Aliff Aziz Ruhainies Dibicara Kes Khalwat Februari Tahun Depan


Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan dua hari iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium Mac lalu.
Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yaang dicadangkan.
“Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20 Februari dan 27 Februari (2025),” kata Hakim Syarie Abu Suffian.
Terdahulu Pegawai Pendakwa Syarie Masroha Duki dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen kes kepada pembelaan antaranya senarai saksi-saksi yang akan memberikan keterangan.
Mendengar perkara itu, dua peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani yang masing-masing mewakili Aliff dan Ruhaninies mengesahkan dokumen senarai saksi tersebut.
Pada 3 Julai lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan, Aliff didakwa telah berada bersama seorang perempuan beragama Islam Nur Ruhainies Farehah yang bukan isteri atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa tertuduh (Aliff) melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah unit kondominum di Bukit Bintang di sini pukul 12.35 pagi pada 9 Mac lalu.
Baca: Kini tampil bertudung, Shasha Abedul syukur dapat ‘hidayah’
Ruhainies Kes khalwat Ruhainies pula didakwa telah berada bersama seorang lelaki beragama Islam Mohamad Aliff yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral pada tempat, masa dan tarikh sama.
Justeru pertuduhan terhadap mereka didakwa masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Sebelum ini kisah khalwat mereka hangat diperkatakan apabila pelakon Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff Aziz diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Ruhainies, dalam satu kenyataan berkata, keberadaan Aliff Aziz di dalam rumahnya adalah bertujuan untuk bertemu dengan ahli keluarganya yang dikenali aktor itu sejak 10 tahun lalu.
Pewangi rumah bau hotel mewah
Ujarnya, kakaknya, Risteena Munim juga antara individu yang menjadi saksi kerana berada di lokasi ketika tangkapan khalwat tersebut berlaku.
Pada masa sama, Ruhainies turut mengakui kekhilafannya di sisi agama, kerana berada dalam situasi tersebut sekali gus menimbulkan syak wasangka negatif yang sepatutnya dapat dielakkan.
Pada 13 Jun lalu, Aliff dan isterinya Bella Astillah sah bercerai talak satu kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Aliff melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
The post Aliff Aziz – Ruhainies dibicara kes khalwat Februari tahun depan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/aliff-aziz-ruhainies-dibicara-kes-khalwat-februari-tahun-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Operator Pengeluaran Buat Bahan Letupan Dibicara Februari Tahun Depan

Operator Pengeluaran Buat Bahan Letupan Dibicara Februari Tahun Depan

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 93 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Februari tahun depan bagi perbicaraan kes operator pengeluaran terhadap tiga pertuduhan memberikan sokongan kepada kumpulan Daesh termasuk membuat bahan letupan sebagai persediaan ...
Guna Lagu Amp Emoji Yang Sama Netizen Dakwa Aliff Aziz Amp Ruhainies Berbalas Hantaran Di Instagram Story

Guna Lagu Amp Emoji Yang Sama Netizen Dakwa Aliff Aziz Amp Ruhainies Berbalas Hantaran Di Instagram Story

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 167 hits
Sesetengah netizen mendakwa penyanyi Aliff Aziz dan aktres Ruhainies dalam diam berbalas hantaran di Instagram story Menerusi komen di Facebook beberapa individu malah turut berkongsi gambar dari IG story dua selebriti tersebut yang dilihat...
Tahun Depan Kos Hidup Dijangka Lebih Tinggi Pakar Ekonomi

Tahun Depan Kos Hidup Dijangka Lebih Tinggi Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 212 hits
Peningkatan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan memberi kesan kepada ramai tahun depan terutamanya selepas beberapa perkara yang disebut dalam Belanjawan 2025 Antaranya peluasan skop SST dan kenaikan gaji minimum ke RM1 700 sebulan ...
Yuran Tadika Taska Naik Hingga 25 Peratus Tahun Depan

Yuran Tadika Taska Naik Hingga 25 Peratus Tahun Depan

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 141 hits
bharian com myOleh Oktober 21 2024JOHOR BAHRU Yuran taman didikan kanak kanak dan taman asuhan kanak kanak seluruh negara dijangka naik antara 20 hingga 25 peratus pada tahun depan susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1 700 sebulan ...
Adik Mak Lampir Jadi Penjamin Aliff Aziz

Adik Mak Lampir Jadi Penjamin Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 189 hits
Pempengaruh media sosial Sarah Yasmine membuka mulut berhubung isu penukaran penjamin kepada penyanyi Aliff Aziz bagi kes khalwat bersama aktres Ruhainies Keluarga Aliff tiada di KL Menerusi ruangan komen di portal OhBulan seorang individu ...
Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Hukuman Gantung Azilah Hadri Di Gantikan 40 Tahun Penjara

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Hukuman Gantung Azilah Hadri Di Gantikan 40 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 171 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan hari melepaskan pembunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu bekas Cif Inspektor Azilah Hadri daripada hukuman gantung sampai mati Sebaliknya hukuman mati bekas komando polis itu digantikan dengan hukuman penj...
Dua Pengikut Tuhan Harun Terlepas Tali Gantung Di Penjara 40 Tahun Kes Bunuh Pegawai Jaip

Dua Pengikut Tuhan Harun Terlepas Tali Gantung Di Penjara 40 Tahun Kes Bunuh Pegawai Jaip

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 118 hits
PUTRAJAYA Dua pengikut Tuhan Harun terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara 40 tahun kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengu...
Penyasaran Subsidi Ron95 Mulai Tahun Depan Belanjawan 2025

Penyasaran Subsidi Ron95 Mulai Tahun Depan Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 184 hits
Dalam pembentangan Belanjawan 2025 hari ini Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan Berikut dikongsikan ringkasan dan perincian bagi penyasaran tersebut Penyasaran SUBSIDI RON 95 Mu...
Benar Saya Maki Dia Terpalit Kes Buli Shin Jimin Kwon Mina Kongsi Kehidupan 10 Tahun Ini

Benar Saya Maki Dia Terpalit Kes Buli Shin Jimin Kwon Mina Kongsi Kehidupan 10 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 119 hits
Kwon Mina bekas ahli kumpulan AOA telah mengulas mengenai konflik dengan bekas ahli kumpulannya Shin Ji min Artikel Berkaitan Terbaru Kwon Mina memuat naik mesej panjang di media sosialnya menyatakan Memang betul saya memaki dia Saya telah ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions