Aliran Air Anak Sungai Punca Tanah Runtuh Di Pulau Pinang



GEORGE TOWN: Aliran air dari anak sungai yang terdapat di kawasan cerun di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini dikenal pasti antara punca insiden tanah runtuh di kawasan itu pada Jumaat, menurut Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Pengarah JMG Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Azhari Ahmad berkata dapatan itu diperoleh berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan awal yang dijalankan pihaknya sejak semalam.

“Pasukan JMG yang tiba di lokasi kejadian pagi semalam dan telah buat pemerhatian serta kami kenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan berlaku runtuhan di cerun sehingga semua kontena yang terdapat di lereng bukit tersebut menggelongsor bersama tanah runtuh.

“Faktor utama yang menyebabkan berlaku tanah runtuh ialah aliran dari air sungai berhampiran cerun dan hujan lebat sejak awal pagi hari kejadian menyebabkan berlaku limpahan air sehingga masuk ke kawasan cerun sebelum berlaku runtuhan, ” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil langkah segera dengan mengalihkan aliran air anak sungai itu ke kawasan lain supaya tiada aliran air di cerun dan tanah runtuh yang akan memburukkan lagi keadaan terutama ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Azhari berkata pemeriksaan lanjut pukul 7.30 pagi tadi mendapati aliran air di kawasan cerun dan tanah runtuh semakin berkurangan, namun pihaknya sentiasa membuat pemantauan dengan bantuan peralatan dari pasukan mencari dan menyelamat Malaysia (SMART) dari masa ke masa bagi memastikan pasukan penyelamat menjalankan operasi SAR dalam keadaan selamat.

Katanya berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan, pihaknya juga mendapati lokasi berlaku runtuhan itu adalah kawasan cekung (lekuk ke dalam) yang mudah mengumpul air dan menyebabkan air tertumpu di cerun.

“Namun kami juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku runtuhan susulan di kawasan itu kerana struktur tanah jenis peroi (tidak padat) dan masih terdapat aliran air yang boleh menyebabkan tanah runtuh.

“Kami juga telah menasihatkan pasukan penyelamat agar menghentikan serta merta operasi SAR jika berlaku hujan kerana tanah runtuh susulan boleh berlaku ketika itu dan ia sangat bahaya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata ketika ini pihaknya membantu pasukan penyelamat dalam operasi SAR dan tidak menolak kemungkinan terlibat dalam siasatan lanjut punca sebenar kejadian tanah runtuh itu selepas ini.

“Kami harap cuaca baik dan tiada hujan supaya operasi SAR dapat diteruskan sehingga semua mangsa ditemui dan jika hujan memang akan berlaku aliran air dalam tanah,” katanya.

Kejadian tanah runtuh yang dilapor pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan 4 pekerja warga asing maut, 3 cedera manakala 5 lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah.

Kejadian selepas hujan lebat di negeri ini sejak petang Khamis hingga tengah hari Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah di bawah kawasan kontena dan pondok kongsi di tapak pembinaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.

Petang Jumaat 2 mayat ditemukan iaitu lelaki Indonesia Samsul Asman, 19, dan lelaki Bangladesh Attrul, 35, manakala mayat Khin Aye Khaing, 33, wanita Myanmar ditemukan pukul 1.30 pagi Sabtu dan mayat keempat Bahtiar, 36, lelaki Indonesia ditemukan pada 11.55 pagi semalam. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/10/aliran-air-anak-sungai-punca-tanah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Runtuh Di Laluan Bukit Lama Pulau Pinang

Tanah Runtuh Di Laluan Bukit Lama Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 439 hits
Tanah runtuh di Laluan Bukit Lama Pulau Pinang Dikemas kini 36 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 23 Oct 2018 11 25PM
Tanah Runtuh Pulau Pinang 2 Mayat Dibawa Keluar Dari Lokasi

Tanah Runtuh Pulau Pinang 2 Mayat Dibawa Keluar Dari Lokasi

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 513 hits
GEORGETOWN Dua mayat ditemui sementara seorang cedera dalam tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan jalan raya berkembar dari arah Paya Terubong menghala ke Relau di sini tadi Ketiga tiga mangsa itu dijumpai kira kira jam 5 08 petang tadi n...
3 Dikhuatiri Maut 12 Tertimbus Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

3 Dikhuatiri Maut 12 Tertimbus Tanah Runtuh Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 604 hits
PULAU PINANG Tiga dikhuatiri maut manakala 12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di lokasi pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus Paya Terubong Pulau Pinang Empat buah kontena tertimbus dalam kejadian tersebut Maklumat awal terdapat 10 ma...
Polisi Temukan Jasad Anak Manajer Pabrik Kacamata Di Tepi Aliran Sungai Belumai

Polisi Temukan Jasad Anak Manajer Pabrik Kacamata Di Tepi Aliran Sungai Belumai

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 320 hits
Polisi masih mencari Sunarti istri Muhajir sekaligus ibu Solihin yang belum ditemukan
Pulau Pinang Menghadapi Fenomena Air Pasang Besar Dan Banjir Yang Dijangka Berlaku Hari Ini

Pulau Pinang Menghadapi Fenomena Air Pasang Besar Dan Banjir Yang Dijangka Berlaku Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 340 hits
Pulau Pinang mempertingkatkan keupayaan dan kesiapsagaan menghadapi fenomena air pasang besar dan banjir yang dijangka berlaku hari ini Pihak berkuasa sedang memantau perkembangan terkini situasi
Kerajaan P Pinang Dikecam Semasa Memperingati Mangsa Tanah Runtuh

Kerajaan P Pinang Dikecam Semasa Memperingati Mangsa Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 423 hits
Peserta memegang kad tertera nama mangsa yang terkorban GEORGE TOWN Sekumpulan warga Pulau Pinang berkumpul untuk memperingati pekerja asing yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus hari ini mengatakan rayuan menghentikan p...
Mayat Ketiga Ditemui Di Bawah Timbunan Tanah Runtuh

Mayat Ketiga Ditemui Di Bawah Timbunan Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 369 hits
GEORGE TOWN Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menemui mayat ketiga iaitu seorang wanita warga Myanmar di bawah timbunan tanah di tapak pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong Jalan Bukit Kukus di sini pukul 1 31 pagi tadi Loading functio
Tanah Runtuh Mayat Keempat Mangsa Tanah Runtuh Ditemui

Tanah Runtuh Mayat Keempat Mangsa Tanah Runtuh Ditemui

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 304 hits
THE MALAYSIAN TIMES GEORGE TOWN Mayat keempat mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus Paya Terubong di sini iaitu lelaki warga Indonesia dibawa keluar dari timbunan tanah pada 11 55 pagi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau...
Tanah Runtuh Berlaku Pergerakan Operasi Sar Di Hentikan

Tanah Runtuh Berlaku Pergerakan Operasi Sar Di Hentikan

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 501 hits
GEORGE TOWN Operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan di Jalan Bukit Kukus Paya Terubong di sini dihentikan pada jam 7 malam tadi berikutan berlaku pergerakan tanah Sehingga ini selepas lebih 30 ja...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah