Yuran Tadika Taska Naik Hingga 25 Peratus Tahun Depan


bharian.com.my
Oleh Mohamed Farid Noh 
[email protected] Oktober 21, 2024

JOHOR BAHRU: Yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) seluruh negara dijangka naik antara 20 hingga 25 peratus pada tahun depan, susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Februari depan

Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, selain Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia yang menaungi pengusaha taska mengesahkan kenaikan yuran perkhidmatan ditawarkan kira-kira 4,500 ahli mereka susulan kenaikan kos operasi.

Penasihat Kehormat PERTIM, Zaharah Awang, berkata kira-kira 1,000 ahlinya di seluruh negara bersiap sedia menaikkan yuran perkhidmatan tadika mereka susulan kenaikan kos operasi bukan saja membabitkan gaji pekerja terutama guru, malah kenaikan kos bahan mentah untuk makanan dan bahan bantu mengajar, selain kadar sewa serta bil utiliti.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan berkenaan perlu mendapat kebenaran dan menerusi permohonan dibuat kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sebelum dilaksanakan.

"Sebenarnya PERTIM sudah membuat unjuran awal kenaikan gaji minimum sehingga RM2,000 sebulan secara berperingkat untuk beberapa tahun akan datang, namun ahli kami tidak jangka penguatkuasaan gaji minimum baharu RM1,700 akan berlaku seawal tahun depan.

"Notis yuran tahun hadapan sebenarnya sudah diberikan kepada ibu bapa, namun dengan pengumuman pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan mulai Februari depan, ahli PERTIM terpaksa mengeluarkan notis baharu yuran membabitkan kenaikan antara hingga 25 peratus, mengikut lokasi kawasan tadika.

"Seramai 1,000 ahli kami yang juga pengusaha tadika di seluruh negara sebenarnya tersepit kerana tidak mahu menaikkan yuran, namun terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan operasi tadika. Kita jangka, pengusaha yang tidak mendapat sokongan ibu bapa berdepan kemungkinan menutup operasi mereka, kerana kos operasi terlalu tinggi untuk ditanggung.

"Apatah lagi, kos operasi tadika swasta 100 peratus adalah daripada bayaran yuran yang dibayar ibu bapa. Kenaikan kos operasi tadika sudah berlaku sejak selepas tamat Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) lagi namun menjadi lebih ketara sejak tahun lalu susulan kenaikan harga barang dan kos sara hidup," katanya kepada BH.

Pada pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500 kini berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

Mengulas lanjut, Zaharah berkata, kenaikan bahan mentah untuk makanan murid jagaan ahlinya naik lebih 60 peratus sejak tahun lalu, menyebabkan kos operasi tadika menjadi tinggi.

Katanya, kenaikan yuran tadika antara 10 hingga 25 peratus sebenarnya hanyalah untuk pengusaha bertahan demi kelangsungan perjalanan perniagaan mereka semata-mata.

"Sebelum ini pernah berlaku seramai 41 murid sebuah tadika ahli kami diberhentikan ibu bapa hanya kerana kenaikan yuran tidak sampai RM40 sebulan.

"Sebenarnya yuran tadika swasta murid Melayu atau Islam hanya antara RM300 hingga RM350 sebulan berbanding tadika swasta Cina yang mengenakan yuran antara RM750 hingga RM900 sebulan," katanya.

Pengerusi Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, Hazman Sapawi, juga mengesahkan 500 tadika di negeri ini akan menaikkan yuran sama susulan kenaikan gaji minimum RM1,700 itu.

"Contohnya pelarasan gaji kakitangan tadika terutama guru akan membabitkan tambahan kos RM229.90 seorang sebulan. Ia membabitkan gaji minimum RM1,700; caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meningkat kepada RM221 sebulan; caruman majikan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang meningkat kepada RM27.85 sebulan selain Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang meningkat kepada RM3.30 sebulan," katanya.

Sementara itu, Naib Bendahari Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia, Norazlina Adom, berkata yuran baharu taska seluruh negara akan naik antara 13 hingga 20 peratus mulai tahun depan, susulan pengumuman gaji minimum baharu.

Katanya, kira-kira 3,000 taska di seluruh negara termasuk 250 di Johor akan mengenakan yuran baharu itu mulai Januari depan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Taska Berdaftar Negeri Johor berkata, pengumuman kerajaan mengenai kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan itu sangat dialu-alukan susulan bebanan kerja kakitangan taska yang berat dalam memastikan keselamatan bayi serta kanak-kanak jagaan mereka sentiasa terjaga sepanjang masa.

"Sehubungan itu, saya memohon kerajaan menyediakan sama ada geran gaji kepada pengusaha taska swasta atau pun insentif kepada ibu bapa yang menghantar anak kepada taska berdaftar, kerana kenaikan yuran yang membebankan mereka ketika kos sara hidup juga semakin meningkat.

"Ia bagi mengelak ibu bapa memilih taska tidak berdaftar, sekali gus merisikokan keselamatan anak mereka kerana ketiadaan latihan dan kemahiran kakitangan taska kategori ini seperti diwajibkan ke atas taska berdaftar," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah, berkata kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sudah dijangka susulan pengumuman gaji minimum baharu mulai Februari depan.

Katanya, peningkatan kos operasi perkhidmatan dan barangan sudah pasti dipindahkan kepada pengguna yang akan merasai bebanan peningkatan kos sara hidup.

"FOMCA berpandangan kerajaan perlu melakukan intervensi bagi menetapkan harga siling perkhidmatan dan barangan tertentu supaya pengguna tidak terus terbeban dengan kenaikan harga yang keterlaluan dan tidak wajar.

"Pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 perlu diperkasa supaya sebarang kenaikan yang tidak wajar dikenakan tindakan tegas.

"Pengguna pasti mencari alternatif perkhidmatan lebih murah dan dalam isu kenaikan yuran tadika dan taska, kerajaan disaran memperluas dan memperbanyakkan penawaran pra-sekolah selain taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di seluruh negara, supaya keluarga tidak mampu menggunakan perkhidmatan tadika dan TASKA mempunyai alternatif lain untuk anak mereka," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/yuran-tadika-taska-naik-hingga-25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Minima Tak Masuk Akal Yuran Tadika 2025 Naik 25 Pandai Lah Buat Dasar Goblok

Gaji Minima Tak Masuk Akal Yuran Tadika 2025 Naik 25 Pandai Lah Buat Dasar Goblok

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 74 hits
Tambah lagi golongan pekerja yang TIDAK MENIKMATI KENAIKAN GAJI MINIMA akan terpaksa membebani kenaikan yuran tadika 25 itu TANPA SEBARANG KENAIKAN GAJI gaji minimum RM1 700 gaji guru tadika tambah RM229 90 sebulanbayar KWSP RM221 sebulan b...
Penyasaran Subsidi Ron95 Mulai Tahun Depan Belanjawan 2025

Penyasaran Subsidi Ron95 Mulai Tahun Depan Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 73 hits
Dalam pembentangan Belanjawan 2025 hari ini Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan Berikut dikongsikan ringkasan dan perincian bagi penyasaran tersebut Penyasaran SUBSIDI RON 95 Mu...
Aliff Aziz Ruhainies Dibicara Kes Khalwat Februari Tahun Depan

Aliff Aziz Ruhainies Dibicara Kes Khalwat Februari Tahun Depan

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 91 hits
Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan dua hari iaitu 20 dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan kes khalwat membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium Mac lalu Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz ...
Mira Filzah Rancang Tambah Anak Kedua Tahun Depan Amir Suka Berkawan

Mira Filzah Rancang Tambah Anak Kedua Tahun Depan Amir Suka Berkawan

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 72 hits
Mahu menambah cahaya mata Begitu kata pelakon Mira Filzah yang mengakui tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk menimang cahaya mata kedua Tambah ibu kepada Wan Khai Amir ini dia dan suaminya merancang untuk menambah...
Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Hukuman Gantung Azilah Hadri Di Gantikan 40 Tahun Penjara

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu Hukuman Gantung Azilah Hadri Di Gantikan 40 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 108 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan hari melepaskan pembunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu bekas Cif Inspektor Azilah Hadri daripada hukuman gantung sampai mati Sebaliknya hukuman mati bekas komando polis itu digantikan dengan hukuman penj...
Dua Pengikut Tuhan Harun Terlepas Tali Gantung Di Penjara 40 Tahun Kes Bunuh Pegawai Jaip

Dua Pengikut Tuhan Harun Terlepas Tali Gantung Di Penjara 40 Tahun Kes Bunuh Pegawai Jaip

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 73 hits
PUTRAJAYA Dua pengikut Tuhan Harun terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara 40 tahun kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengu...
Siti Jamumall Tak Takut Hamil Lagi Lepas Keguguran Dapat Anak Setiap Tahun Pun Okay

Siti Jamumall Tak Takut Hamil Lagi Lepas Keguguran Dapat Anak Setiap Tahun Pun Okay

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 58 hits
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga Siti Jamumall yang mengalami keguguran pada 28 September lalu mengakui tidak serik untuk hamil lagi malah mendoakan agar dikurniakan rezeki lagi Usahawan dan personaliti media sosial itu bersam...
Kumon Blog Competition Session 2 Tahun 2024 Tantangan Kreatif Untuk Generasi Penulis

Kumon Blog Competition Session 2 Tahun 2024 Tantangan Kreatif Untuk Generasi Penulis

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 84 hits
BloggerBorneo com Kompetisi menulis blog semakin diminati oleh para blogger khususnya di Indonesia dan salah satu ajang yang ditunggu tunggu adalah Kumon Blog Competition Memasuki sesi kedua di tahun 2024 kompetisi ini mengundang partisipas...
Infinite Akan Temui Peminat Di Kuala Lumpur Untuk Konsert Ulang Tahun Ke 15

Infinite Akan Temui Peminat Di Kuala Lumpur Untuk Konsert Ulang Tahun Ke 15

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 82 hits
Ramai ni artis K Pop yang akan datang ke Malaysia Artikel Berkaitan Terbaru INFINITE telah mengumumkan tentang konsert ulang tahun ke 15 mereka yang akan bermula di Seoul pada awal Disember nanti Selain itu kumpulan itu juga akan menemui pe...
Dah Dibebaskan Netizen Minta Abah Hayat Diam Dakwa Bangga Kes Kerat 8

3 Cara Bayar Zakat Online Mudah Dan Cepat Rakyat Malaysia

Hadits Tentang Diam Saat Khutbah Jumat

Syed Saddiq Tunjuk Ajar Pn

Kota Bharu Sentral Bakal Dibina

Zionis Israel Makhluk Perosak Dunia

Penyasaran Subsidi Ron95 Penting Bagi Reformasi Fiskal Malaysia Rafizi

Mengapa Kita Perlu Melanggan Saluran Njoi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Andai Tiada Dia Slot Megadrama Astro Ria

Famili Duo 2024 Senarai Peserta Keputusan Markah Lagu Tugasan Cara Undi Format Penjurian Hadiah Dan Segala Info Musim 4

20 Cara Buang Angin Dalam Badan Dan Perut

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar


Serangan Wabak Demam Babi Afrika Gugat Ternakan Babi Di Pahang

Beza Zakat Emas Pelaburan Vs Zakat Emas Perhiasan

Yam Kesedihan

Perfect Baccarat Strategy 15 Chart To Help You Master The Gam

Nous Pouvons Vous Aider Dans L Envoi De Vos Lettres D Information

Bagaimana Asid Urik Tinggi Punca Kerosakan Jantung Dan Ginjal