Mb Pas Teramat Gagal Beri Alasan Lambak Pas Terus Kekal Dengan Politik




Parti AMANAH NEGARA (AMANAH) Terengganu menyelar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden Pas yang berterusan “menuntut hak royalti Terengganu” bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri. Pengarah Komunikasinya, Muammar Qaddafi Mohd Nasir menyifatkan Samsuri cuba menyembunyikan kelemahan pentadbiran dengan meletakkan bebanan kewangan negeri kepada Kementerian Kewangan. Menurutnya, ketidakupayaan untuk Samsuri mengurus pendanaan negeri meletakkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu tidak mempunyai modal lain selain menuntut royalti minyak. “Samsuri, dan Pas khususnya perlu malu dengan tuntutan tuntutan yang dibuat. “Pengalaman sebagai pentadbir di peringkat Persekutuan selama 33 bulan sepatutnya mendidik mereka menjadi lebih bijak dan pandai, tahu membezakan antara hak dan Ehsan. “Malangnya, mereka terus kekal dengan politik membebalkan masyarakat dengan membelakangi fakta dan akta yang ada,” tegasnya menurut kenyataan dikeluarkan hari ini. Beliau menegaskan bahawa tuntutan terhadap “hak royalti minyak” Terengganu amatlah janggal apabila merujuk Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975. “Terengganu tidak pernah mempunyai hak terhadap royalti minyak semenjak awal, sebaliknya ia merupakan wang ehsan Kerajaan Persekutuan, kepada kerajaan negeri bagi tujuan membantu rakyat negeri Terengganu. “Pemberian wang kepada Terengganu adalah ehsan dari Perdana Menteri dan sama ada ianya ditermakan sebagai royalti ataupun wang ehsan. “Kedua-duanya adalah ehsan Perdana Menteri kerana minyak yang dijumpai di luar tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri,” jelasnya. =================================================================================== Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan bermacam alasan susulan keputusan Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Widad@Langkasuka di Langkawi, bernilai RM40 bilion. Menteri Besar Kedah itu berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keputusan itu memandangkan projek dirancang dibangunkan secara kerjasama antara syarikat swasta iaitu Widad Business Group Sdn Bhd. Menurutnya, keputusan BZI menarik diri itu juga bukan sesuatu yang baharu kerana perkara tersebut telah diumumkan kepada Bursa Malaysia sebelum ini. Bercakap pada sidang media selepas membentangkan Belanjawan 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman hari ini, Sanusi berkata, projek kerjasama antara BZI dan Widad untuk projek itu juga diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Mahiaddin Yassin di Kuala Lumpur, bukan di Kedah. “Pengumuman (pelaburan) sebelum ini pun dibuat oleh Menteri Kewangan terdahulu yang kini menjadi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz), bukan saya pergi cari dia,” katanya. Dalam masa sama, Sanusi berkata, kerajaan negeri juga tidak menanggung sebarang kerugian daripada keputusan BZI terbabit. Jelasnya, fungsi kerajaan negeri hanya meluluskan pelupusan tanah mengikut undang-undang. “Apabila kita lupuskan tanah, mereka bayar premium serta cukai dan selepas itu, syarikat berkenaan yang akan memainkan peranan membangunkan tanah tersebut. “Bayaran premium tanah itu sudah diselesaikan oleh Widad dan fasa satu projek itu saya difahamkan sedang berjalan dengan diusahakan Widad sendiri, tetapi perlahan,” tambahnya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/11/mb-pas-teramat-gagal-beri-alasan-lambak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Royalti Minyak Samsuri Pas Terus Kekal Dengan Politik Bebalkan Rakyat

Royalti Minyak Samsuri Pas Terus Kekal Dengan Politik Bebalkan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 283 hits
HarapandailyParti AMANAH NEGARA Terengganu menyelar Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden Pas yang berterusan menuntut hak royalti Terengganu bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri Pengarah Komunikas...
Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 207 hits
ROMPIN PAS Pahang menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakyat menerusi pembinaan Rumah Budi 3 0 walaupun tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS negeri Rohaya Razali ke...
Tak Jadi Projek Rm40 Bilion Bermacam Alasan Sanusi Lambak

Tak Jadi Projek Rm40 Bilion Bermacam Alasan Sanusi Lambak

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 223 hits
HarapandailyDatuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengemukakan bermacam alasan susulan keputusan Bin Zayed International Group of Companies menarik diri daripada projek Widad Langkasuka di Langkawi bernilai RM40 bilion Menteri Besar Kedah itu b...
Ppbm Perlis Terus Di Perkotak Katik Pas

Ppbm Perlis Terus Di Perkotak Katik Pas

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 128 hits
PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS Secara tiba tiba politik negeri Perlis yang dipimpin oleh PAS kembali bergolak Tiada angin dan tiada ribut secara tiba tiba Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli mengumumkan 2 ADUN PPBM Perlis digugu...
Gagal Tahan Sebak Momen Elly Mazlein Kucup Wajah Adik Alisa Jadi Sorotan Netizen

Gagal Tahan Sebak Momen Elly Mazlein Kucup Wajah Adik Alisa Jadi Sorotan Netizen

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 191 hits
Pelakon dan pengacara Elly Mazlein dilihat gagal menahan sebak ketika menatap wajah adik Alisa Umairah untuk kali terakhir setelah si kecil itu menghembuskan nafas terakhir pada malam Rabu Menerusi satu hantaran di IG Era je kelihatan Elly ...
Shuib Pengarah Bubblebee Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan Rm1 6 Juta

Shuib Pengarah Bubblebee Didakwa Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan Rm1 6 Juta

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 284 hits
Pelawak terkenal Shuib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti berjumlah RM1 6 juta tahun lalu Turut didakwa bersama ialah Pengarah Bersama Koh Choon Guan 33 dan syar...
Kesilapan Fakta Yang Fatal Tapi Kita Tahu Walaun Gagal Menghafal Fakta Hatta Di Sekolah

Kesilapan Fakta Yang Fatal Tapi Kita Tahu Walaun Gagal Menghafal Fakta Hatta Di Sekolah

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 978 hits
Kesilapan fakta yang Betul Covid 19 melanda ketika PH1 0 baru ambil alih kerajaan Tapi pada ketika itu pandemik itu Ada 13 hari tanpa kes sbaru ebelum Sebelum apa Sebelum Apabila Langkab Sheraton berlaku Mahathir maka parlimen pun Pada keti...
Kami Akur Denda Gagal Bayar Caruman Perkeso Lebih Peka Soal Kebajikan Pekerja Shuib

Kami Akur Denda Gagal Bayar Caruman Perkeso Lebih Peka Soal Kebajikan Pekerja Shuib

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 219 hits
Pelawak dan ahli perniagaan Shuib akur denda gagal bayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial kepada pekerja di bawah syarikat Bubblebee Sdn Bhd termasuk tujuh pertuduhan seperti mana diperintahkan oleh Mahkamah Majistret hari ini Sebagai ...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Junosuara Lrt Gombak Chord

Mcdonald S Malaysia Empowers Youth With Paid Vocational Training

Scoot Adds Kota Bharu And Da Nang Flights This October

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability

Ulama Must Continue To Lead Pas Says Spiritual Leader

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025