concealer
Fuh.. kalau ikutkan dah lama giler TB tak guna Concealer ni tau.. Sejak dah kahwin ni memang concealer tak pernah TB beli sebab dah terlupa sangat pernah guna concealer masa zamana kerja dulu.. hehehe.. mungkin fikir takde keperluan kot beli concealer tu, Tapi Bila cuba Althea Flawless Creamy Concealer ni baru TB tahu rupanya TB memang perlukannya sebab concealer ni bukan saja mampu tutup parut jerawat, malah jeragat pun boleh di cover. Siap kesan parut-parut lain pada wajah pun boleh disembunyikan tau! Wajah nampak flawless bila dah siap makeup semua...

Althea Flawless Creamy Concealer ni Ada 4 pilihan warna iaitu :-
01 Vanilla02 Ginger 03 Honey 04 Mocha

TB gunakan code #02-Ginger yang terang sikit tu untuk calit pada bahagian yang berparut pada wajah, kesan-kesan bekas jerawat lama yang hampir pudar tu, bila disapu dengan concealer ni, terus ghaib parut tu.. hahaha..

dan yang #code 01-Vanilla pulak TB letak pada bawah mata (untuk tutup eyebag, eh dark circle.. miahaha), TB letak juga pada tepi hujung hidung kiri dan kanan..

Yang code #03-Honey pulak TB gunakan untuk sapu seluruh muka sebab kaler dia macam natural dan sama macam kulit wajah TB..

Oh ya.. yang lagi satu tu, gelap sikit.. code #04-Mocha, kegunaan dia untuk buat shading, bagi bentuk muka tirus dan bagi dagu lekuk pun boleh, just calit/letak garisan menegak dekat dagu tu.. hehehe.. kat tulang pipi pulak untuk bagi rahang muka nampak kecil sikit, manakalan kalau letak dekat hiddung tu.. boleh beri effect hidung mancung gitu.. TB tak buat pun shading-shading ni.. sebab tak reti.. haha.. kena belajar betul-betul baru buat.. heeheh.. tunggu tau TB dah expert TB buat tutorial nanti.. cewahhhh.. tunggu tahun bila la korang.. hahahaha



Althea Flawless Creamy Concealer mempunyai formulasi kelembapan untuk mempastikan kulit wajah kita tidak kering dan sentiasa lembap sepanjang semasa memakainya sebagai asas solekan. Ia memberikan sentuhan kemasan wajah semi-matte. Paling best bila solekan tidak menjadi crack selepas beberapa jam memakainya kerana Althea Flawless Creamy Concealer ni mempunyai tekstur yang lembut dan ringan. 
Haa.. kalau ada yang berminat nak dapatkan mana-mana code Althea Flawless Creamy Concealer ni , bolehlah order.. murah je.. RM15 je korang uii.. klik untuk order --> my.althea.kr/flawless-creamy-concealer . 

Althea Spotlight Eye Glitter
Spotlight Eye Glitter ni pun TB suka weh.. haaa.. ini salah satu item yang boleh menjadikan solekan kita nampak lebih wow, perky dan glamor sangat tau! TB suka je calit pada kelopak mata untuk bagi nampak bercahaya orang tengok.. cewah.. Haaa.. kalau ada tema-tema ranggi untuk sesuatu majlis tu.. boleh la calit Spotlight Eye Glitter ni kat mata korang tu.. macam TB, TB letak kat bawah garisan mata dibawah tu.. hehehe.. jadikan celak mata.. lawa gak weh.


Diformulasikan dengan NATURAL MOISTURIZING COMPLEX untuk melembapkan kelopak mata dengan moisturizing gel matrix memberikan sentuhan kilauan. Ia juga mampu bertahan lama selepas penggunaan solekan mata. Hadir dengan dua pilihan variasi warna 
01Gold light 02 Pink Light

Bagi yang berminat nak order Althea Spotlight Eye Glitter yang berharga RM24 ini, korang boleh ke link ni yea.. --> my.althea.kr/spotlight-eye-glitter . 

Althea Water Colour Cream Tint
TB tak banyak ada Cream Tint ni, tapi sedang mengumpul jugak lah kan.. hehehe.. maybe lepas ni TB akan jadi peminat Cream Tint ni kot sebab dah terjatuh cinta dengan color-color yang TB dah try ni.. sangat menawan color-color dia.. jenis yang pigmented juga, tahan lama bila dipakai.. 

Cuma kalau nak cuci.. hehehe.. kena pakai pencuci makeup dan juga cuci dengan pencuci muka.. Haa.. TB senang je.. guna je Althea Serum Pore Cleanser tu.. mudah sangat nak tanggalkan kesan Cream Tint ni.. 

Althea Water Colour Cream Tint merupakan pewarna bibir yang tahan lama dan mampu melembapkan bibir. Hadir dengan gabungan warna bold dan glossy sheen. Empat pilihan variasi warna menarik sangat iaitu
01 Plum Cream 02 Strawberry Cream 03 Peach Cream04 Marron Cream




Bagi yang berminat nak dapatkan koleksi Watercolor Cream Tint yang berharag RM20 ni, boleh klik di sini --> my.althea.kr/watercolor-cream-tint

Althea Skin Relief Spot Film Gel

TB selalu didatangi jerawat time TB period, adoi.. time gitu jerawat macam berlumba-lumba mai.. sedih hati TB ni tau.. Macam-macam la TB buat untuk surutkan jerawat. Tapi kadang-kadang Tb malas nak fikri, TB biarkan aje sebab ada orang kata kalau kita stress fikir tentang jerawat tu, lagi la jerawat makin menjadi-jadi.. Haaa.. tapi bagi kornag yang ada masalah jerawat tu, jangan lah risau yea.. sebab Althea pun dah ada jenama sendiri utnuk produk jerawat ni.. Namanya Althea Skin Relief Spot Film Gel.

Althea Skin Relief Spot Film Gel adalah gel jernih untuk merawat jerawat di wajah. Gel ini mengandungi Tea tree oil ,Centella asiatica extract ( ekstrack pegaga ) dan juga ekstrack daun Pine di mana kesemua bahan semulajadi ini kaya dengan antioxidants untuk merawat dan melegakan kerengsaan wajah. Sebab itulah ada rasa sejuk dan dingin apabila menggunakannya


Kalau nak beli Skin Relief Spot Film Gel yang berharga RM 19 ni, sila klik sini yea ---> my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel . 

Jom tengok TB makeup for Dinner menggunakan Althea Makeup Collection ni.. hehehe..

Waduh-waduh.. sangat-sangat best kan Althea Make Up Collection ni kan.. Haa.. korang apa lagi.. try la lawati website Althea ni.. tengok-tengok dulu kot ada berkenan.. jangan risau.. harganya berpatutan sangat, kalau beli ikut tawaran dia, boleh dapat free shipping lagi.. siap dijamin authentic direct dari Korea. tau.. 
Untuk info lanjut tentang Althea 
boleh klik link2 dibawah :
Website : www.althea.kr/
Facebook : www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : www.instagram.com/altheakorea/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.tengkubutang.com/2019/02/althea-make-up-collection-rasa-bangga.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
New Year New Make Up New Looks And New Products From Althea Korea

New Year New Make Up New Looks And New Products From Althea Korea

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 356 hits
As a part of the Althea Angels it will always feel like it is my birthday whenever I received an amazing pink colored package from Korea Because I know it has thousands of happiness inside it When you received all these amazing gifts wouldn...
How Do I Look Bersama Althea Make Up

How Do I Look Bersama Althea Make Up

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 367 hits
hi there bab bab nak make up ni kena ambil masa half way make up baby dah nangis so how to make up bila baby nangis boleh hilang mood kan jadi memang selalunya apabila bab make up ni mrs pip just guna basic make up sahaja iaitu hanya sediki...
Sweet Make Up Look With Althea

Sweet Make Up Look With Althea

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 396 hits
Halah halah k fiezz kemain mekap2 bagai maklum la ai dah lama suka mekap mekap ni tapi dulu tak ada sapa nak guide pas tu nak beli barang barang dia rasa cam tak gheti ni utk apa tu utk apa blurrr bila ngadap menda menda untuk conteng kat m...
Make Up Tutorial With Althea S Exclusive Makeup Box

Make Up Tutorial With Althea S Exclusive Makeup Box

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 469 hits
Hi korang Weewittt First time SA buat video tutorial mekap dan sebagai amateur dalam bidang ni memang SA segan giler nak buat tapi sebagai seorang AltheaAngels harus lah sahut cabaran make up menggunakan kesemua barangan make up yang SA dap...
Koleksi Make Up Althea Cantik Menawan Dan Tertawan

Koleksi Make Up Althea Cantik Menawan Dan Tertawan

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 681 hits
Hai korang Buat apa tu Mommy busy sikit tapi ada kan juga masa untuk update blog dan kongsi dengan korang koleksi Make Up Althea yang cantik menawan dan tertawan Sapa yang tertawan Mommy ler hehe Banyak yang mommy telah kongsikan dengan kor...
Althea Make Up Box Complete Untuk Solekkan Wajah

Althea Make Up Box Complete Untuk Solekkan Wajah

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 328 hits
Althea Make Up Box complete untuk wajah umi cantik Cantik lah sangat kan Tapi Dah cukup complete kan wajah umi dengan make up sempurna Untuk Beginner macam umi dan tak selalu sangat bermake up mungkin dah cukup kan Althea Make Up Box comple...
Wow Sangat Althea Make Up Ni

Wow Sangat Althea Make Up Ni

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 324 hits
Wow Sangat Althea Make Up Ni Kalau dapat call dari kurier ni hati ni mesti berbunga riang bukannya apa dah tau dah siapakah gerangan yang menghantar parcel jauh nun dari Korea tu Tak lain tak bukan Althea la Sampai orang kurier pun dah kena...
Althea Make Up Produk Terbaru Dari Althea Korea Yang Sangat Awesome

Althea Make Up Produk Terbaru Dari Althea Korea Yang Sangat Awesome

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 382 hits
Althea Make Up Produk Terbaru Dari Althea Korea Yang Sangat Awesome Setiap kali perayaan mesti ada box pink terbaru dari Althea Korea Oh ya sempena Tahun Baru Cina kali ini Althea dah keluarkan produk make up jenama Althea sendiri tau Mama ...
Tanpa Rasa Malu Warganet Ini Justru Bangga Nonton Film Bajakan Ada Apa Dengan Mentalitas Kita

Tanpa Rasa Malu Warganet Ini Justru Bangga Nonton Film Bajakan Ada Apa Dengan Mentalitas Kita

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 303 hits
Sudah rahasia umum kalau kita suka banget nonton gratisan tapi tolong jangan dibangga banggain perbuatan kotornya dong
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti