Allah Bagi Rasa Nikmat Jadi Ibu Terdetik Rasa Tu Janin Tak Kuat Alami Pendarahan Elizad Keguguran
Perjalanan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukan pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin sememangnya diikuti oleh para pengikutnya di instagram. Menantikan khabar gembira daripada tuan punya badan, namun pagi ini Elizad memaklumkan dia mengalami keguguran kerana berlaku pendarahan.
Namun kata Elizad dia sempat merasai nikmat menjadi ibu sebelum mengalami keguguran. Satu nikmat yang cukup berharga bagi dirinya. Menurut Elizad lagi, kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan.
“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu.
“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.
“Tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya berkongsi menerusi instagramnya awal pagi tadi.
Namun Elizad sememangnya wanita yang cukup kuat dan tabah. Malah dia sentiasa positif dan bersangka baik dengan setiap aturan Allah untuknya.
Jalani rawatan sekali lagi
Katanya lagi, dia juga tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata, zuriat dari darah dagingnya sendiri.
Menerusi entri yang sama juga, kata Elizad, dia akan kembali menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021 nanti. Kita doakan buat Elizad dan suami. Pastinya sesuatu yang lebih indah diaturkan Allah SWT sebaiknya.
“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.
“See you again doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” katanya.
View this post on Instagram
Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas . Tapi DIA ambil balik . Terjentik sungguh “ RASA “ itu .
Dimaklumkan pregnant minggu lepas . Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata , sbb dah lama menanti , tapi kandungan x kuat & bleeding . Tak tau nak gambarkan perasan mcm mana .
Terduduk seketika . Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my ivf journey. P/s : Now nak makan macam2 setelah beberapa hari “ merajuk hati “ . Ada sesiapa nak belanja makan2 ?
#elizadivfjourney #sakitnyatuhdisini #moveon #staypositive #trustinAllahplan #vroomvroom
A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on Nov 8, 2020 at 5:20pm PST
Tidak mengapa, Allah pastinya sudah merencanakan yang terbaik buat Elizad dan suami. Stay strong!
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2015. Pada Oktober lalu, Elizad menjalani sesi IVF di sebuah hospital swasta dalam usahanya untuk memperoleh zuriatnya sendiri.
Artikel berkaitan: Tak Tahu Nak Gambarkan Pengalaman Tadi, Elizad Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post “Allah Bagi Rasa Nikmat Jadi Ibu, Terdetik Rasa Tu”, Janin Tak Kuat & Alami Pendarahan, Elizad Keguguran! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/allah-bagi-rasa-nikmat-jadi-ibu-terdetik-rasa-tu-janin-tak-kuat-alami-pendarahan-elizad-keguguran/