Allahyarham Tun Daim Dilepas Dan Dibebas Daripada Pertuduhan Gagal Isytihar Harta



(MG) : Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan 70 harta setelah pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan pertuduhan terhadap bekas Menteri Kewangan itu.
Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut Seksyen 254(3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC).
Wan Shaharuddin berkata, pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan kes berkenaan ekoran kematiannya.
“Ini takdirnya, Daim sudah meninggal dan kami berlapang dada. Pihak-pihak tidak perlu mendapatkan tarikh lain, tidak perlu membuang masa, kita `move on’ sahaja,” ujar Wan Shaharuddin sambil merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.
Ketika membenarkan permohonan itu, Azura juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Daim selain memerintahkan wang jaminan RM280,000 dikembalikan kepada penjamin.
Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini pada 13 November lalu pada usia 86 tahun ketika menerima rawatan.
Terdahulu, Wan Shaharuddin memaklumkan pihaknya tidak akan meneruskan prosiding kerana ‘tuan tubuh’ selaku tertuduh yang dinamakan dalam pertuduhan, sudah meninggal dunia.
Ujar beliau, pihaknya turut menerima surat daripada pihak pembelaan yang membantah hasrat pendakwaan untuk memberhentikan prosiding.
“Namun bantahan itu bertentangan dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa pendakwa raya untuk meneruskan atau memberhentikan prosiding,” katanya.
Pada peringkat itu, peguam Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar yang mewakili Daim menarik perhatian mahkamah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya wajar diteruskan.
Ujar beliau, pihak pendakwaan perlu mengemukakan saksi-saksi pendakwaan bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan sama ada wujud kes prima facie atau sebaliknya.
Tambah beliau, pihak pembelaan berpendirian prosiding tidak wajar dihentikan dengan mengambil kira hasrat Allahyarham ketika masih hidup yang mahukan namanya dibersihkan daripada pertuduhan.
“Jika perbicaraan dihentikan, Tun Daim tidak akan dapat membuktikan bahawa beliau tidak bersalah walhal beliau seorang yang dikenali dalam masyarakat, kesudahannya pertuduhan akan ‘tergantung’ begitu sahaja.
“Setakat ini tidak terdapat kes undang-undang secara langsung yang menjelaskan situasi yang akan berlaku dalam keadaan seseorang yang telah didakwa, kemudian meninggal dunia sebelum perbicaraan bermula.
“Peruntukan yang ada kini hanya melibatkan tertuduh yang melarikan diri, namun keadaan tersebut tidak berlaku dalam kes ini,” ujarnya.
Pada prosididing itu, mahkamah turut membatalkan permohonan pihak pendakwaan untuk menilai tahap mental Daim setelah Wan Shaharuddin menarik balik permohonan tersebut.
Terdahulu, Gurdial mempertikai permohonan yang dikemukakan di bawah Seksyen 342 kanun itu atas alasan anak guamnya sudah meninggal dunia.
“Saya hairan kerana mereka seolah-olah ingin meneruskan permohonan tersebut walhal Tun Daim sudah tiada,” ujar beliau.
Pada 29 Januari lalu, Allahyarham mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid pula didakwa pada 23 Januari atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah ibu negara.
Harta itu termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Sumber : Malaysiagazette
The post Allahyarham Tun Daim dilepas dan dibebas daripada pertuduhan gagal isytihar harta appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/11/20/allahyarham-tun-daim-dilepas-dan-dibebas-daripada-pertuduhan-gagal-isytihar-harta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Daim Passes Away

Tun Daim Passes Away

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 187 hits
INNALILLAHI WA INNAILAIHI RAJIUNPETALING JAYA Former finance minister Tun Daim Zainuddin has passed away at age 86 His lawyer Datuk Dr Gurdial Singh Nijar has confirmed that he passed away on Wednesday after having been admitted at Assunta ...
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Meninggal Dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR 13 November Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital swasta pagi ini Pemergian Allahyarham atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin disahkan peguam beliau Datuk Dr Gur...
Terengganu Buruh Dilepas Tanpa Bebas Pertuduhan Jadi Bapa Ayam Melacurkan Isteri

Terengganu Buruh Dilepas Tanpa Bebas Pertuduhan Jadi Bapa Ayam Melacurkan Isteri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 144 hits
Zatul Iffah Zolkiplyzatuliffah hmetro com myKuala Terengganu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang buruh daripada dua pertuduhan menjadi bapa ayam dan melacurkan isterinya Hakim Syarie Hamidi Shafie m...
Hiburan Dia Diherdik Tanpa Sebab Dilayan Penuh Dendam Sebelum Meninggal Dunia Tun M Sedih Dengan Pemergian Tun Daim

Hiburan Dia Diherdik Tanpa Sebab Dilayan Penuh Dendam Sebelum Meninggal Dunia Tun M Sedih Dengan Pemergian Tun Daim

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 272 hits
Semalam Malaysia dikejutkan dengan khabar berita sedih susulan pemergian bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim di usia 86 tahun Susulan itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meluahkan rasa sedih yang amat atas permegian sahabatnya...
Tun Daim Meninggal Dunia Al Fatihah

Tun Daim Meninggal Dunia Al Fatihah

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 266 hits
Al fatihah Tun Daim telah meninggal dunia Daripadanya kita diciptakan dan kepadanya kita akan kembali untuk dihisab segala amalan baik dan buruk
Mb Pas Teramat Gagal Beri Alasan Lambak Pas Terus Kekal Dengan Politik

Mb Pas Teramat Gagal Beri Alasan Lambak Pas Terus Kekal Dengan Politik

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 181 hits
Parti AMANAH NEGARA Terengganu menyelar Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden Pas yang berterusan menuntut hak royalti Terengganu bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri Pengarah Komunikasinya Muammar...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Floating Market Pulau Suri Tumpat Kelantan Seronok Jalan Jalan Cari Makan Kat Sini

Juadah Pagi Hari Raya 2025

Ilham Decor Raya Selepas Balik Dari Kampung

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Iwan Fals Aku Bukan Pilihan Chord

Senarai Ipad Terbaru 2025 Dan Spesifikasi Lengkap Semua Model Ipad Latest