Alatan Dan Barangan Yang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana
Boleh dikatakan setiap rumah atau keluarga perlu memiliki satu beg kecemasan. Kita tidak tahu bencana atau malapetaka luar akan datang.
Barangan Wajib Ada Dalam Beg Kecemasan
Seperti apa yang tertera pada pistol Jason Statham dalam The Mechanic, Prepares Loves Victory.
Persediaan Awal Menghadapi Bencana
Persediaan awal menghadapi bencana mengurangkan sedikit panik dan tekanan ketika berada dalam bencana.
Bencana yang dimaksudkan adalah seperti banjir besar, tanah runtuh, ribut, puting beliung dan banyak lagi kemungkinan yang mungkin kita tidak jangka.
Beg kecemasan cukup penting ketika ini, ia mungkin boleh menjadi penyelamat atau sekurangnya memudahkan urusan.
Barangan Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana
Namun, apakah barangan yang perlu ada dan perlu dibawa di dalam beg keselataman bencana ?
1. Dokumen Penting
Kad pengenalan, lesen memandu, passport, surat beranak, apa apa geran atau kepentingan diri dan harta dikategorikan sebagai dokumen penting.
Sebaiknya simpan dokumen-dokumen ini dalam satu plastik lutsinar kalis air atau susah untuk koyak.
2. Alatan Komunikasi
Cukup penting masa kini untuk berhubung dengan anggota keselamatan, mencari bantuan dan mencari lokasi selamat. Apalagi mencari famili dan saudara mara yang terputus hubungan.
Telefon bimbit, bateri telefon bimbit ekstra, powerbank, kabel dan alatan penyambungan adalah penting untuk komunikasi.
Apalagi apabila bencana contohnya banjir, elektrik akan gagal berfungsi untuk keselamatan.
3. Kit Kecemasan dan Kit Ubatan
Barangan yang lebih dikenali sebagai first aid kit ini amat penting. Bencana boleh mengakibatkan kecederaan dan risiko untuk cedera.
Anduh, plaster luka, ubat luka, ubat sapu, paracetamol (tahan sakit), ubat batuk antara alatan dan ubatan yang wajib dibawa dalam kit perubatan.
4. Makanan Tahan Lama
Mudah difahami adalah makanan askar. Makanan dan minuman yang sering dibawa oleh askar ketika dalam hutan.
Pastikan makanan ini tahan lama, banyak sahaja makanan sebegini sekarang. Air mesti mencukupi.
5. Pakaian, Kasut, Selimut
Pakaian lebih namun untuk kegunaan sahaja tidak perlu banyak pasang. Beberapa kain jika berlaku kecederaan. Selimut untuk menghadapi kesejukan atau untuk membuat hamparan alas tidur.
Baju hujan atau seluar taktikal adalah lebih baik juga untuk dibawa.
Sekadar mencukupi bukan untuk berfesyen.
6. Wisel
Wisel merupakan alatan telekomunikasi alternatif apabila sukar dilihat atau tersembunyi.
Memudahkan anggota keselatan atau sukarelawan menemui anda atau anda sudah terlampau letih sekadar mampu menghembuskan nafas ia cukup berguna.
7. Lampu Suluh
Cukup penting sebagai alatan perhubungan selain dari memberi cahaya kepada risiko sekeliling.
Jika anda pandai menggunakan kod morse melalui cahaya lagi baik.
Boleh juga digunakan sebagai senjata, apalagi jika ada lampu suluh panjang kegunaan security guard.
8. Wang Tunai
Mungkin nampak tidak berguna ketika kecemasan namun ia masih berguna jika memerlukan anda membuat bayaran.
Apalagi meminta bantuan dari mereka yang agak berkira untuk menolong.
Mungkin jika anda ada banyak wang kertas boleh dijadikan sebagai pemula api.
9. Pemetik Api
Bukan untuk merokok tetapi sebagai persediaan jika ketiadaan lampu suluh. Mungkin berguna untuk ikhtiar hidup untuk sementara waktu sebelum di selamatkan jika keadaan bertambah buruk.
10. Pisau/Benda Tajam
Penulis tidak menyarankan namun sebagai langkah berjaga-jaga sahaja. Akan berguna ketika terdesak. Namun, jika bencana yang dialami tidak begitu serius barangan ini tidaklah diperlukan.
Saiz Beg Kecemasan Bencana
Dari segi saiz, penulis boleh cadangkan beg bersaiz sekitar 30L-45L. Saiz ini adalah dalam julat saiz sederhana dan tidaklah sebesar mereka yang ingin mendaki gunung everest dan lebih menjimatkan ruang.
Saiz ini juga sesuai untuk jangka masa kegunaan sekitar dua dan tiga minggu. Mengikut kesesuaian.
Lebih baik jika beg kalis air seperti jenama Hypergear dan yang tahan lasak seperti jenama Karimorr.
Dahulukan Barangan Penting Dalam Beg Kecemasan Bencana
Ini adalah antara barangan yang boleh dimasukkan dalam beg kecemasan bencana anda. Ikut keadaan dan situasi bencana yang dihadapi. Apa yang penting dokumen diri, makanan/minuman dan alatan komunikasi adalah barangan utama yang perlu ada dalam beg kecemasan ini.
Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan, maka sebelum panik ditimpa bencana mungkin setiap famili perlu ada satu beg kecemasan dengan alatan yang disebutkan di atas.
Anda fikir anda tahu Alatan dan Barangan yang Perlu Ada Dalam Beg Kecemasan Bencana ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2022/12/alatan-dan-barangan-yang-perlu-ada.html