Alaaa Peluang Nak Kapiaqkan Umno La Ye Keh Keh


 


Panas! Ulamak Pas dedah Pas dah banyak bersabar dengan sikap Umno yang suka membuli

December 6, 2021Seorang tokoh terkenal PAS mengakui parti itu memang “terasa hati” dengan sikap Umno ke atas mereka namun tetap bersabar demi “menjaga persaudaraan” serta menganggapnya “nikmat Allah”.
Menurut Mokhtar Senik ada tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS tidak bermaruah kerana beberapa pemimpin tertinggi Umno “membuli” partinya.
Dalam keadaan begitu pun, katanya, PAS tidak mengisytiharkan hubungan mereka dengan Umno melalui Muafakat Nasional sudah putus.
“PAS bukan tak dengar dan tak terasa hati dengan serangan Umno dan perbuatan Umno terhadap PAS, namun PAS melihat suruhan Allah agar menjaga persaudaraan dan ianya adalah sebahagian daripada nikmat Allah lebih utama daripada serangan Umno itu,” katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.
Hubungan PAS-Umno dan keberadaan Muafakat Nasional yang ditandatangani kedua-dua parti semasa mereka menjadi pembangkang dulu kini menjadi tanda tanya ramai.
Hal itu berpunca daripada sikap PAS terus kekal dengan Bersatu dan parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) di sebalik persefahaman yang dimeterai dengan Umno terlebih dulu.
Pada 4 Dis lalu Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipetik Utusan Online sebagai berkata, mereka menolak gagasan MN kerana Umno tidak mengikut piagam yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Di bawah masih cintakan MN
Kata Abdul Hadi berdasarkan piagam MN, PAS dan Umno sedia menerima parti-parti lain Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain tetapi ia tidak menjadi kenyataan apabila tiba di peringkat pelaksanaan.
Dakwa duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu, Umno hanya mahu parti itu dan PAS berada dalam MN.
Mengulas dakwaan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata anggapan mereka memungkiri piagam MN adalah tidak benar.
Mohamad kemudian mengingatkan PAS bahawa MN bukannya ditubuhkan dengan matlamat Bersatu mesti menjadi sebahagian daripada persefahaman tersebut.
“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Bersatu adalah komponen PH waktu itu.
“Justeru untuk memaksa Umno menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan,” katanya.
Menurut Mokhtar PAS juga bersabar dengan sikap Umno kerana serangan yang ditujukan kepada mereka bukanlah daripada seluruh ahli sebaliknya hanya “beberapa individu saja”.
Bekas ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang gagal mendapat undi mencukupi bagi mengekalkan kedudukannya dalam pemilihan baru-baru ini menambah, di sebalik sikap pemimpin tertentu, ada tokoh lain yang cenderung kepada MN.
“Mengapa melihat Umno itu hanya Ahmad Zahid Hamidi ,Tok Mat (Mohamad) Hassan dan (Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad) Mat Said?.
“Lihatlah sama Annuar Musa, Ismail (Sabri Yaakob) dan Shahidan Kassim.
“Juga lihat sama ahli Umno di bawah yang masih cintakan MN.
“Lalu sebagai harakah dakwah PAS terus bergerak dengan semangat dakwahnya bukan hanya semangat politik,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/alaaapeluang-nak-kapiaqkan-umno-la.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berpolitik Sampai Tahap Maki Hamun Apa Penyokong Pemimpin Umno Nak Tunjukan

Berpolitik Sampai Tahap Maki Hamun Apa Penyokong Pemimpin Umno Nak Tunjukan

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 154 hits
Tuduhan politik perkara biasa Maki hamun melampau nampak sangat jahil BERPOLITIK Perang Mahathir Najib pun lagi dasyat tetapi tidaklah sampai ke tahap ITU Kenyataan Media Rasmi Ahmad Shuaib Bin Ismail 29 November 2021SIAPA ROSAKKAN PERPADUA...
Pru15 Umno Yakin Akan Rampas Semula Terengganu Dari Pas Amanah Tak Ada Cita Cita Kah Nak Rampas Terengganu Dan Kelantan

Pru15 Umno Yakin Akan Rampas Semula Terengganu Dari Pas Amanah Tak Ada Cita Cita Kah Nak Rampas Terengganu Dan Kelantan

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 273 hits
November 25 2021 UMNO Terengganu optimis dapat menawan kembali negeri itu sekali gus merampas tampuk pimpinan kerajaan Pas Timbalan Pengerusi UMNO negeri Datuk Din Adam berkata aras keyakinan itu berpandukan keinginan yang dilontar dan disu...
Tengokkan Saja Spin Team Propa Umno Bila Nak Cover Line

Tengokkan Saja Spin Team Propa Umno Bila Nak Cover Line

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 185 hits
LIYANA MARZUKISiap buat poster katanya RM400skp untuk Flat PKNS Bersyukur je lah kata mereka Ada la geng broker tanah yang buat posting panjang2 Katanya tu rumah flat Terima jelah RM200k tu dan pindah keluar Ni saya nak rebut Laporan akhbar...
Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 236 hits
perakinsights com Pas mengakui akar umbi parti itu lebih ke arah bersama Muafakat Nasional dan usaha ke arah kerjasama bersama UMNO itu diharapkan dapat terus diperkukuh menje lang Pilihan Raya Umum Ke 15 Bercakap kepada Utusan Malaysia Mur...
Kah Kah Semua Walaun Malaun Umaun Dah Nak Kejar Pulak Sang Umno Sebab Ada Masyukkkk Pishanggggg

Kah Kah Semua Walaun Malaun Umaun Dah Nak Kejar Pulak Sang Umno Sebab Ada Masyukkkk Pishanggggg

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 159 hits
Setelah kalah semua kerusi PRN Melaka Pas nak kukuhkan semula kerjasama dengan Umno dalam MNPas mengakui akar umbi parti itu lebih ke arah bersama Muafakat Nasional dan usaha ke arah kerjasama bersama UMNO itu diharapkan dapat terus diperku...
Boleh Lah Kalau Sekadar Nak Nasihat Kalau Bab Nak Cari Duit Serahlah Pada Umno

Boleh Lah Kalau Sekadar Nak Nasihat Kalau Bab Nak Cari Duit Serahlah Pada Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 210 hits
Umno perlu tafakur dan sucikan jati diri November 26 2021 PRN Melaka sudah mustaid semuanya Ketua Menteri Umno sudahpun angkat sumpah dan Umno seharusnya berkerajaan di negeri bersejarah itu hingga 2026 Namun kejayaan besar ini tidak patut ...
Keh Keh Rega Sayur Pun Tak Boleh Kontrol Mana Pak Lebai Nak Bmf

Keh Keh Rega Sayur Pun Tak Boleh Kontrol Mana Pak Lebai Nak Bmf

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 220 hits
NI ZAMAN WALAUNCAI PERINTAH ISLE N MELAYU LA SANGAT MELINGKUP DAN MENYUSAHKAN RAKYAT SAIFUDDIN NASUTIONAyam RM 5 99 sekilo Telur Gred B RM 9 49 sepapan Tomato RM 2 99 sekilo dan Kacang Panjang RM 5 99 sekilo Hari ini saya telah melakukan pa...
Walaupun Hadi Tolak Umno Majlis Syura Mahu Bincang Pada 18 Disember

Walaupun Hadi Tolak Umno Majlis Syura Mahu Bincang Pada 18 Disember

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 188 hits
MALAYSIA DATELINEWalaupun Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bertegas Pas tidak akan bersama Umno selepas parti itu menolak Bersatu pihak yang menyokong untuk bersama Umno dalam Pas terus berusaha untuk memastikan Pas bersama Umno Sehubu...
Umno Selangor Harap Diberi Autonomi Teruskan Mn

Umno Selangor Harap Diberi Autonomi Teruskan Mn

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 148 hits
MALAYSIA POST UMNO Selangor berharap diberi autonomi oleh pucuk pimpinan parti itu untuk meneruskan kerjasama dengan PAS di negeri berkenaan menerusi Muafakat Nasional Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata hubungan kerjasama antara Umno dan...
The Wonders Of Watermelon Fruit

Pengurangan Tenaga Manusia Dalam Pekerjaan

Lauk Lunch Yang Mengoda

Doa Ketika Terlilit Hutang Insya Allah Segera Lunas

Bawa La Ramai Lagi Warga Asing Ke Malaysia

Bila Suami Ko Sweet Sangat Sampai Boleh Potong Kaki

Tips Menghilangkan Whitehead Dan Blackhead Dengan Efektif

Sport Edition Jvb Moto S Radical 1988 Harley Fxr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Lembayung 2024 Adaptasi Kisah Benar Lakonan Pelakon Malaysia Anna Jobling


Menjaga Ortu

Singgah Pasar Di Putrajaya

Topson Umumkan Persaraan Dari Dota 2 Selepas Ti 13

Deposit Dan Rumah Sewa

Taksub Dan Kesan Kesannya

Akaun Emas Gap Bukan Emas Digital