Cara Memberi Bantuan Kecemasan Mangsa Lemas


  Sewaktu musim banjir ini, perkara yang paling dikhuatiri adalah kehilangan nyawa akibat lemas. Bantuan kecemasan yang betul kepada mangsa lemas boleh mengelakkan perkara itu.   Apakah perlu dilakukan jika terlihat ada mangsa sedang kelemasan di dalam air?   Nilai Tahap Bahaya Perkara pertama yang anda harus lakukan sebelum membantu adalah menilai tahap bahaya. Nilai sama ada keadaan adalah selamat untuk anda masuk ke dalam air, dan anda mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk membantu.   Jika keadaan air tidak selamat, atau anda tidak mahir berenang dan menyelamat, maka segera dapatkan bantuan segera. Boleh hubungi talian 999 untuk dapatkan panduan dan bantuan kecemasan dari anggota terlatih.   Sementara menunggu, cuba untuk mencapai mangsa dari tempat yang selamat, seperti bot atau pantai. Jika anda tidak dapat mencapainya, lemparkan mereka alat pelampung atau tali untuk membantu mereka tetap terapung.   Periksa Pernafasan Setelah mangsa dikeluarkan dari air dan dapati tidak sedarkan diri, dongakkan kepala mangsa, periksa mulut dan salur pernafasan. Gunakan jari untuk mengeluarkan sebarang objek pepejal yang menyekat saluran pernafasan.   Palingkan mangsa ke posisi mengiring untuk mengeluarkan cecair yang berkemungkinan berada di dalam mulut, dan salur pernafasan. Lihat selama 10 saat. Jika mangsa tidak bernafas, mulakan prosedur CPR dengan segera.   Jika anda tidak terlatih dalam melakukan prosedur CPR, cuba cari sesiapa yang terlatih atau hubungi talian 999 untuk dapatkan panduan bantuan kecemasan dan CPR dari anggota terlatih melalui telefon.   Prosedur CPR Mangsa Lemas Prosedur CPR adalah lebih berkesan dan selamat jika ia dilaksanakan oleh individu terlatih. Prosedur ini boleh menyebabkan kecederaan pada pelaksana dan mangsa jika dilakukan menggunakan teknik yang salah.   Berikut adalah ringkasan prosedur CPR: - Berikan tekanan dada selaju 100 tekanan/minit. - Kedalaman tekanan dada hendaklah lebih 5cm. - Setiap 30 tekanan dada, buat 2 pernafasan mulut-ke-mulut/BVM (nisbah 30:2) - Setiap pernafasan, hendaklah sekitar 1 saat - Setelah CPR 2 minit periksa nafas dan nadi - Sambung CPR jika masih tiada nafas atau nadi - CPR sehingga bantuan tiba atau pesakit bernafas   Andai kata anda tidak berhasrat untuk melakukan pernafasan mulut-ke-mulut, langkau(skip) sahaja langkah itu. Hanya teruskan tekanan dada. Jika anda kepenatan, minta bantuan orang lain untuk sambung prosedur CPR.   Pantau Mangsa Setelah CPR Setelah mangsa boleh bernafas sendiri, letak mangsa dalam posisi mengiring ke kiri. Pantau pernafasan mangsa sehingga mangsa sedar. Jika mangsa berhenti bernafas semula, maka mulakan semula prosedur CPR.  Mangsa yang telah berjaya diselamatkan perlu diselimutkan tubuhnya untuk mengelakkan mangsa mengalami hipotermia(suhu badan terlalu rendah). Mangsa juga perlu ditenangkan, diberi ruang dan tidak terlalu diganggu.   Tunggu hingga ambulans atau petugas kesihatan tiba. Mangsa lemas perlu diperiksa oleh doktor walaupun telah sedar dan bernafas sendiri. Ini kerana mangsa lemas boleh mengalami beberapa komplikasi. Pemeriksaan lanjut diperlukan.   Oleh: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2022/12/jxg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Treler Trak Pikap Dari Permatang Pasir Hantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kelantan Dan Terengganu

13 Treler Trak Pikap Dari Permatang Pasir Hantar Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kelantan Dan Terengganu

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 156 hits
Sebanyak tiga treler dan 10 trak pikap dilepaskan dari Permatang Pasir semalam dalam misi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata misi bantuan itu mendapat sokongan beberapa NGO termasuk Am...
Bantuan Rm1 000 Kir Mangsa Banjir Kelantan Amp Terengganu

Bantuan Rm1 000 Kir Mangsa Banjir Kelantan Amp Terengganu

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 170 hits
Ketua Isi Rumah yang mengalami bencana banjir di Kelantan dan Terengganu akan memperoleh bantuan sebanyak RM1 000 daripada kerajaan persekutuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tersebut bagi bantuan itu bagi memb...
Mb Terengganu Umum Bantuan Tunai Dan Baiki Rumah Mangsa Banjir

Mb Terengganu Umum Bantuan Tunai Dan Baiki Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 201 hits
MB Terengganu umum bantuan tunai dan baiki rumah mangsa banjirBantuan wang tunai akan disalurkan kepada mangsa banjir yang terjejas di Terengganu baru baru ini umum Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu berkata mangsa...
Walaupun Pm Anwar Diperlekeh Ramai Pengundi Pantai Timur Tapi Kerajaan Perpaduan Tetap Segerakan Bantuan Mangsa Banjir

Walaupun Pm Anwar Diperlekeh Ramai Pengundi Pantai Timur Tapi Kerajaan Perpaduan Tetap Segerakan Bantuan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 216 hits
FAZLI RADZIKerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur meskipun diperlekeh ramai pengundi di sana Itu antara pendapat orang ramai susulan pengumuman A...
Kanak Kanak 2 Tahun Mangsa Banjir Termuda Meninggal Dunia Ditemui Lemas Selepas Hanyut

Kanak Kanak 2 Tahun Mangsa Banjir Termuda Meninggal Dunia Ditemui Lemas Selepas Hanyut

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 159 hits
Kanak kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan lemas di kawasan rumahnya yang dinaiki air di Kampung Apal Besut semalam Mangsa Nur Hilwa Edrea Mohd Haris Zaifan disedari terjatuh kira kira 3 petang sebelum ditemui tidak bernyawa oleh pen...
Terkini Permohonan Bantuan Kewangan Rm3 920 00 Pelajar Kolej Komuniti Ini Cara Mohon

Terkini Permohonan Bantuan Kewangan Rm3 920 00 Pelajar Kolej Komuniti Ini Cara Mohon

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 172 hits
Terkini Permohonan Bantuan Kewangan RM3 920 00 Pelajar Kolej Komuniti Ini Cara Mohon Di situasi ekonomi kini adalah merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi rakyat Malaysia terutama bagi pelajar pelajar Malaysia yang telah memasuki sama...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien