Bangkit Selepas Terduduk Dari Pilot Kapalterbang Ke Pilot Lori



Seminggu sekali, Kapten Izzat Hakimi Izham Nawi, 30, menerbangkan pesawat komersial membawa penumpang ke mana-mana lokasi domestik namun pada hari lain, dia bertukar tugas kepada ‘pilot’ lori membawa muatan perabot ke seluruh Semenanjung.
Itu rutin Izzat Hakimi sejak Mac tahun lalu apabila pendapatannya sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan berkurang sehingga 80 peratus akibat pandemik Covid-19.
“Sejak penularan Covid-19, gaji harian diterima berkurang hingga 80 peratus kerana syarikat penerbangan terjejas teruk.
“Sebelum menjadi pilot lori, seminggu saya ‘terduduk’ dan bersedih di atas apa yang berlaku. Saya kemudiannya bangkit kerana mahu mengubah nasib diri,” katanya.
Menurut Izzat Hakimi, dia menjadi penghantar makanan namun berhenti seminggu kemudian kerana berasakan ia tidak serasi dengannya.
Katanya, sepanjang bertugas sebagai penghantar makanan, berlaku tiga kes kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan penghantar makanan menyebabkan dia turut bimbang.
 
LORI tiga tan yang digunakan untuk penghantaran perabot. FOTO Rohanis Shukri  
“Saya beralih arah menjadi penghantar perabot dan pada peringkat awal, saya menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
“Saya melakukan pekerjaan ini secara bersendirian namun ada ketikanya, terpaksa meminta bantuan pelanggan jika perlu mengangkat perabot bersaiz besar.
“Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah berbuka puasa di jalan raya sepanjang Ramadan lalu dan bekerja sehingga jam 4 pagi pada malam Aidilfitri,” katanya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.
 
IZZAT (kiri) dibantu Kapten Syafiq Izzad yang juga merupakan juruterbang menyusun perabot sebelum membuat penghantaran. FOTO Rohanis Shukri  
Menurut bapa kepada tiga anak ini, perkhidmatan penghantaran barangnya mendapat sambutan menggalakkan sebelum dia mengembangkan perniagaan itu dengan membeli sebuah lori tiga tan.
“Ini membolehkan saya menghantar barangan dalam kuantiti lebih banyak, malah tidak menang tangan menguruskannya.
“Kini saya dibantu lima rakan yang ada di antaranya masih bertugas sebagai juruterbang selain ada yang diberhentikan sebagai rakan kongsi perniagaan,” katanya.
Izzat Hakimi mengakui gembira kerana secara tidak langsung, dia dapat membantu rakan seangkatan yang kehilangan kerja selain pendapatan berkurangan.
“Walaupun upah atau gaji yang dibayar mungkin tidak sama sebagai juruterbang namun ia cukup untuk membeli barangan keperluan harian untuk anak serta keluarga,” katanya yang turut dibantu abangnya dalam pembelian lori berkenaan.
 
IZZAT tidak kekok bertugas sebagai pemandu lori. FOTO Rohanis Shukri  
Menurut Izzat Hakimi, walaupun rutin hidupnya berubah dan lebih banyak berada di jalanan serta pulang bekerja awal pagi, dia cukup bersyukur kerana masih diberikan rezeki untuk menyara keluarga.
“Saya tidak pernah malu menjadi pemandu lori yang memakai baju-T sebagai uniform rasmi harian.
“Saya juga tidak kekok dengan pekerjaan ini. Ada pelanggan mengetahui latar belakang saya sebagai juruterbang dan mereka gembira dengan usaha ini,” katanya.
Menurut Izzat Hakimi, dia tetap akan meneruskan perniagaan berkenaan jika sektor penerbangan negara kembali pulih, malah bertekad mahu jenama Pok Jak Transporter & Services terus berkembang.
 
