Aliran Alu Alukan Sokongan Pm Pada Demo Antirasuah


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 24, 2025 10:18 PM
Aliran mengalu-alukan sokongan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk perhimpunan antirasuah di Kuala Lumpur esok

Dalam satu kenyataan di laman webnya, NGO itu berkata bahawa sokongan Anwar, walaupun pada saat-saat akhir, adalah selaras dengan hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara.

“Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah rakyat biasa mesti menentang apa jua percubaan untuk membataskan hak demokrasi mereka.

“Sekumpulan pertubuhan masyarakat sivil, termasuk Aliran, telah bersuara menentang percubaan pihak berkuasa untuk menghalang perhimpunan itu. Ramai rakyat biasa turut menyatakan ketidakpuasan mereka.

“Akhirnya, kerajaan terpaksa akur apabila berhadapan dengan kehendak rakyat,” katanya.

Awal hari ini, Anwar berkata dia tidak mempunyai masalah dengan perhimpunan antirasuah itu, sambil menambah bahawa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail membenarkan untuk ia diteruskan.

Pada masa sama, Saifuddin berkata polis akan memudahkan perhimpunan itu.

Perhimpunan anjuran Sekretariat Rakyat Benci Rasuah itu akan bermula di luar pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Selain itu, Aliran menggesa Saifuddin dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi penjelasan kerana dikatakan menentang perhimpunan itu.

Kata Aliran, ia bercanggah dengan sokongan perdana menteri pada saat akhir.

"Jika mereka kekal senyap, ramai yang mungkin berpendapat mereka ‘tidak menerima memo’ daripada pimpinan," katanya.

Sebelum ini, Saifuddin menyokong arahan polis kepada sekretariat untuk mendapatkan persetujuan daripada pemilik premis himpunan.

Fahmi juga menyorot mengenai syarat penganjur perhimpunan perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik premis.

Ini membawa kepada kritikan terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH), yang sebelum ini dikenali sering mengadakan atau menyertai demonstrasi ketika menjadi pembangkang.

Perhimpunan itu adalah susulan perhimpunan ambang tahun baru pimpinan pelajar di Sabah, yang membantah ahli politik negeri yang terlibat dalam skandal rasuah.

Ini berlaku selepas pendedahan Malaysiakini mengenai Adun Sabah yang didakwa membincangkan rasuah untuk mendapatkan lesen cari gali mineral, yang turut membabitkan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Hajiji dan lain-lain yang dikaitkan dengan skandal itu telah menafikan sebarang salah laku, mendakwa ia sebagai konspirasi untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri menjelang pilihan raya negeri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/aliran-alu-alukan-sokongan-pm-pada-demo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Sertai Demo Antirasuah Tuntut Kerajaan Bersikap Matang

Pemuda Pas Sertai Demo Antirasuah Tuntut Kerajaan Bersikap Matang

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 307 hits
suara tvBy23 01 2025KUALA LUMPUR Pemuda Pas menyatakan komitmen untuk turut serta sebagai tanda sokongan penuh terhadap penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu 25 Januari 2025 di Kuala Lumpur Perhimpunan anjur...
Demo Antirasuah 25 Januari Diteruskan Penganjur

Demo Antirasuah 25 Januari Diteruskan Penganjur

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comBy22 01 2025KUALA LUMPUR Sekretariat perhimpunan antirasuah bertegas untuk meneruskan demonstrasi yang dijadualkan pada 25 Januari meskipun mendapat amaran daripada pihak polis Demonstrasi ini akan tetap diteruskan Kami menu...
Pmx Dan Madani Anti Demo

Pmx Dan Madani Anti Demo

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 183 hits
Zuwairi Md YusofTak payah susah2 nak turun ke jalanan demo zaman MADANI PMX anwaribrahim boleh hadap suara rakyat macam bersihofficial buat Silakan ke pejabat PMX akan santuni Tengok ini bukti sudah ada Semua 9 Perdana Menteri Malaysia sebe...
Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 394 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2025 8 15 AMGerakan mahasiswa sekretariat perhimpunan benci rasuah menyambut baik sokongan sayap Pemuda PAS dan Bersatu terhadap demonstrasi yang akan berlangsung Sabtu 25 Jan ini Namun sekretariat itu men...
Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 292 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 22 2025 8 50 PMAhli Parlimen DAP Lim Lip Eng telah mengingatkan kerajaan bahawa sebarang percubaan untuk menyekat perhimpunan antirasuah pada Sabtu ini hanya akan mencemarkan kredibiliti Pakatan Harapan Ia ak...
Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

Himpunan Antirasuah Saya Tiada Masalah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 321 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2025 3 19 PMDi sebalik pelbagai kritikan dan cemuhan bahawa pihak berkuasa cuba menyekat perhimpunan antirasuah di Kuala Lumpur esok Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sebaliknya Bernama melaporkan p...
Najib Layak Dapat Peluang Seperti Orang Lain Kata Ngo Antirasuah

Najib Layak Dapat Peluang Seperti Orang Lain Kata Ngo Antirasuah

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 230 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 30 2025 12 15 PMIsu mengenai titah adendum yang membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah terus mendapat perhatian apabila sebuah NGO menyatakan dia berhak diberi peluang menebus kesilap...
Demo On Sadiq Off

Demo On Sadiq Off

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 159 hits
Zuwairi Md Yusof Syed Saddiq di laporkan tidak akan sertai Himpunan Benci Rasuah Saya kini hanya mahu sebarkan rasa cinta dan membella negara ujarnya tersengih Polis akur dengan tuntutan Mahasiswa sediakan permaidani untuk demo anti Rasuah ...
Penyokong Parti Perasuah Demo Anti Rasuah Pelik Juga Ya

Penyokong Parti Perasuah Demo Anti Rasuah Pelik Juga Ya

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 287 hits
Man Toba Kalau tengok live Sinar jam 3 30 tadi juz sekelompok nih je yang turun demo Aku sebagai kaki demo zaman reformasi dulu bila nak turun demo pasal Rasuah ok je Aku sokong Akan tetapi tak perlu la nak tuju kepada PMX akan rasuah sebab...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya