Almarhum Raja Abdullah Sangat Kagum Cara Najib Tadbir Negara Berbilang Bangsa



Raja Abdullah juga telah menjanjikan bantuan kewangan kepada Najib bagi kegunaan politiknya terutamanya untuk membiayai Pilihan Raya Umum (PRU-13). (Malaysia Gazette) – Karisma serta kebolehan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir sebuah negara berbilang kaum dalam keadaan aman damai serta saling menerima Islam sebagai agama rasmi antara mengapa Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah tertarik dengan beliau.
Malah sumbangan serta derma dan tambahan kuota haji bagi rakyat di negara ini diberikan oleh Arab Saudi melalui Raja Abdullah kerana begitu tertarik dengan sistem demokrasi Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, Najib juga pernah menerima anugerah darjat kehormatan tertinggi iaitu Darjah Kehormatan Selendang Raja Abdullah Tingkat Kelas Pertama ) (“King Abdulaziz Order of Merit 1st Class”), kata bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf.
Menurut beliau, anugerah itu yang diberikan pada 16 Januari 2010 itu tidak pernah diberikan kepada mana-mana pemimpin Islam dunia kecuali Najib sebaliknya hanya Presiden Rusia, Vladimir Putin dan mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pernah diberikan penghormatan itu.
“Malaysia dianggap oleh Raja Abdullah sebagai negara Islam yang tidak ada kesan-kesan ‘Arab Spring’, ini adalah kerana mengikut pandangan beliau pentadbiran kerajaan Malaysia ketika itu diterajui secara berkesan oleh Datuk Najib selaku Perdana Menteri.
“Saya masih ingat bagaimana Raja Abdullah ketika memulakan satu mesyuarat rasmi dengan memuji cara pentadbiran negara yang merangkumi berbilang-bilang bangsa dan agama. Baginda amat kagum dengan konsep keserhanaan (moderate) kita.
“Dalam pada masa sama, Raja Abdullah meluahkan rasa khuatirnya dengan pergolakan serta perkembangan politik negara Islam lain seperti Indonesia, Selatan Thailand, Pakistan, India dan Selatan Filipina.
“Malaysia tidak terkesan kerana cara negara ini di tadbir bawah Datuk Najib.
“Dalam mesyuarat 11 Januari 2010 di Riyadh yang juga dihadiri oleh bekas Menteri seperti Datuk Seri Jamil Khir, Datuk Seri Anifah dan saya sendiri juga ada membincangkan kelulusan untuk melebihan kuota haji kepada 10,000 lagi yang dikemukakan oleh Datuk Najib kepada Raja Abdullah.
“Permohonan itu juga dilulusan dengan lebihan kuota 10,000 sambil memuji para jemaah Haji dari Malaysia yang dianggap antara yang terbaik di dunia kerana begitu bersopan dan beretika,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan keterangan saksi sebentar tadi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika perbicaraan SRC International melibatkan penyewelengan dana RM42 juta oleh Najib.
Kata Syed Omar yang telah berkhidmat sebagai duta ke Arab Saudi selama hampir enam tahun bermula September 2008 sehingga September 2013, Raja Abdullah juga telah menjanjikan bantuan kewangan kepada Najib bagi kegunaan politiknya terutamanya untuk membiayai Pilihan Raya Umum (PRU-13).
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/02/10/almarhum-raja-abdullah-sangat-kagum-cara-najib-tadbir-negara-berbilang-bangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Almarhum Raja Abdullah Minta Wang Beliau Dimasukkan Ke Akaun Najib Saksi Src

Almarhum Raja Abdullah Minta Wang Beliau Dimasukkan Ke Akaun Najib Saksi Src

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Ketika ditanya oleh Sithambaram DS Anifah Aman tidak mampu mengingati dengan baik tarikh mesyuarat dengan kerajaan Saudi yang berlaku kita kira 10 tahun lalu Tetapi beliau mengakui mesyuarat yang dinyatakan oleh saksi saksi seb...
Almarhum Raja Abdullah Beri Sumbangan Pada Najib Untuk Survival Ahli Sunnah Di Malaysia

Almarhum Raja Abdullah Beri Sumbangan Pada Najib Untuk Survival Ahli Sunnah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 339 hits
Oleh RF LiasKes SRC disambung hari ini dengan Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Baharom dipanggil sebagai saksi pembelaan Berbanding kenyataan Datuk Profesor Syed Umar semalam kenyataan DS Jamil berkaitan isi perbincangan tidak rasmi pada ...
Bekas Duta Besar Malaysia Ke Arab Saudi Akui Raja Abdullah Beri Bantuan Kewangan Kepada Najib Razak

Bekas Duta Besar Malaysia Ke Arab Saudi Akui Raja Abdullah Beri Bantuan Kewangan Kepada Najib Razak

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 370 hits
Oleh RF LiasSesi dimulakan dengan keterangan saksi pembelaan Datuk Profesor Syed Umar Al Saggaf bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Menarik keterangan saksi hari ini berkaitan mesyuarat Januari 2010 antara Raja Abdullah dan DS Najib Raz...
Raja Abdullah Penyokong Kuat Kepimpinan Najib Anifah

Raja Abdullah Penyokong Kuat Kepimpinan Najib Anifah

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 133 hits
Saksi Datuk Seri Anifah Aman hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah...
Pentadbiran Negara Tak Fokus Banyak Sangat Main Politik

Pentadbiran Negara Tak Fokus Banyak Sangat Main Politik

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 302 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Beranikah kepimpinan buat referendum rakyat atau bubar ParlimenBANGI Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara mengakui sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara hampir dua tahun politik n...
Menyesal Bubuh Nama Panjang Sangat Ini Cara Ubah Nama Anak Di Jpn

Menyesal Bubuh Nama Panjang Sangat Ini Cara Ubah Nama Anak Di Jpn

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 644 hits
Akhir akhir ni memang nama anak yang panjang dan moden menjadi trend ibu ayah Sekali dengar memang sedap unik dan lain daripada yang lain Hmmm Tapi bila difikirkan semula ada juga ibu ayah yang rasa menyesal sebab bubuh nama anak terlalu pa...
Day 77 King Abdullah Promised Financial Aid To Najib For Ge13

Day 77 King Abdullah Promised Financial Aid To Najib For Ge13

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 202 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters day 77 today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the p...
Janji Bantuan Kewangan Pada Najib Untuk Pru13 Daripada Bekas Raja Arab Saudi

Janji Bantuan Kewangan Pada Najib Untuk Pru13 Daripada Bekas Raja Arab Saudi

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 333 hits
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Bekas Raja Arab Saudi Raja Abdullah menjanjikan bantuan kewangan kepada Perdana Menteri Najib Razak bagi membiayai Pilihan Raya Umum Bekas duta besar Malaysia ke Arab Saudi Syed Omar Syed Mohammad Al Saggaf...
Pdip Soal 100 Hari Jokowi Ma Ruf Sangat Responsif Hadapi Persoalan Bangsa

Pdip Soal 100 Hari Jokowi Ma Ruf Sangat Responsif Hadapi Persoalan Bangsa

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 249 hits
Menurut dia pemerintahan sekarang bekerja sangat cepat Pemerintah juga disebut sangat responsif dalam menghadapi persoalan bangsa
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord