Alasan Darurat Untuk Pinda Akta Akta Apa Yang Dipinda Selepas Sebulan



Rakyat tertanya-tanya apakah tujuan sebenar perintah darurat dikuatkuasakan ke seluruh negara sejak 12 Januari lalu.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah memberi alasan proklamasi darurat adalah bagi meminda beberapa akta untuk memerangi pandemik Covid 19 yang kononnya tidak boleh dilakukan dalam sidang Parlimen seperti biasa.
Namun menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh selepas sebulan perintah darurat, jelas kelihatan akta yang sedia ada dapat digunakan secara efektif tanpa perlu apa-apa pindaan dibuat .
“Saya menyambut baik perkembangan yang diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) baru-baru ini. Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Haji Yusof, sebanyak 15 tapak binaan telah diarah tutup oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat 15 Februari.
“Tindakan mengeluarkan notis berhenti kerja terhadap 15 tapak kerana didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ini adalah wajar
“Tambahan lagi, kemungkinan penularan dalam masyarakat awam daripada kluster ini adalah tinggi memandangkan lokasi tapak dan penempatan pekerja yang berdekatan dengan tempat awam. Untuk rekod, sejak 20 September 2020 hingga 12 Februari lepas, 61.85% daripada 852 kluster ialah kluster tempat kerja.
“Bagaimanapun dengan tindakan terbaharu ini, timbul persoalan apa perlunya negara diletak di bawah perintah darurat untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446 seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri pada 4 Februari lalu, sedangkan CIDB boleh arahkan penutupan tapak binaan (dengan mudah)?” soalnya dalam satu kenyataan.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu lagi, jika kerajaan masih berminat mahu meminda Akta 446 berkenaan mengapakah sehingga selepas sebulan perintah darurat tiada satu pun pindaan dibuat.
“Jika pun pindaan akta mahu dilakukan di bawah kuasa darurat mengapa akta belum dipinda sehingga sekarang, setelah lebih sebulan perintah darurat berkuatkuasa? Di mana tindakan kesegeraannya?” tanya Syed Ibrahim lagi
Oleh itu, tambah beliau, jelas perintah darurat tidak diperlukan dalam menangani Covid. Malah sekiranya kerajaan PN menuruti nasihat pakar-pakar perubatan wabak berkenaan sudah pun dapat dikawal tanpa perlu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan secara berpanjangan.
“Seperti yang disarankan oleh Presiden Persatuan Pakar Perubatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, tindakan tegas, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang harus dipraktikkan. Menurut beliau, faktor majikan yang memikirkan keuntungan tanpa mempedulikan kesihatan dan keselamatan pekerja menjadi antara punca penularan Covid tidak dapat dikekang.
“Sebagai contoh krisis penularan wabak Covid-19 di Kilang Top Glove yang pernah menjadi penyumbang terbesar pada kes positif wajar diberi perhatian. Masih wujud banyak majikan dan tempat kerja yang tidak menitikberatkan prosedur pematuhan SOP. Umum memahami keperluan pembukaan sektor perkhidmatan dan penghasilan, namun langkah pencegahan dan SOP wajib digariskan dengan kemas dan jelas.
“Saya percaya, sekiranya anggota kabinet, Menteri dan Timbalan Menteri benar-benar memikirkan soal kebajikan rakyat dan halatuju negara berbanding bermain politik dan kuasa, masih banyak ruang dan jalan yang wajar dirintis. Kaedah dan panduan dari negara yang berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 juga harus dilazimi,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31502

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Perlu Darurat Jika Mahu Pinda Undang Undang

Tidak Perlu Darurat Jika Mahu Pinda Undang Undang

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 178 hits
Alasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa proklamasi darurat penting untuk meminda undang undang dipertikaikan oleh banyak pihak Bagi Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh pindaan akta akta yang disebut dalam perutusan PM semalam ...
Pinda Akta Hukum Pengguna Media Sosial Lapuk Keterlaluan Shamsul

Pinda Akta Hukum Pengguna Media Sosial Lapuk Keterlaluan Shamsul

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 229 hits
Cadangan Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara YB Senator Datuk Razali Idris untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menghukum pengguna media sosial yang mengkritik institusi Perdana Ment...
Tpm Untuk Umno Muhyiddin Tersepit Mahu Terus Memerintah Selepas Darurat

Tpm Untuk Umno Muhyiddin Tersepit Mahu Terus Memerintah Selepas Darurat

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 222 hits
Pelbagai pihak melihat tawaran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk melantik pemimpin Umno sebagai Timbalan Perdana Menteri sebangai isyarat betapa tersepitnya Bersatu untuk terus mengekalkan kuasa selepas perintah darurat berakhir pada O...
Allah Lebih Sayang Ibu 3 Anak Koma Selepas Sebulan Bersalin Akhirnya Pergi Jua

Allah Lebih Sayang Ibu 3 Anak Koma Selepas Sebulan Bersalin Akhirnya Pergi Jua

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 305 hits
Akhirnya pergi jua Ibu kepada tiga cahaya mata yang koma selepas sebulan melahirkan anak ketiga meninggal dunia Khamis lalu Kisah allahyarham Marihah Husin 35 ini mendapat simpati orang ramai selepas hanya terlantar dan minum susu melalui t...
Bubar Parlimen Selepas Pandemik Covid 19 Reda Henti Tohmah Agong Perkenan Darurat

Bubar Parlimen Selepas Pandemik Covid 19 Reda Henti Tohmah Agong Perkenan Darurat

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian dan komitmen untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan pandemik COVID 19 telah reda dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 Perdana Menteri turut mengingatkan sem...
Apa Status Terkini Perak Ii Selepas Lantik Syamsul Saad

Apa Status Terkini Perak Ii Selepas Lantik Syamsul Saad

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 210 hits
Selain PDRM FC yang sedikit perlahan di jendela perpindahan dan pendaftaran pemain musim 2021 Perak II juga dilihat belum membuat sebarang transaksi lagi Ketika ini sedang rancak berlangsung perpindahan pemain di jendela perpindahan pertama...
Bangkit Selepas Terduduk Dari Pilot Kapalterbang Ke Pilot Lori

Bangkit Selepas Terduduk Dari Pilot Kapalterbang Ke Pilot Lori

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 194 hits
Seminggu sekali Kapten Izzat Hakimi Izham Nawi 30 menerbangkan pesawat komersial membawa penumpang ke mana mana lokasi domestik namun pada hari lain dia bertukar tugas kepada pilot lori membawa muatan perabot ke seluruh Semenanjung Itu ruti...
Ada Angin Menghembus Sebelum Perut Saya Buncit Terkejut Disahkan Mengandung Terus Beranak Selepas 4 Bulan Bercerai

Ada Angin Menghembus Sebelum Perut Saya Buncit Terkejut Disahkan Mengandung Terus Beranak Selepas 4 Bulan Bercerai

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 324 hits
The ReporterSeorang wanita yang baru habis idah selepas empat bulan bercerai terkejut apabila dia disahkan mengandung dan sejam kemudian dia melahirkan bayi perempuan Siti Jainah 25 berasal dari Kampung Gabungan Desa Sukapura Cidaun Cianjur...
Fr0ntliners Hil4ngkan Rasa Pen4t Dengan Minta Kereta Tarik Selepas Pemeriksaan Di Pos Kawalan

Fr0ntliners Hil4ngkan Rasa Pen4t Dengan Minta Kereta Tarik Selepas Pemeriksaan Di Pos Kawalan

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 262 hits
Setiap kali kita tahu akan lalu jalan yang mempunyai pos kawalan 100 meter sebelum sampai pos kawalan kita sudah resah memikirkan apakah soalan cepumas akan ditanya oleh anggota keselamatan yang bertugas ketika itu
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa