Pks Malaysia Kunci Utama Cetus Gelombang Pertumbuhan Baru E Dagang Di Asia Tenggara


PKS Malaysia Kunci Utama Cetus Gelombang Pertumbuhan Baru E-Dagang Di Asia Tenggara Malaysia berada pada kedudukan utama untuk memainkan peranan penting dalam gelombang pertumbuhan digital seterusnya di Asia Tenggara, menurut kajian terbaharu oleh Blackbox Research bertajuk The Next Leap for E-Commerce in Southeast Asia.
Laporan ini menekankan perubahan besar dalam trajektori rantau ini, daripada pertumbuhan pesat kepada pembangunan e-dagang yang lebih berkualiti, mampan, dan bernilai tinggi.
Berdasarkan lebih daripada 25 jam temu bual pakar dengan 46 pemimpin di seluruh ASEAN, kajian ini mengenal pasti lima pemacu utama yang akan menentukan fasa seterusnya perkembangan momentum e-dagang di Asia Tenggara:
1. Pelaburan Platform yang Berterusan adalah Kritikal
2. Inovasi Harus Memacu Kecemerlangan Perkhidmatan
3. Kerjasama Antara Pemegang Taruh adalah Kunci
4. Kerentanan Logistik Perlu Diatasi untuk Menjadi Kelebihan yang Berkekalan
5. Penyelarasan Dasar Serantau adalah Penting
Kelima-lima pemacu ini menekankan keperluan pelaburan bersama dan tindakan kolaboratif antara platform, PKS, dan pembuat dasar bagi memastikan ekonomi digital Asia Tenggara menghasilkan pertumbuhan yang mampan dan inklusif.
Dua Realiti Malaysia: Menangani Jurang untuk Kejayaan Mampan Laporan tersebut mengenal pasti Malaysia sebagai negara yang mempunyai asas struktur paling kukuh untuk pertumbuhan e-dagang yang diterajui PKS di rantau ini, dengan budaya keusahawanan yang dinamik, infrastruktur logistik yang baik, serta persekitaran peraturan yang progresif.
Namun, laporan ini turut menyatakan bahawa Malaysia menunjukkan tahap optimisme berwaspada yang paling tinggi dalam jangka masa terdekat berbanding rakan serantau, mencerminkan jurang antara aspirasi dasar dan pelaksanaan praktikal yang menghalang pencapaian potensi sebenar kelebihan daya saingnya.
Pakar menilai infrastruktur logistik Malaysia dengan tinggi, dengan 77% memberikan skor tujuh atau lebih daripada sepuluh, manakala 69% memberi penilaian positif terhadap keterbukaan peraturan.
Sokongan terhadap PKS kekal sebagai peluang terbesar negara ini, 77% pakar mengenal pasti pemerkasaan PKS sebagai kelebihan kepimpinan utama Malaysia di peringkat serantau, memandangkan PKS merangkumi 97% daripada kesuluruhan majikan. Gabungan faktor ini menjadikan Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk menjadi hab serantau bagi perdagangan digital.
Asia Tenggara: Dari Pertumbuhan Pesat ke Pertumbuhan Lebih Baik Di seluruh Asia Tenggara, pemimpin industri berkongsi pandangan serupa bahawa kisah e-dagang rantau ini kini beralih daripada “lebih banyak pertumbuhan” kepada “pertumbuhan yang lebih berkualiti”. Fasa seterusnya akan ditentukan bukan sahaja oleh skala, tetapi juga oleh kebolehpercayaan, keterangkuman, dan kemampanan dalam ekonomi digital yang terus berkembang pesat.
Dalam konteks ini, kajian Blackbox merumuskan lima pemacu kritikal berikut:
1. Pelaburan Platform yang Berterusan: Membangun Melalui Pelaburan Bersama
Daya saing jangka panjang bergantung pada pelaburan bersama yang mampan di seluruh ekosistem, di mana platform memimpin pembangunan infrastruktur yang disokong oleh dasar awam dan pembinaan keupayaan PKS.
Platform kini berperanan sebagai “arkitek ekosistem” yang membina lebuh raya digital bagi logistik, pembayaran, dan pemerkasaan penjual. Potensi penuh hanya dapat dicapai apabila terdapat pelaburan bersama dalam inovasi dan keupayaan antara platform, kerajaan, dan PKS.

2. Inovasi Memacu Kecemerlangan Perkhidmatan: Bersaing Berdasarkan Nilai, Bukan Harga
Apabila pasaran e-dagang di Asia Tenggara semakin matang, kualiti dan pengalaman pelanggan, bukan harga, akan menentukan kejayaan. Persaingan sengit di pelbagai saluran mendorong platform dan penjual untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, dengan kelajuan, kebolehpercayaan, dan kepercayaan menjadi faktor utama persaingan. Inovasi seperti AI, logistik pintar, dan reka bentuk berpusatkan pengguna kini memacu fasa pertumbuhan baharu.

3. Kerjasama Antara Pemegang Taruh: Menyelaraskan Kekuatan Untuk Pertumbuhan Bersama
Terdapat konsensus jelas bahawa kerjasama pelbagai pihak adalah asas kepada pertumbuhan mampan. Kejayaan bergantung pada sejauh mana platform, kerajaan, badan industri, dan PKS dapat menyelaraskan keutamaan dan peranan masing-masing.
Malaysia mempunyai kerangka dasar digital yang progresif, tetapi penyelarasan antara agensi dan industri perlu dipertingkat untuk menterjemahkan aspirasi kepada tindakan nyata.

4. Mengatasi Kelemahan Logistik Perlu Diatasi Untuk Menjadi Kekuatan yang Berkekalan
Logistik kekal sebagai faktor penentu daya saing. Dengan kos penghantaran mencecah sehingga 30% daripada nilai pesanan di beberapa pasaran, pelaburan dalam pemenuhan dan inovasi penghantaran jarak terakhir amat penting.
Malaysia memiliki infrastruktur logistik yang kukuh, namun PKS masih berdepan cabaran apabila peningkatan kecil dalam kos penghantaran boleh menjejaskan kelangsungan perniagaan mereka. Pengukuhan rangkaian penghantaran luar bandar dan hab pemenuhan bersama akan menjadi pemacu kelebihan strategik yang berkekalan.
5. Menyambungkan Titik Peraturan Serantau
Keseragaman dasar serantau dikenal pasti sebagai keperluan mendesak. Semua pakar (100%) mengenal pasti ketidakselarasan dalam perdagangan dan cukai rentas sempadan sebagai halangan utama.
Malaysia, dengan persekitaran peraturan terbuka yang diiktiraf oleh 69% pakar, berada pada kedudukan baik untuk memimpin penyelarasan dasar yang menyokong persaingan adil dan pembangunan digital inklusif.
Kajian Blackbox Research menyimpulkan bahawa Malaysia memiliki asas terkuat di rantau ini untuk kejayaan e-dagang, hasil gabungan infrastruktur kukuh, semangat keusahawanan, dan cita-cita dasar yang tinggi. Cabaran utama kini adalah pelaksanaan.
Dengan mempercepat digitalisasi PKS, memanfaatkan teknologi AI, serta memperkukuh kerjasama antara platform, kerajaan dan usahawan, Malaysia mampu merapatkan jurang antara aspirasi dan tindakan, sekali gus memimpin ASEAN ke arah ekonomi digital yang lebih berdaya saing, inklusif dan mampan.
Untuk membaca laporan penuh, sila layari: https://www.blackbox.com.sg/perspectives/the-next-leap-for-ecommerce-in-southeast-asia 
The post PKS Malaysia Kunci Utama Cetus Gelombang Pertumbuhan Baru E-Dagang Di Asia Tenggara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/14/pks-malaysia-kunci-utama-cetus-gelombang-pertumbuhan-baru-e-dagang-di-asia-tenggara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Top 9 Kuasa Ketenteraan Terkuat Di Asia Tenggara Di Mana Malaysia

Top 9 Kuasa Ketenteraan Terkuat Di Asia Tenggara Di Mana Malaysia

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 203 hits
Top 9 Kuasa Ketenteraan Terkuat Di Asia Tenggara Di Mana Malaysia Asia Tenggara merupakan sebuah rantau yang kaya dengan kepelbagaian dan potensi ketenteraan yang unik Setiap negara mempunyai kekuatan tersendiri sama ada dari segi bilangan ...
Sme Corp Malaysia Dan Smeda Pakistan Bekerjasama Lonjak Pertumbuhan Pks

Sme Corp Malaysia Dan Smeda Pakistan Bekerjasama Lonjak Pertumbuhan Pks

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 109 hits
SME Corp Malaysia Dan SMEDA Pakistan Bekerjasama Lonjak Pertumbuhan PKS YAB Dato Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia dan TYT Muhammad Shehbaz Sharif Perdana Menteri Pakistan telah menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman a...
Asia S First Lego Ferrari Build Race Zooms Into Legoland Malaysia This November

Asia S First Lego Ferrari Build Race Zooms Into Legoland Malaysia This November

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 264 hits
If you ve ever dreamed of building your own Ferrari your dream is about to come true in LEGO form This 1 November 2025 LEGOLAND Malaysia Resort is revving things up with the launch of Asia s first LEGO Ferrari Build Race attraction right he...
Pmx Hentak Gear Baru Melalui Pakatan Ekonomi Malaysia Pakistan

Pmx Hentak Gear Baru Melalui Pakatan Ekonomi Malaysia Pakistan

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 156 hits
Alif JamilPandangan saya langkah PMX menghidupkan semula hubungan dua hala Malaysia Pakistan ini sebenarnya satu reset strategik terhadap orientasi ekonomi luar Malaysia yg selama ini terlalu tertumpu pada pasaran tradisional seperti China ...
Damri Buka Rute Baru Putussibau Kuching Via Badau Perkuat Konektivitas Kalbar Hingga Malaysia

Damri Buka Rute Baru Putussibau Kuching Via Badau Perkuat Konektivitas Kalbar Hingga Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 209 hits
BloggerBorneo com Transportasi publik memegang peranan penting dalam mendukung mobilitas masyarakat sekaligus menggerakkan roda perekonomian Di wilayah Kalimantan Barat Perum Damri menjadi salah satu penyedia layanan transportasi yang terus...
Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 198 hits
Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif pembungkusan dan penjenamaan memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik perhatian pelanggan Salah satu cara paling murah tetapi sangat berkesan untuk menyerlahkan identiti produk anda ...
Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 200 hits
Kuala Lumpur 20 Oktober 2025 Dalam dunia yang sering menilai wanita dari luaran kemunculan Dr Reshma Nair Prakash sebagai Mrs Universe 2025 3rd Runner Up membawa makna yang lebih besar daripada sekadar mahkota Beliau bukan sahaja mewakili M...
Icaur Malaysia Rasmikan Pusat Pengedar Utama Di Damansara

Icaur Malaysia Rasmikan Pusat Pengedar Utama Di Damansara

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 123 hits
iCAUR Malaysia Rasmikan Pusat Pengedar Utama di Damansara Kuala Lumpur 13 Oktober 2025 iCAUR Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan rasmi iCAUR Damansara pusat pengedar terulung di Malaysia Dimiliki dan dikendalikan oleh Carramax Luxe Sdn ...
Kabel Dasar Laut Hubungkan Asia Tenggara Dan As Sudah Sedia Beroperasi

Kabel Dasar Laut Hubungkan Asia Tenggara Dan As Sudah Sedia Beroperasi

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 156 hits
Keppel Ltd mengumumkan bahawa Sistem Kabel Bifrost kini mencapai status 8220 Ready for Service 8221 bersedia membawa trafik komersial antara Asia Tenggara dan Pantai Barat Amerika Syarikat Sepanjang lebih 20 000 km Bifrost ialah kabel dasar...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568

From Sweden To The Uk Snusboys Brings Authentic Snus To British Consumers