IZZAT (tiga dari kiri) bersama (dari kiri) Kapten Muhaimin Hamzah, Kapten Syafiq Izzzad, Munawar Mohammad Taufik, Nik Muhammad Shamil dan Naim Nasri yang menjadi tunjang Pok Jak Transporter & Services. FOTO Rohanis Shukri The post Bangkit selepas ‘terduduk’..Dari Pilot Kapalterbang ke Pilot Lori appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/14/bangkit-selepas-terduduk-dari-pilot-kapalterbang-ke-pilot-lori/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bangkit-selepas-terduduk-dari-pilot-kapalterbang-ke-pilo

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sebelum Dan Selepas

Pas Sebelum Dan Selepas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 259 hits
Ustaz Ebit mangsa celaka orang politik Penerima rasuah tersepit tukang bawa salam terlepas Apa yang termusykil oleh saya dalam kes Isa Samad ialah kedudukan atau status Senator Zahid Mat Arif dalam kasus ini Dia dikenal pasti malahan mengak...
Selepas Salahkan Anwar Kini Mahathir Salahkan Kit Siang Pula

Selepas Salahkan Anwar Kini Mahathir Salahkan Kit Siang Pula

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 206 hits
Mahathir salahkan Anwar bila dia tak dpt jadi PM lagi sekali Terbaru dia salahkan Kit Siang juga Manusia kutuk ini tidak pernah salahkan dirinya yg sengaja letak jawatan hanya untuk sekat kemaraan Anwar Dia sedar jika dia letak jawatan dan ...
Selepas Berkuasa Mana Pergi Bmf Tanya Asri Janggut Kepada Pas Dan Umno

Selepas Berkuasa Mana Pergi Bmf Tanya Asri Janggut Kepada Pas Dan Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 298 hits
BORHAN AHMADSikap pemimpin Pas dan Umno yang kini berubah 180 darjah berbanding sebelum menjadi kerajaan sangat dirasai oleh penyokong bawahannya Perkara ini turut diungkatkan oleh seorang penyokong Pas Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut yan...
7 Pemain Yang Terjerat Badi Sumpahan Kecederaan Selepas Sertai Real Madrid

7 Pemain Yang Terjerat Badi Sumpahan Kecederaan Selepas Sertai Real Madrid

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 149 hits
Real Madrid adalah salah sebuah gergasi bola sepak eropah terkenal dengan deretan nama pemain bintang dan kejayaan di pelbagai peringkat Sudah perkara biasa bagi mana mana pemain Real Madrid ibarat sebuah kelab impian untuk disertai Namun t...
Apa Khabar Jazlan Machang Semuga Jiwa Tenang Selepas Jawatan Pengerusi Mpob

Apa Khabar Jazlan Machang Semuga Jiwa Tenang Selepas Jawatan Pengerusi Mpob

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 227 hits
APA KHABAR YB Jazlan Yaakob Tiba tiba teringat kepada YB Ingat kut selepas YB meletakkan jawatan Pengerusi MPOB Muhyiddin Yassin HILANG jawatan PM Rupa rupanya YB Jazlan seorang sahaja yang hilang jawatan hilang GAJI dan ELAUN Pengerusi hil...
Warkah Buat Pensyarah Yang Memaki Hamun Selepas Buat Pusingan U

Warkah Buat Pensyarah Yang Memaki Hamun Selepas Buat Pusingan U

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 178 hits
NABIEH RAHMATTular video maki hamun di jalan raya oleh seorang wanita dengan kerjaya sebagai pakar perunding merangkap seorang ketua jabatan di sebuah fakulti perubatan universiti awam Pensyarah dengan gelaran akademik Prof Madya berpangkat...
Video Kan Dah Kena Bantai Mat Motor Cuba Langgar Wanita Selepas Insiden Pertengkaran

Video Kan Dah Kena Bantai Mat Motor Cuba Langgar Wanita Selepas Insiden Pertengkaran

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 308 hits
31 total views 31 views today Terkini tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang lelaki menaiki motosikal dengan sengaja melanggar seorang wanita yang berdiri disampingnya Dalam video tersebut dapat dilihat kedua duanya seolah...
Tular Terkedek Kedek Seperti Penguin Selepas Jalani Calitan Dubur

Tular Terkedek Kedek Seperti Penguin Selepas Jalani Calitan Dubur

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 163 hits
BEIJING Pihak berkuasa China memberi jaminan kepada rakyat negara itu bahawa mereka tidak akan berjalan terkedek kedek seperti penguin selepas menjalani ujian Covid 19 menerusi kaedah calitan dubur Tindakan tersebut diambil pihak berkuasa e...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa