Alergi Pada Kanak Kanak Kenal Pasti Punca Baru Mak Ayah Boleh Rawat Dengan Berkesan


Apabila sistem imun seorang kanak-kanak tidak dapat melindungi diri mereka daripada alergi terhadap bahan dalam makanan, debu atau perkara tertentu, ia sebenarnya adalah tindak balas yang menyebabkan mereka mempunyai alahan.
Alahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan gangguan tidur, aktiviti sosial dan di sekolah. Kanak-kanak dengan masalah ekzema iaitu situasi awal alahan paling awal boleh menyebabkan mereka cenderung untuk mempunyai alahan terhadap benda lain.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Dr Ezairy M Sallih, menyatakan mana-mana kanak-kanak boleh mengalami masalah alergi termasuklah masalah resdung. Namun, penting untuk mak ayah tahu bahawa alahan ini lebih mudah berlaku bila kanak-kanak itu sendiri mempunyai keluarga dengan sejarah alahan.
google image Tiada ibu bapa yang mahu melihat anaknya menderita. Ibu mana yang mahu melihat anaknya jatuh sakit dan hidup dengan penuh kesengsaraan. Betul?
Hakikatnya, mana-mana kanak-kanak boleh mengalami masalah alergi termasuklah masalah resdung. Namun, tahukah anda bahawa ianya lebih mudah berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai keluarga dengan sejarah alahan? Maknanya, jika anda sendiri ada masalah alahan, anak anda juga turut sama berisiko untuk mendapat masalah yang sama.
Saya faham adalah amat sukar untuk ibu bapa mengelakkan anak-anak mereka daripada terdedah kepada segala punca alahan sama ada datangnya daripada persekitaran, makanan dan sebagainya. Oleh itu, saya sering menasihatkan ibu bapa yang berjumpa saya agar lebih menumpukan perhatian kepada pemantauan gejala alahan anak-anak mereka. Pastikan bahawa semua simptom yang dialami tidak mengganggu kehidupan seharian anak-anak. Dan apa yang lebih penting, ia tidak mengganggu perkembangan IQ, EQ dan persekolahan anak-anak kita!
Jika ibu bapa mampu mengenalpasti punca alergi yang dialami oleh anak-anak, secara tidak langsung ia akan meningkatkan kualiti hidup anak anda, mengurangkan jumlah hari tidak hadir ke sekolah dan ia juga akan membantu meningkatkan lagi perkembangan akademik anak-anak anda.
Sebenarnya, ada banyak punca-punca alahan yang boleh dialami oleh anak-anak. Kebiasaan pesakit yang saya temui mengadu mengalami gejala alahan apabila mengambil sesetengah makanan seperti makanan berasaskan kacang, telur, udang, ketam, kerang, ayam dan sebagainya.
Perlu diingatkan juga bahawa setiap anak-anak ini tidak sama punca alahan yang dialami. Anda tidak boleh menganggap jika anak sulung anda alergik kepada udang, maka semua anak-anak yang lain turut mengalami alahan kepada jenis makanan yang sama. Tak sama, puan-puan…
 Punca ada di sekeliling kita  Saya senaraikan beberapa punca alahan yang boleh berlaku kepada anak-anak kita. Semoga ia boleh menjadi panduan kepada anda yang masih belum berjaya mengenalpasti apa punca alahan anak-anak anda.
Persekitaran luar : Ia boleh disebabkan oleh debunga pokok, tumbuh-tumbuhan dan habuk serta asap yang ada di luar rumah. Persekitaran dalam rumah sendiri : Ia mungkin daripada bulu binatang peliharaan kita seperti kucing contohnya. Boleh juga disebabkan hama atau habuk yang terperangkap pada sarung bantal, tilam, langsir, permaidani atau mungkin juga pada penghawa dingin kita! Makanan : Ada beberapa jenis makanan yang agak biasa dikaitkan dengan punca-punca alahan seperti kacang tanah, telur, makanan laut, coklat dan susu. Lain-lain : Selain itu, ada juga pesakit yang mudah untuk mengalami alahan apabila terdedah kepada asap rokok, asap kenderaan di luar rumah, minyak wangi dan sebagainya. Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan besar di sini. Anda perlu memantau segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak anda. Ianya termasuklah gejala seperti kerap-kerap bersin, hidung berair, kegatalan pada mata, masalah pada kulit dan ini semua biasanya berlaku kepada anak-anak yang sememangnya ada alahan terhadap sesuatu ‘allergen’ yang mereka sepatutnya tahu lebih awal lagi.
Saya sering menerima beberapa soalan daripada ibu bapa tentang bagaimana untuk kita kenalpasti bahawa anak kita ini sebenarnya sedang mempunyai gejala-gejala alahan terhadap sesuatu makanan? Adakah beberapa perkara yang perlu dilihat dan diberi perhatian?
Oleh itu, saya senaraikan beberapa simptom yang amat biasa ditemui di kalangan anak-anak kita apabila mereka sedang mengalami gejala alahan terhadap sesuatu keadaan atau makanan.
google image  Simptom anak terkena alahan Ruam kemerah-merahan pada kulit : Ini biasa berlaku kepada anak-anak kita jika mereka lebih sensitif kepada sesuatu keadaan terhadap kulitnya. Jika ini berlaku kepada anak-anak anda secara berulang kali, maka anda perlu kenalpasti apa puncanya seberapa segera yang mungkin. Gejala pada hidung : Anak-anak yang mempunyai masalah alahan juga akan mengalami simptom-simptom alahan pada hidung. Anda akan dapati anak anda kerap alami gatal-gatal pada hidung, mudah bersin-bersin dan hidung berair. Keadaan ini biasanya berlaku apabila mereka terdedah kepada ‘allergen’ yang menyebabkan masalah ini berlaku. Seboleh-bolehnya, cuba kenalpasti apa punca yang menyebabkan ia berlaku supaya masalah ini tidak terus berlarutan tanpa pemantauan rapi oleh anda. Simptom pada tekak : Pesakit biasanya akan lebih kerap bersin berpanjangan sebaik bangun tidur, terutama pada waktu pagi yang akan memberi rasa tidak selesa, gatal hidung, mata, tekak dan muka serta kahak yang mengalir di belakang tekak. Sebab itu ada ramai juga pesakit yang mengadu mengalami masalah tidak selesa dan sakit pada kawasan tekak. Simptom pada mata : Anak-anak anda bukan sahaja ada masalah pada kulit dan hidung, bahkan mereka juga boleh alami masalah gatal-gatal pada mata, mata kerap rasa kering atau kadang berair, dan ianya lebih biasa berlaku apabila mereka terdedah kepada punca alahan. Sesak nafas : Jangan dibuat main tentang masalah alahan ini. Jika ianya tidak ditangani dan dikenalpasti lebih awal, anda mungkin sengaja membiarkan anak anda terus menjalani kehidupan dengan terdedah kepada punca-punca alahan yang sebenarnya yang boleh membahayakan mereka! Ada sesetengah kes dimana jika ia gagal ditangani dengan baik oleh ibu bapa, ia boleh mengakibatkan sesak nafas yang teruk. Ada kes sehingga boleh menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam wad hospital! Masalah pada sistem pencernaan : Ada juga keadaan di mana anak anda mungkin mengalami gejala alahan dalam bentuk seperti cirit-birit dan sakit perut. Walaupun agak tidak kerap ditemui berbanding gejala-gejala lain, namun simptom ini juga perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka tahu apa permasalahan yang sedang dialami oleh anak-anak mereka. Kita perlu sedar bahawa pesakit ‘allergic rhinitis’ atau alahan resdung ini jika tidak mendapatkan rawatan yang sesuai, cecair berlendir di dalam ruang sinus akan terus berkumpul dalam ruang sinus hidung pesakit. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan lapisan mukosa membengkak dan menyekat bukaan sinus!
Jika jangkitan berlaku, cecair berlendir ini akan berubah warna menjadi lendir kehijauan atau kuning di dalam sinus. Masalah ini akan menyebabkan pesakit hilang deria bau disebabkan hidung tersumbat dan boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk seperti berat pada kawasan muka, pening kepala, dan ada kes yang memerlukan ubat antibiotik.
Ada ibu bapa yang bertanya kepada saya, bagaimana mahu memastikan bahawa gejala serta masalah ini tidak berulang? Bolehkah masalah ini hilang sampai bila-bila? Di sinilah perlunya peranan ibu bapa di rumah. Pastikan anda berjaya kenalpasti apa punca yang menyebabkan anak-anak anda dapat simptom alahan ini. Ianya mungkin daripada makanan, persekitaran, habuk, hama dan sebagainya. Setelah punca alahan ini berjaya dikenalpasti, maka elakkan. Saya percaya masalah ini akan selesai atau sekurang-kurangnya akan lebih mudah untuk ditangani jika punca alahan ini berjaya dikenalpasti dengan lebih awal lagi.
Ada banyak sebenarnya rawatan yang boleh dilakukan di hospital bagi memastikan masalah ini tidak terus berlarutan dan berjaya ditangani dengan baik.
Untuk langkah awal, kami di klinik telinga, hidung dan tekak akan menasihatkan pesakit untuk menjalani ujian ‘allergy skin test’. Melalui ujian ini, doktor akan melakukan ujian kepada pesakit. Ada lebih 40 ‘allergen’ akan disuntik ke kulit pesakit bagi mengenalpasti punca alahan pesakit tersebut. Setelah lebih dua puluh minit, doktor akan membaca keputusan berdasarkan tindak balas yang berlaku pada kulit pesakit.
Melalui ujian ini biasanya pesakit akan mengetahui apakah punca-punca alahan yang mereka sedang alami. Pastinya, mereka akan berjaya mengelakkan semua punca-punca tersebut selepas itu dan masalah alahan yang dialami selama ini akan berjaya dikawal dengan lebih baik.
Selain menjalani ujian yang saya sebutkan tadi, kami juga akan melakukan pemeriksaan kepada pesakit. Bagaimana struktur dalam hidung tekak, mulut, telinga, mata dan kulit pesakit. Jika masalah alahan pada hidung yang dialami amat mengganggu pesakit, mereka boleh dibantu dengan ubat ‘intranasal steroid’ yang bertujuan untuk mengurangkan tindak balas inflamasi pada dalam hidung dan seterusnya boleh membantu pesakit mengawal masalah yang dialami.
Pembedahan kecil juga akan ditawarkan jika ubat yang diberi tidak mampu merawat bagi mengecilkan bahagian dalam hidung (turbinet).
Masalah seperti gatal-gatal pada hidung dan mata boleh juga dibantu dengan memberi ubatan seperti ‘oral antihistamine’. Ubat-ubat ini perlulah diambil dengan pemantauan dan selepas pesakit mendapat pemeriksaan daripada doktor di klinik atau hospital terdekat.
Sebagai pesanan terakhir daripada saya, sayangilah anak-anak kita. Jangan biarkan masalah kesihatan yang dialami mereka berterusan tanpa pemantauan baik daripada kita sebagai insan yang paling dekat dengan mereka. Ingatlah bahawa anak-anak ini adalah anugerah yang tidak ternilai untuk kita.
Semoga kita semua diberi kesihatan berpanjangan dan sentiasa duduk di bawah limpahan rahmat dan kebahagiaan milikNya.
 Sumber: Dr Ezairy M. Sallih
The post Alergi Pada Kanak-kanak, Kenal Pasti Punca Baru Mak Ayah Boleh Rawat Dengan Berkesan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/alergi-pada-kanak-kanak-kenal-pasti-punca-baru-mak-ayah-boleh-rawat-dengan-berkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

Gigi Baru Nak Tumbuh Kadang Kadang Boleh Demam Anak Mak Ayah Diingatkan Supaya Rajin Angkat Bibir Baby

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 1068 hits
Setiap daripada pasangan yang baru sahaja dikurniakan dengan cahaya mata pastinya akan mula tertanya tanya pada umur berapakah gigi bayi mereka akan tumbuh Ini kerana ada diantara ibu bapa ini yang tiada pengalaman serta kepakaran untuk men...
Pasca Prk Ph Akan Kenal Pasti Punca Penolakan Rakyat

Pasca Prk Ph Akan Kenal Pasti Punca Penolakan Rakyat

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 255 hits
Segala masalah dan kelemahan Pakatan Harapan dalam setahun setengah memerintah negara akan dikenal pasti berikutan penolakan rakyat di pilihan raya kecil Tanjung Piai minggu lepas Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad berkata demikian usai mensy...
Jemput Tok Mak Dan Tok Ayah Dari Bandung

Jemput Tok Mak Dan Tok Ayah Dari Bandung

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 312 hits
Malam ini kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 untuk sambut ketibaan Tok Mak dan Tok Ayah dari Bandung Kapal terbang tiba jam 9 malam dan lebih 30 minit kami menunggu di Balai Ketibaan almaklumlah bahawa kedudukan dari parki...
4 Jenis Suhu Badan Anak Mak Ayah Kena Ambil Tahu Tanda Tanda Demam Risiko Sawan Jika Diabaikan

4 Jenis Suhu Badan Anak Mak Ayah Kena Ambil Tahu Tanda Tanda Demam Risiko Sawan Jika Diabaikan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 686 hits
Sebagai ibu bapa sudah semestinya menginginkan anak anak dalam keadaan yang sihat Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka terus sakit tanpa ada sebarang rawatan Anak ni kalau demam tak kira orang awam mahupun kami di lapangan medika...
Kedekut Dengan Mak Ayah Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Bergaji Puluhan Ribu Sebulan

Kedekut Dengan Mak Ayah Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Bergaji Puluhan Ribu Sebulan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 348 hits
Ibu bapa adalah orang yang paling ikhlas didalam melunaskan tanggungjawab dan keperluan anak anak Tidak pernah mendengar keluhan mereka didalam membesarkan anak anak Mahu makan apa Insya Allah akan cuba mereka penuhi Inginkan keperluan seko...
Baru Aku Tahu Kenapa Kerajaan Tidak Boleh Haramkan Arak

Baru Aku Tahu Kenapa Kerajaan Tidak Boleh Haramkan Arak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 1397 hits
Itu hanya sebahagian keratan akhbar tentang kematian yang diakibatkan oleh pemandu mabuk Sebenarnya masih banyak lagi kematian yang terjadi kerana pemandu mabuk dan kematian ini tidak akan berhenti sampai bila selagi arak tidak diharamkan P...
Kalau Tak Pisah Tempat Tidur Anak Dari Awal Sampai Besarlah Si Kecil Asyik Selinap Masuk Bilik Mak Ayah

Kalau Tak Pisah Tempat Tidur Anak Dari Awal Sampai Besarlah Si Kecil Asyik Selinap Masuk Bilik Mak Ayah

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 487 hits
Anak anak yang masih kecil memang selalunya akan tidur dalam bilik yang sama Bersama ibu dan ayah Persoalannya bilakah waktu yang sesuai untuk mula asingkan tempat tidur anak anak supaya mereka tak manja sangat dan boleh tidur sendiri tanpa...
Bila Mak Ayah Tahu Anak Kita Bukan Milik Kita Sayang Tegas Akan Seimbang

Bila Mak Ayah Tahu Anak Kita Bukan Milik Kita Sayang Tegas Akan Seimbang

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 407 hits
Sikap tegas mak ayah bertukar garang sebenarnya kerana emosi Jika diikutkan tegas dan garang sangatlah ketara bezanya Dalam kamus istilah tegas bererti jelas terang dan lantang Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau mar...
Ini 6 Menu Kampung Yang Boleh Sebabkan Korang Rindukan Mak

Ini 6 Menu Kampung Yang Boleh Sebabkan Korang Rindukan Mak

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 340 hits
Sesekali hujung minggu cari ikan darat lepas tu masak pulak dengan menu tradisi kampung pasti tidak mengecewakan rasa Ia bukan hanya sedap tetapi boleh mengundang nostalgia zaman dulu dulu Terbayang sedapnya masak pindang pais dan asam rebu...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation