Alat Sulitnya Mungkin Cacat Kekal Bengkak Bernanah Selepas Disunat Ibu Tuntut Doktor Klinik Bertanggungjawab




Ibu kepada empat anak, kesal alat sulit anaknya bengkak selepas dikhatan di sebuah klinik dan kini meminta pihak berkenaan bertanggungjawab. 


Rosnah Musa, 35, dari Taman Seri Melur, Ayer Tawar, Perak, berkata, anaknya, Muhammad Adly Hadi Adzrul Effendi, 8, mengalami bengkak yang serius di bahagian alat sulitnya dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Ipoh sejak 18 Disember 2020. 


Difahamkan, Adly sebelum itu berkhatan menggunakan kaedah 'klamp' di sebuah klinik swasta di Seri Manjung pada 13 Disember 2020. Pada hari pertama dan kedua, alat sulit Adly didapati berubah saiznya kepada lebih pendek berbanding asal, selain kepala zakarnya senget ke kiri. 


Adly juga kerap mengadu sakit, berasa takut dan menangis ketika mahu membuang air kecil membuatkan Rosnah dan suaminya risau tetapi masih bersangka baik.


Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila Rosnah mendapati alat sulit anaknya bengkak dan berdarah pada malam ketiga selepas klip tersebut ditanggalkan pada pagi 16 Disember di klinik tersebut. Doktor kemudian memberi ubat tetapi alat sulit Adly tidak menunjukkan perubahan positif, sebaliknya ia menjadi semakin bengkak dan bernanah. 


Melihat keadaan itu dan alat sulit Adly semakin tenggelam, pasangan itu terus membawa anak mereka ke Hospital Seri Manjung untuk menjalani pemeriksaan. 


Doktor mendapati alat sulit Adly tenggelam dan bahagian kulit habis dipotong. Doktor terpaksa membius Adly bagi membolehkannya membersihkan darah beku pada keesokan hari, 17 Disember 2020. 


Memandangkan luka yang dialami tidak sembuh, Adly dipindahkan ke Hospital Ipoh untuk pembedahan menampak kulit alat sulitnya. Pasangan itu difahamkan, walaupun alat sulit anaknya sembuh, Adly mungkin perlu menjalani pembedahan dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi. 


"Satu lagi kemungkinan adalah alat sulitnya cacat kekal dan sudah tentu kami bimbang memikirkan masa depannya apabila dewasa nanti. Kami sudah pergi bersemuka dengan doktor berkenaan, namun dia hanya berdiam tanpa memberi alasan dan jawapan menyakinkan," kata Rosnah. 


Pada masa ini, Adly katanya masih trauma dan akan menjalani satu lagi pembedahan. Bapa Adly juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Sitiawan untuk siasatan dan tindakan lanjut. 


Insiden yang menimpa Adly itu dimuat naik di Facebook. Rosnah berkata, dia tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi hanya sekadar meluahkan rasa kekesalannya dan berharap apa yang berlaku pada Adly menjadi pengajaran kepada semua terutamanya golongan ibu bapa agar berhati-hati. 


Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/12/alat-sulitnya-mungkin-cacat-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alat Sulit Anak Bengkak Selepas Khatan Kulit Habis Dipotong

Alat Sulit Anak Bengkak Selepas Khatan Kulit Habis Dipotong

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 501 hits
Saya dan suami kesal dengan apa yang berlaku serta menuntut pihak klinik supaya bertanggungjawab luah ibu empat anak Rosnah Musa Rosnah 35 yang menetap di Taman Seri Melur Ayer Tawar Perak memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisah a...
Hiburan Terkena Serangan Asma Ibu Ali Puteh Kini Bergantung Alat Bantuan Pernafasan Dan Ditidurkan

Hiburan Terkena Serangan Asma Ibu Ali Puteh Kini Bergantung Alat Bantuan Pernafasan Dan Ditidurkan

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 274 hits
Ibu kepada pelawak Ali Puteh Sabariah Arshad dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Selayang pada malam Khamis lalu akibat serangan asma Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ali Puteh menerusi akaun Instagramnnya semalam Ali Puteh ata...
Jangan Tipu Jangan Aniaya Petugas Barisan Hadapan Dr Noor Hisham Kecewa Selepas Seorang Doktor Dijangkiti Covid 19

Jangan Tipu Jangan Aniaya Petugas Barisan Hadapan Dr Noor Hisham Kecewa Selepas Seorang Doktor Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 314 hits
256 total views 256 views today Baru baru ini berlaku satu lagi kes pesakit COVID 19 tidak bertanggungjawab yang sanggup menipu pihak hospital bahawa dirinya sihat Sikap pesakit tersebut telah mengakibatkan salah seorang doktor yang merawat...
Ibu Hamil 9 Bulan Meninggal Dunia Selepas Ditolak 7 Hospital Yang Enggan Membantunya Bersalin

Ibu Hamil 9 Bulan Meninggal Dunia Selepas Ditolak 7 Hospital Yang Enggan Membantunya Bersalin

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 272 hits
Sulawesi Selatan Hasrat seorang wanita hamil untuk bersalin tidak kesampaian apabila usaha suami dan keluarganya menghantar dia ke beberapa hospital ditolak sehingga menyebabkan ibu hamil itu meninggal dunia Menurut keluarga mangsa tujuh ho...
Penyebab Ini Mungkin Buat Kamu Rasa Sakit Selepas Hubungan Seks

Penyebab Ini Mungkin Buat Kamu Rasa Sakit Selepas Hubungan Seks

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 275 hits
Melakukan hubungan seks tidak sepatutnya membuatkan kamu berasa sakit sama ada semasa atau selepasnya Tetapi hanya seorang daripada tiga wanita akan berasa sakit selepas melakukan hubungan seks Kebiasaannya kamu akan berasa sakit dan bengka...
Begini Cara Mandi Bunga Bagi Menguatkan Semangat Amp Keyakinan Ibu Selepas Bersalin

Begini Cara Mandi Bunga Bagi Menguatkan Semangat Amp Keyakinan Ibu Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 257 hits
Disebabkan oleh tempoh perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini ia mungkin menyukarkan anda untuk keluar mendapatkan perkhidmatan bagi sesi memanjakan diri setelah tamat berpantang Justeru kami kongsikan cara mandi bunga yang betul dan ama...
Doktor Saya Rasa Perut Kena Belah Ibu Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Bersalin Czer Anak Ke 2

Doktor Saya Rasa Perut Kena Belah Ibu Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Bersalin Czer Anak Ke 2

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 621 hits
Bersalin secara normal atau pembedahan Czer kedua duanya tetap sakit Bukan mudah nak melahirkan bayi pengalaman sakit contraction diseluk untuk memeriksa bukaan vagina ditambah pula kesan jarum dan ubat ubatan Tak tergambar rasa sakitnya se...
Temubual Pertama Da I Syed Selepas Keluar Pusat Tahanan Tak Sabar Nak Balik Makan Dengan Ibu

Temubual Pertama Da I Syed Selepas Keluar Pusat Tahanan Tak Sabar Nak Balik Makan Dengan Ibu

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 264 hits
PENDAKWAH muda Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful cukup tenang ketika ditemui selepas dilepaskan dengan ikat jamin di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Selasa Menerusi pertemuan singkat dengan mStar Syed Shah Iqmal atau Da i Syed berk...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik