Allah Turunkan Ujian Tanda Allah Sayang Jangan Bersedih
Allah Turunkan Ujian Tanda Allah Sayang, Jangan Bersedih! Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, semuanya adalah yang terbaik untuk kita. Kita tidak akan pernah tahu. Sebab itu lah adanya ujian dalam kehidupan. Allah SWT nak lihat sejauh mana kita yakin dengan perancangan-Nya.
Baca: Kandungan Sebenar Telur Rebus Separuh Masak Setiap Pagi
Ada orang diuji dengan kesibukan, kerana sekiranya dia punya masa lapang yang banyak, dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya lalu dia buat banyak perkara yang melalaikan.
Ada orang yang diuji dengan kemiskinan, kerana sekiranya dia punya harta yang banyak, dia akan menjadi saudara syaitan dengan membelanjakannya dengan begitu gelojoh dan boros.
Ada orang yang diuji dengan kesakitan, kerana sekiranya dia sihat, banyak sekali dia akan bermaksiat.
Kunyit hitam yang mengandungi Methoxyfolvane hasil kajian Saintis Mardi mampu membantu menambah ketahan tubuh, membantu meningkatkan kesihatan sistem pencernaan dan mengurangkan gula dalam badan.
Ada orang diuji dengan ketiadaan anak, kerana sekiranya dia punya anak, dia akan terlalu leka dengan anaknya sehingga lupa pada Tuhannya.
Dan ada orang yang diuji dengan sukarnya mahu mencari pasangan, kerana sekiranya dia berkahwin, dia akan menzalimi pasangannya itu.
Mulai hari ini, cubalah untuk berbaik sangka terhadap sesuatu. Carilah 1001 alasan atau perkara yang boleh menetapkan minda untuk berbaik sangka dalam segala hal yang berlaku. Hal ini juga dapat membantu kita memandang sesuatu perkara/ujian adalah indah.
Kerana setiap orang itu akan diuji pada titik-titik kelemahannya. Sabar dan redha. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tidak akan Allah membebani seseorang itu melebihi kemampuan hamba-Nya.
Wallahu’alam. Dah baca? Klik share
Sumber: Denaihati.com
The post Allah Turunkan Ujian Tanda Allah Sayang, Jangan Bersedih! appeared first on Apakes.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/allah-turunkan-ujian-tanda-allah-sayang-jangan-bersedih/