Allah Mematikan Seseorang Sesuai Dengan Cara Dia Menjalani Kehidupannya Ketika Di Dunia
Tiada siapa yang akan tahu bila dia akan mati dan di mana dia akan mati. Manusia kalau dia ingat dua benda ini sudah cukup untuk dia menjauhkan dirinya daripada membuat maksiat kepada Allah SWT. Tiada manusia yang akan tahu bila dia mati dan di mana dia akan mati. Dan tiada manusia boleh membeli hari dan tarikh kematian dia, sekaya apa pun dia, kemasyur apa pun dia.
Kalau dia mati selepas dia mabuk bermaksud begitulah kehidupan dia kerana Allah akan mematikan seseorang sesuai dengan bagaimana dia menjalani kehidupan dia. Semua orang pernah dengar kematian seseorang ketika sujud. Sesungguhnya orang yang meninggal dunia ketika sujud itu dia tidak boleh membeli masa untuk mati ketika sujud.
Allah yang pilih untuk dia mati ketika dia sujud kepada Allah. Orang yang mati dalam keadaan sujud dia tidak boleh berlakon dan dia tidak boleh beli waktu kematian itu. Kerana itu adalah pilihan dan ketetapan Allah, tiada siapa yang tahu. Ada yang mati selepas berbuka puasa malam jumaat di bulan Ramadan. Setakat saya hidup saya masih belum berjumpa dengan orang yang boleh menandingi makcik ini. Makcik ini jiran saya. Selepas berbuka puasa pada malam jumaat ketika sujud pada bulan Ramadan. Dia ada empat anugerah besar yang dia akan bawa ke Padang Mahsyar nanti. Waktu itu saya kecil. Rumah kampung, kayu. Saya akan tidur dalam keadaan saya mendengar bacaan Al-Quran Makcik ini. Dan ketika saya bangun, saya juga bangun dalam keadaan mendengar bacaan Al-Quran makcik ini. Kematian yang mulia.
Nabi SAW mengajar kita mati dalam keadaan baik Allah hummah tim lana bi husnil khotimah . Kita masih ada peluang kerana kita masih hidup. Doa Allah hummah tim lana bi husnil khotimah. Nak bagi Allah makbulkan doa kita ialah dengan cara kita berdoa untuk diri kita dan juga untuk muslimin dan muslimat. Ini rahsia doa makbul. Robbi firli wali muslimina walmuslimat. Ya Allah ampunkan lah aku dan seluruh orang islam. Allah hummah tim li bi husnil khotimah. Matikan lah aku ya Allah dengan husnul khotimah dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW.
Kalau boleh keluar daripada hati InsyaAllah doa itu akan dikembalikan kepada orang yang mendoakan. Itu rahsia yang besar. Minta syurga untuk kita dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://detikislam.blogspot.com/2021/10/allah-mematikan-seseorang-sesuai-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/UHQdyX+(Detik+Islam)