Alah Yang Putih Putih Tu
Peristiwa ini berlaku pada suatu petang Ramadhan 2013.
Apa yang putih-putih tu? Gaun pengantin?
Kalau mahu sewa gaun pengantin putih silalah lawat laman ini "PAKEJ PENGANTIN UNTUK SEWA GAUN PENGANTIN PUTIH DAN KOT PUTIH MURAH."
Master sibuk menaip dan meneliti dokumen di atas meja. Tedi pula hanya duduk melahu di meja kopi berhampiran. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang
"Master, cepatlah. Tadi kata nak balik awal?""Ermm, memanglah. Cuba risik Mommy ada di mana sekarang?"Mommy naik tren berjenama LRT (Light Rail Transit) dari pejabatnya ke pejabat Master. Dari sini, kami akan berbondong-bondong menaiki kereta untuk pulang ke rumah. Ini adalah jadual khas sempena bulan Ramadhan yang mulia, memandangkan kawasan pejabat Mommy memang sesak sempena Ramadhan
Tedi mendail nombor Mommy. Memandangkan jari Tedi ni besar sangat untuk dail nombor, Master dah set dail guna suara
"Autobot! Transform!", Tedi mengarahkan telefon itu mendail nombor Mommy.Apalah Master ni, nak set pun, gunalah arahan lain. Ada patut guna "Autobot! Transform!"? Sebutannya pun kena sama nada macam dalam filem Transformers tu. Nasib baiklah suara Tedi ada iras-iras Optimus Prime (sebenarnya, Tedi-lah Optimus Prime tu, tapi jangan beritahu orang ramai pula)
"Mommy, ada kat mana ni? Bila nak balik?""Sabarlah. Mommy dalam tren ni.""Ok"Lambat lagilah Mommy nak sampai. Patutnya dah gerak masa ni. Rancangan awal serba tak jadi. Sempat tak Tedi lawat kebun Tedi sebelum berbuka nanti ni
Tiba-tiba telefon Master bergetar. Ada panggilan masuk
"Hello, ya. Apa? Erm, takdelah.", Master menjawab telefonnya."Aku rasa bukan masalah bateri tu. Mungkin sensor dia rosak, kalau jenis kereta baru.", Master jawab telefon lagi."Owh, bukan kereta kau? Ok, parking mana? Aku kemas jap, nanti aku ke sana.", jawapan terakhir Master sebelum meletak telefon.Master segera mengemas perkakas kerjanya. Kelam-kabut gayanya
"Tedi, cepat siap. Kita pergi tempat letak kereta dulu.""Ok."Kami bergegas ke tempat kereta Master diletakkan. Rupa-rupanya kereta kawan Master tak dapat dihidupkan. Ada 4 orang di sana dan juga seekor beruang comel (Tedi la tu)
"Erm, camne ni? Dah nak waktu berbuka. Balik dengan aku je la.", Master menawarkan bantuan kepada kawan wanita sepejabatnya itu."Boleh ka?""Boleh aje. Jom. Kereta aku bersepah sikit."Kami pun masuk ke dalam kereta. 2 orang kawan Master yang lain kembali ke pejabat
Kami bergerak ke stesen LRT yang berhampiran. Sementara menunggu Mommy, makcik tu menelefon suaminya. Tedi tak dengar sangat, tapi ada ayat yang begitu menusuk kalbu Tedi ketika itu
"Tumpang kereta kawan. Alah yang wife dia yang putih-putih orang Kelantan tu."Tedi gelak golek-golek di belakang. Hahaha. Ini tak boleh beritahu Mommy ni, nanti kembang hidung Mommy sebulan
20130827
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/08/alah-yang-putih-putih-tu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29