Album Memang Wajib Jurufoto Kongsi Tips Jenis Gambar Yang Perlu Ada Dalam Album Perkahwinan
Gambar merupakan perkara penting bagi sebuah perkahwinan kerana ia merupakan memori terindah untuk dijadikan kenangan. Malahan, ia juga boleh dikongsikan dengan anak cucu dikelak hari.
Bukan itu sahaja, dalam merancang majlis perkahwinan, mengupah jurugambar merupakan slaah satu perkara penting dalam ‘cheklist’ majlis perkahwinan.
Ikuti perkongsian daripada jurufoto perkahwinan, Hafizaquafiz di bebenang di laman Twitter mengenai keperluan yang perlu ada dalam sesebuah album perkahwinan.
Jelasnya, gambar-gambar yang dimuatnaiknya ini adalah terdiri daripada gambar indoor dan outdoor. Gambar outdoor jelas menunjukkan lokasi itu diambil serta gambar indoor pula selalunya untuk keluarga.
1. Mood & Jiwa
Kenapa hitam putih? Gambar hitam putih menyah-hilangkan warna yg merupakan priority besar dlm sesebuah gambar.
Alasannya; untuk memberi fokus pada mood, jiwa serta emosi sesuatu gambar lebih berbanding warna yg terdapat didalam sesuatu gambar.
2. Seleksi ‘Hijau’
Yang ni adalah situasi lazim outdoor dimana pemilihan lokasi lazimnya kawasan taman. Sebelum anda (baca: photog) judge knp baju hijau shot dekat bagi hijau jugak (gambar 1st), itu sebenarnya permintaan pengantin.
Tips: bagi begini sesuai untuk warna selain hijau
Amaran: Tolong baca jika anda;
1. Bakal pengantin
2. Jurufoto baharu
3. Preparation
Gambar bersiap ini bukanlah wajib. Ianya diambil lazimnya atas permintaan pengantin & perbincangan bersama. Namun waktu nilah waktu ‘ice breaking’ antara pengantin dan official photographer (OP).
Juga waktu dimana OP bebas meraikan karya untuk produce gambar yang baik.
4. Emosi & Jiwa
Ini adalah favourite part aku dimana aku sering hunt photo2 sebegini dlm sesebuah majlis. Baik secara spontan ataupun staged. Tapi ya, momen spontan yang hadir dalam sesebuah majlis nampak lebih tulus dan bermakna buat pengantin sebenarnya.
5. Permainan Komposisi
Biasanya gambar-gambar begini dikaitkan dgn rules2 photography. Aku bukan budak photo tau, aku budak bio hahahha! Main bedal je sebenarnya. Tapi ya, basic rules mcm RO3 dan sabagainya dipraktikkan dalam gambar-gambar sebegini supaya compo sesuatu gambar tu nampak menarik.
6. Gambar ‘modal’ & Wajib
Ha gambar-gambar begini dikatakan wajib bagi aku dan kebanyakan photographer lain juga. Contohnya gambar kucupan dahi, mata bertentang mata, bersalaman dan details hand bouquet.
Gambar-gambar begini wajib ada lah senang ceritanya. Tapi..yang menjadikan gambar wajib ini lebih manis adalah pengantin & ayat-ayat yang dihamburkan OP itu sendiri semasa shot.
Yelah nak dapat seyuman yang on point, kau kene usik sikit pengantin tu dik! Bisikan semerdu “yusuffff taiyoooooob” ke telinga pengantin amat diperlukan bagi merangsang emosi mereka!
9. Moments
Gambar momen spontan sepanjang majlis amatlah besar nilainya didalam sesebuah album perkahwinan. Apabila dilihat semula, Ia dapat membawa terbang terus kehari majlis mereka biarpun majlis sudah lama berlalu.
Tips to be alert: OP perlu alert & mainkan sedikit momen shot ni dengan permainan komposisi supaya gambar bukan sekadar gambar.
8. Minimal
Gambar-gambar sebegini menitikberatkan komposisi subject supaya blend in well dgn background tempat shot.
Tips: placement subject (pengantin) sebaiknya pada posisi RO3 bagi memberi impak pada gambar.
Harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Sumber: Hafizaquafiz
The post “Album Memang Wajib,” Jurufoto Kongsi Tips Jenis Gambar Yang Perlu Ada Dalam Album Perkahwinan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/26/album-memang-wajib-jurufoto-kongsi-tips-jenis-gambar-yang-perlu-ada-dalam-album-perkahwinan/