Mula Mula Memang Susah Praktis 10 Tip Menyusu Barulah Rasa Nikmat Susukan Anak


Menyusukan anak buat pertama kalinya sememangnya tidak mudah. Terasa cukup sukar bila mana susu yang dikeluarkan tidak menampakkan hasilnya malah tidak sebanyak orang lain. Inilah yang membuatkan ibu mula merasa tertekan dan memilih untuk tidak menyusukan anak.
Adalah menjadi satu kerugian jika ibu berputus asa. Cuba dulu dan tambahkan ilmu dengan tip yang dikongsikan kaunselor laktasi ini. Barulah nampak hasilnya.

Sama ada ibu sedang mempersiapkan diri untuk menyusu selama 6 bulan atau selama 2 tahun, kedua-dua keputusan perlu di pandang serius. Persediaan dan sokongan yang baik perlu di lakukan. Kami di Dr Nurhaya Lactation Centre sentiasa menyokong mommy semua.
Di sini saya kongsikan 10 tips untuk ibu yang bakal menyusui bayinya:
1. Keperluan air untuk setiap manusia adalah berbeza. Namun sekiranya ibu menyusu, adalah sebaiknya mengekalkan kadar mengambilan air 8-12 gelas sehari.
Menyukat kadar pengambilan air adalah sangat tidak digalakkan terutamanya ketika di dalam tempoh 45 hari pertama kelahiran. Ia akan menyebabkan masalah lain seperti dehidrasi dan ibu mudah terkena jangkitan saluran kencing (UTI)
2. Ibu yang menyusu bayi secara ekslusif (6 bulan yang pertama) memerlukan kalori tambahan sebanyak 500 kalori dari keperluan harian.
Sekiranya ibu sedang ke Klinik Kesihatan atau ‘on-the-go’ pastikan ibu menyediakan sedikit makanan ringan di dalam beg agar tidak kelaparan.

3. Bayi menyusu tidak mengikut jadual. Maka sebaiknya ibu mengenali tanda-tanda bayi lapar (feeding cue) untuk memulakan penyusuan sesuai dengan tanda lapar yang diberi.
Penyusuan yang kerap 1-2 jam sekali diperlukan ketika diawal-awal kelahiran membantu mengatasi jaundis bayi. Setelah jaundis selesai, ibu boleh menyusu “on- demand” seperti biasa.
4. Di awal-awal kelahiran, ramai di kalangan perunding laktasi menyarankan posisi “cross craddle” untuk mendapatkan lekapan yang baik.
Namun apa pun posisi itu, 3 perkara perlu ibu capai, iaitu ibu selesa, bayi selesa dan “milk-trasfer” dari payudara ibu ke perut bayi berlaku dengan efektif.
5. Penyusuan di awal-awal kelahiran kadang-kadang boleh bertukar menjadi tekanan yang melampau. Please talk to your support system. Sama ada rakan, peer counselor, atau mereka dari kelompok ibu menyusu yang lain. Pastikan mereka adalah yang positif ok! Bukan yang asyik suruh pam over time sahaja. Itu bikin stress.

6. 3 hari pertama kelahiran, bayi akan turun berat badan. Ini normal. Pastikan tidak melebihi 10% dari berat lahir. Bayi PERLU mendapatkan berat lahirnya kembali pada usia 14 hari. Kalau sebelumnya bayi sudah capai berat lahir dan lebih, itu bagus.
Tapi jangan panik dulu. Tanya dan berbincang dengan pakar kanak-kanak you all. Bukan asal berat turun je susu tak cukup.
Perut bayi yang kecil tidak dapat mengambil susu yang banyak pada satu-satu masa. Maka adalah normal untuk bayi menyusu sekerap 8 -12 kali. Atau lebih. Penyusuan pada awal-awal kelahiran boleh jadi di antara 10-15 minit dan kemudian semakin panjang. Apa-apa pun watch your baby not the clock. Kenali hisapan bayi.
7. Sekiranya lekapan yang baik dapat dilakukan, ibu akan merasa selesa dan sedikit ibu yang merasakan tak selesa di awal-awal penyusuan.
Mendapat perlekapan yang baik adalah satu kemahiran yang di perlukan oleh dua pihak. Iaitu ibu dan anak. Bukan ibu sahaja atau bayi sahaja tetapi effort dari kedua-duanya.

8. Kebanyakkan masalah penyusuan dapat di selesaikan dengan hal-hal asas sahaja. Sekiranya perlekapan sakit, unlatch (leraikan perlekapan), ubah posisi dan cari posisi yang lebih sesuai dan selesa untuk bayi dan ibu, lakukan lekapan kembali, pegang dan posisikan payudara dengan baik.
Sekiranya produksi susu kurang, maka kerapkan penyusuan. Lebih kerap menyusu di payudara lebih banyak susu akan dihasilkan.
9. Walaupun ibu sudah pun mendapat dan melakukan asas penyusuan dengan baik, masih tetap normal sekiranya ibu tetap melalui fasa yang mencabar, seperti bayi yang tumbuh gigi, growth spurt, fussy and cranky serta segala macam cabaran yang boleh buat kita rasa nak give up.
Percayalah, saya yakin semua ibu menyusui merasakannya. Termasuk saya. Hahaha.
10. Jumlah susu yang di pam tidak selalunya memberi refleks kepada berapa banyak susu yang bayi ibu minum di payudara. Ada yang minum lebih sedikit dari apa yang ibu pam.

Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!

Artikel berkaitan: Susu Masih 2oz Walau Bayi Sudah 3 Bulan, Hasilkan Susu Yang Banyak, Ini Tip Dari Pakar Laktasi!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Mula-Mula Memang Susah, Praktis 10 Tip Menyusu, Barulah Rasa Nikmat Susukan Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mula-mula-memang-susah-praktis-10-tip-menyusu-barulah-rasa-nikmat-susukan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pukul Jerit Pada Anak Memang Tiada Luka Rasa Puas Tapi Kesan Mendalam Anak Jadi Pemarah Macam Ibu Ayah

Pukul Jerit Pada Anak Memang Tiada Luka Rasa Puas Tapi Kesan Mendalam Anak Jadi Pemarah Macam Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 486 hits
Danial Mommy cakap apa tadi Jangan main dekat TV kan Sekarang apa dah jadi Pecah tangan mommy laju memukul anak amarah menguasai diri Anak kecil dalam ketakutan tak tahu bagaimana nak meminta maaf hanya mampu menangis YA SEBENARNYA ANAK FAH...
Anak Ikut Terkesan Kalau Mama Stress Cepatlah Kawal Emosi Barulah Rumah Penuh Rasa Cinta

Anak Ikut Terkesan Kalau Mama Stress Cepatlah Kawal Emosi Barulah Rumah Penuh Rasa Cinta

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 650 hits
Tidak dinafikan aura yang dibawakan oleh ibu akan turut mempengaruhi anak anak Jika ibu atau bapa merasa tertekan anak anak akan ikut terkesan Ada sahaja yang tidak kena sudahnya anak mula menangis dan merubah mood yang harmoni Makinlah ber...
Hari Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak

Hari Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 349 hits
Bercakap bukanlah hanya sekadar mengeluarkan suara dan perkataan tetapi ia lebih dari itu Fungsi bercakap adalah bertujuan untuk berkomunikasi dengan orang lain Setiap orang bercakap untuk tujuan yang berbeza seperti meminta sesuatu memberi...
Anak Tiba Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai

Anak Tiba Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 350 hits
Anak tantrum buat perangai itu memang asam garam untuk membesar Namun ada caranya untuk mereka sentiasa punya mood yang baik iaitu daripada ibu dan ayah sendiri Percaya atau tidak hormon ibu menyusu juga boleh memberik kesan pada emosi anak...
Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

Ramai Ibu Menyusu Tak Tahu Cara Penyusuan Ini Boleh Tambah Berat Badan Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 312 hits
Kebanyakkan bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu akan menyusu sekurang kurangnya lapan hingga 12 kali sehari Bergantung kepada bayi ada yang menyusu dengan lebih kerap pada siang hari Ada juga yang menyusu dengan lebih lama pada wak...
Anak Selalu Kembung Meh Cuba Tip Ni

Anak Selalu Kembung Meh Cuba Tip Ni

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 254 hits
ANAK SELALU KEMBUNG MEH CUBA TIP NI Siapa yang ada anak kecik Anak korang selalu kena kembung perut tak Bukan pe baby ni ada sesetengahnya memang senang nak kena kembung perut Tapi macam baby Aaira sejak dari dalam pantang memang jarang ken...
Jangan Sampai Bayi Tersedak Susu Sendawakan Dulu 3 Tip Praktis Cara Tepat Sendawakan Bayi

Jangan Sampai Bayi Tersedak Susu Sendawakan Dulu 3 Tip Praktis Cara Tepat Sendawakan Bayi

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 345 hits
Proses untuk sendawakan bayi selepas menyusu sememangnya penting Tidak kira pada bayi masih kecil ketika usia lima bulan ke bawah atau juga kurang daripada usia setahun kedua duanya harus disendawakan dengan sebaiknya Menurut Kaunselor Peny...
Seri Muka Kacang Merah Teksturnya Lembut Kenyal Rasa Kacang Merah Memang Tak Jemu Makan

Seri Muka Kacang Merah Teksturnya Lembut Kenyal Rasa Kacang Merah Memang Tak Jemu Makan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 297 hits
Pelbagai jenis kuih tradisional dan salah satu yang menjadi kuih kegemaran ramai ialah kuih seri muka Kuih ini juga boleh dihasilkan daripada bahan seperti ubi labu kentang atau kacang merah Dah biasa dengan kuih seri muka pandan kita buat ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp