Allah Tarik Segala Nikmat Sekelip Mata Je Ingat La
Hi korang..
Hari ni SA sedikit moody selepas terbaca tulisan yg SA gelarkan dia keyboard warriors sebab sewenang-wenangnya menghina dan merendah-rendahkan orang dan memberi alasan hanya untuk menasihati mengikut ajaran Islam. SA tak marah diannak berdakwah or menegur seseorang kalau betul caranya. Kenapa perlu nak buka aib orang di media sosial?...SA rasa marah sebab ianya adalah sikap yang BIADAP sangat sebab Islam tidak ajar umatnya cakap besar, menghina atau merendah-rendahkan orang lain..kalau nak sebut pasal dosa sipolan atau aibnya fikir dulu apakah tindakan kita tu betul? Sebelum menegur fikir relevan ke tidak dengan diri kita sendiri. Dah cukup baik ke diri kita terus nak menegur orang? Tak kisah la teguran cara berpakaian atau keperibadian orang tu sendiri. Sesuai ke tegur secara terang-terangan aib orang di media sosial? Kalau dah rasa diri tu hebat sangat kenapa masih menggunakan platform media sosial yang yang banyak buruk dari baiknya kalau benar nak berdakwah? Dah betul ke cara cita berpakaian sampai nak menegur. SA tengok sendiri dia pun banyak kurangnya dan tak sempurna. Tak perlu nak buka aib orang di media sosial walau x sebutkan nama orangnya. Ramai orang terasa kot termasuk SA...Tak perlu dipersoal amalan orang lain..cukup perhatikan dulu amalan diri sendiri sebelum berani menegur secara terang-terangan...Tak fikir ke perasaan orang tu, tak rasa ke betapa sakitnya hati orang tu.
Ingat....kita semua x sempurna...takde yang yang perfect.. Kalau betul cara kita, amalan kita di dunia, gunakan untuk diri kita dan keluarga kita. Doakan aje orang tu menemui jalan mudah untuk berubah..tak perlu ada niat nak menegur dan hebahkan di media sosial...aib orang x perlu dicanang...kalau nak focus bab ajaran Islam atau islamic way, buat perubahan pada diri sendiri dulu..buang semua sosial media yang lagha ni..focus untuk berubah...then baru berdakwah..bukan buat secara terang-terangan nak menegur aib orang di media sosial. Apa hukumnya membuka aib orang macam tu? Islam ni mudah aje..tak perlu jadikan ianya terlalu complicated. Ulama-ulama buat macam-macam majlis ilmu mengagungkan agama kita. Indahnya Islam dan berjaya meyakinkan orang bukan islam sampai menganut agama indah ini. Tapi sebaliknya kita sendiri seolah-olah menampakkan yang betapa buruknya agama kita. Macam mana? macam yang SA cakap ni la..membuka aib orang di media sosial. Cakap buruk pasal orang lain, mengumpat,bermusuh...kita sibuk tentang aib orang tapi orang bukan islam bertepuk dan bersorak tengok kita berbalah.
Ingat...kita semua dah matang, ada keluarga dan ada anak kita sendiri..jangan disebabkan 1 jari kita menuding pada orang, 4 jari lagi menuding pada diri kita sendiri..SA x pandai bab agama ni..tetapi masih belajar..SA x akan sentuh bab aib orang..itu yang SA elakkan sebab SA tau SA x sempurna mana dan SA ada anak untuk diberi perhatian. SA x nak apa2 berlaku pergi pada anak SA sendiri. Sebab tu SA berhati2 dalam memberikan sebarang komen atau teguran. Orang zaman sekarang bila allah berikan sedikit kejayaan terus lupa asal usul..terus bertindak melulu seolah-olah dia maksum disisi agama. Allah tarik nikmat sekelip mata je..Jangan dibuka aib orang..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/09/allah-tarik-segala-nikmat-sekelip-mata.html