Alkisah Peluang Kedua Dan Tahanan Rumah


 
Saya seperti Ahli Parlimen PKR Hassan Karim hairan dan pelik soal tahanan di rumah ada dalam ucapan Belanjawan 2025 disampaikan Jumaat lalu oleh perdana menteri selaku Menteri Kewangan Anwar Ibrahim.

Ucapan belanjawan seharusnya menumpu soal ekonomi dan kewangan bukannya soal reformasi undang-undang atau urusan penjara, kata Hassan menerusi kenyataan. Betul kata beliau. Namun untuk berlaku adil perlu dinyatakan juga ucapan Belanjawan 2025 sememangnya memberi tumpuan meluas terhadap ekonomi dan kewangan. Cuma satu perenggan mengenai tahanan rumah. Ini diakui Hassan sendiri.

Hanya satu perenggan sahaja, katanya sambil meneruskan kenyataan dengan berkata tidak dijelaskan kenapa tiba-tiba perlu sangat soal tahanan di rumah dimasukkan ke dalam ucapan belanjawan. 
 Saya tidak mengikuti ucapan belanjawan Anwar. Apa yang saya tahu mengenai soal tahanan rumah yang diperkatakan Hassan ialah menerusi Malaysiakini yang melaporkan ucapan Anwar turut mengandungi peluang kedua dan membayangkan rancangan untuk merangka undang-undang baharu bagi membolehkan tahanan di rumah sebagai hukuman alternatif untuk kesalahan tertentu.
Pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat ditetapkan dan dipantau pegawai penjara.
Itu kata Malaysiakini ialah menurut teks ucapan. Bagaimanapun kata portal berita itu Anwar tidak membaca bahagian itu ketika berucap Jumaat lalu. Mengapa agaknya? Kalau tak nak baca ‘why have it in the speech in the first place? Atau mungkinkah rancangan itu dibatalkan? Tak jadi buat?
Bagaimanapun, semalam 19 Okt 2024 Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah bakal dibentangkan di Parlimen tahun depan. Ertinya ‘all systems go’. Mengapa Anwar tidak membaca bab itu dalam teks ucapannya hanya tuhan dan beliau yang tahu.
Kata Saifuddin Jemaah Menteri sudah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan RUU itu. 
Ketika ini RUU berkaitan sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara dan ketua pengarah Jabatan Penjara Malaysia sebagai pemegang taruh, beliau dipetik berkata.
Selepas RUU itu digubal kata Saifuddin ia akan dibawa kepada Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen, jangkaannya tahun depan.
Berbalik kepada kehairanan Hassan mengapa soal tahanan di rumah dimasukkan dalam ucapan Belanjawan 2025. 
Adakah ia persiapan awal untuk membina persetujuan awam untuk meminda undang-undang untuk meringankan hukuman bagi golongan elit terentu? soal beliau. Hassan bagaimanapun tidak menamakan golongan elit dimaksudkan. Terserah interpretasi masing-masing.
Hassan turut bertanya ‘jenis’ kesalahan jenayah yang ‘layak’ untuk diberi hukuman tahanan rumah. Sekali gus bertanya adakah ia turut meliputi orang yang disabit kesalahan atas dakwaan rasuah dan pecah amanah?

Apa pun saya harap perdana menteri janganlah meneruskan agenda yang regresif seperti ini, kata beliau. Berpandukan laporan Malaysiakini yang saya petik di awal penulisan ini Anwar ada bercakap soal memberi peluang kedua.
Pada hemat saya ‘second chance’ sesuatu yang mulia dan sememangnya digalakkan diberi kepada banduan tetapi setelah mereka selesai menjalani tempoh hukuman di penjara. Atau setelah hukuman dikurangkan atau diberi pengampunan diraja. Peluang kedua ialah untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan sebagainya untuk mulakan hidup baru.
Sehingga kini, banduan di Malaysia tidak boleh memohon untuk tahanan di rumah kerana tiada peruntukan mengenainya dalam sistem perundangan negara.
Isu tahanan di rumah hangat diperkatakan tidak lama dulu apabila bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa mendapat pengampunan diraja yang membenarkannya menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.
Najib kini menjalani hukuman penjara setelah disabit bersalah kes SRC international, dan beliau masih dibicarakan untuk beberapa kes berkaitan skandal 1MDB. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/alkisah-peluang-kedua-dan-tahanan-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujah Pra Matang Najib Haters Mengenai Pindaan Tahanan Rumah

Hujah Pra Matang Najib Haters Mengenai Pindaan Tahanan Rumah

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 183 hits
Hujah Pra Matang Najib Haters Mengenai Pindaan Tahanan Rumah Walau pun tidak dibacakan ketika pembentangan Belanjawan 2025 tetapi dimaklumkan kerajaan bercadang untuk meminda Akta Tahanan Rumah Matlamat kerajaan adalah untuk menjimatkan bel...
Nama Najib Dipetik Hati Hati Gubal Ruu Tahanan Rumah Kata Rayer

Nama Najib Dipetik Hati Hati Gubal Ruu Tahanan Rumah Kata Rayer

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comAhli Parlimen Jelutong RSN Rayer menggesa kerajaan supaya berhati hati dalam merangka undang undang baru yang membenarkan tahanan rumah sebagai hukuman alternatif untuk kesalahan tertentu Dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari...
Kenapa Isu Tahanan Di Rumah Ada Dalam Ucapan Belanjawan

Kenapa Isu Tahanan Di Rumah Ada Dalam Ucapan Belanjawan

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 181 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 19 2024Ahli Parlimen PKR Hassan Karim menyuarakan rasa hairan apabila ucapan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menyentuh soal tahanan di rumah Ahli Parlimen PKR itu bertanya jika ia ada...
Peqabih Beras Ja Tahanan Dalam Rumah Ni Baik Duduk Dalam Lokap Saja

Peqabih Beras Ja Tahanan Dalam Rumah Ni Baik Duduk Dalam Lokap Saja

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 164 hits
Apa kena mengena dengan ekonomi sampai masuk dalam belanjawan Ada kena mengena sebenarnya Dia ingat banduan dalam penjara tu Tak kena caj Tentulah ada Dah tu Tahanan di rumah ada banyak kelebihannya Selain dari selesaikan masalah kesesakan ...
Sprm Serbu Rumah Disyaki Simpan Wang Rasuah Ahli Politik Berpengaruh

Sprm Serbu Rumah Disyaki Simpan Wang Rasuah Ahli Politik Berpengaruh

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 343 hits
Hariz MohdSPRM menyerbu sebuah unit pangsapuri di Kuala Lumpur malam tadi yang disyaki digunakan oleh seorang ahli politik berpengaruh sebagai tempat menyimpan wang rasuah Menurut sumber dalaman SPRM serbuan itu dibuat pada jam 10 malam seb...
Makan Di Rumah Makan Rendang Tok Yoep

Makan Di Rumah Makan Rendang Tok Yoep

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum WBT MACAM tak puas pulak Sk cadangkan agar kami singgah JJCM di Kuala Kangsar pulak Teringat Rumah Makan Rendang Tok Yeop yang pernah masuk dalam wishlist JJCM Pak Inche sebelum ini PI kata nak makan Ketupat Palas Ah jomlah ...
Tips Rumah Tangga Bahagia

Tips Rumah Tangga Bahagia

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 155 hits
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula Suami dan Isteri Rumah tangga mana yang tak diuji Ada yang uji dengan kesetiaan diujia dengan kesihatan diuji dengan masalah kewangan Sepanjang 15tahun berkahwin ni macam macam la isu akan jadi gadu...
Warga Emas Ditemukan Rentung Depan Rumah Terbakar

Warga Emas Ditemukan Rentung Depan Rumah Terbakar

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 122 hits
NORFARHIZA MOHD ATARANGGOTA bomba membantu memadamkan kebakaran di Jalan Sungai Lui Kampung Sungai Lui di Raub malam semalam RAUB Seorang warga emas rentung selepas rumah yang didiaminya musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Sungai Lui K...
Penduduk Terkejut Rumah Ditelan Sungai Ketil

Penduduk Terkejut Rumah Ditelan Sungai Ketil

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 129 hits
NORLIA RAMLIHAMINAH melihat sebahagian rumahnya yang runtuh akibat hakisan tebing Sungai Ketil di Tanjung Pari di Baling baru baru ini BALING Seorang mangsa banjir terkejut apabila bilik tidur dan dapur rumah kakaknya roboh ditelan Sungai K...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim