Comelnya Rambut Pun Lebat Macam Kakak Hayla Wawa Kongsi Gambar Anak Ketiga
Dua minggu melahirkan anak ketiga, pelakon Wawa Zainal mendedahkan wajah puteri kesayangannya, Aya Soffya selepas bersalin 1 Disember lalu.
Menerusi laman Instagram, beberapa gambar ‘photoshoot’ wajah anak ketiganya itu dikongsi kepada umum sehingga mendapat pujian dari peminatnya selepas melihat kecomelan Soffya.
View this post on Instagram
Assalamualaikum semua… nama saya aya soffya binti aeril zafrel
Saya d lahir kan pada 1.12.19 sehari sebelum besday ayah saya.. berat saya 2.86 masa lahir .. muka saya mcm kakak hayla
A post shared by Aya Soffya & Sibs (@ayyasoffya) on Dec 12, 2019 at 7:55pm PST
“Assalamualaikum semua”
“Agak2 muka macam siapa?” Ramai yang kata muka saya macam kakak Hayla.
Melihat kecomelan anak Wawa ini, ramai yang teruja dan geram dengan pipinya di samping kulit yang putih melepak serta rambut yang lebat.
Selain teruja, tak kurang juga yang mendoakan Soffya membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah kepada kedua ibu bapa.
View this post on Instagram
Satu gambar dgn masa depan saya
. Aunties yg suka makeup jgn lupa dpt kan set soffya & hayla tau
@wawacosmeticshq
A post shared by Aya Soffya & Sibs (@ayyasoffya) on Dec 13, 2019 at 10:06pm PST
Wahh comelnya!
Sementara itu, Wawa masih tak percaya yang dia dan Aeril Zafrel dah mempunyai tiga anak.
Bagaimanapun menurut Wawa, Aeril minta untuknya menambah satu lagi anak dan teringin untuk anak lelaki.
View this post on Instagram
Tak sangka da ada anak 3 dua ketul tu
@aeril_zafrel request dia nak tambah 1 lagi lelaki.. tapi igt kan kesakitan nak beranak tu ya Allah
kali ni beranak paling xbole lupa.. sakit dia betul2 hujung nyawa rasa
tapi bila si kecil ni keluar lega dia tu subhanallah.. lain anak lain experiences kan? Tapi kata org beranak baby girl sakit dia lain macam betul ke??
A post shared by Wawa Zainal
(@w4w4_zainal) on Dec 13, 2019 at 2:07am PST
Tapi ingatkan kesakitan nak beranak tu Ya Allah sakitnya. Bersalin kali ini paling tak boleh lupa. Sakit dia betul-betul rasa hujung nyawa. Tapi bila tengok baby keluar leganya tu Subhanallah!
“Betullah orang kata, lain anak, lain pengalamannya kan? Ada juga yang kata lahirkan baby girl sakit dia lain macam. Betul ke?,” tanya Wawa pada pengikutnya.
Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel turut membuka akaun rasmi Aya yang kini mencecah lebih 179,000 pengikut Instagram.
View this post on Instagram
our #wawabundleofjoy @ayyasoffya .. more photos on her ig hehehe . Mcm muka siapa agak2?
A post shared by Wawa Zainal
(@w4w4_zainal) on Dec 12, 2019 at 7:40pm PST
Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua lagi anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Sumber : ig Wawa Zainal , Aya Soffya
The post Comelnya, Rambut Pun Lebat! Macam Kakak Hayla. Wawa Kongsi Gambar Anak Ketiga appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/comelnya-rambut-pun-lebat-macam-kakak-hayla-wawa-kongsi-gambar-anak-ketiga/