Boleh Lah Kalau Sekadar Nak Nasihat Kalau Bab Nak Cari Duit Serahlah Pada Umno


 
Umno perlu tafakur dan sucikan jati diri

Bakar Suar

 -

November 26, 2021 


PRN Melaka sudah mustaid semuanya. Ketua Menteri Umno sudahpun angkat sumpah dan Umno seharusnya berkerajaan di negeri bersejarah itu hingga 2026. Namun kejayaan besar ini tidak patut menjadikan Umno riak atau bongkak.

Banyak lagi ujian untuk Umno harungi demi kekal menjadi gerakan siasah perdana dan utama dalam negara. Keangkuhan bukan penyudahan terbaik dalam politik. Jika tergelincir daripada ratib perjuangannya – Bersatu, Bersetia, dan Berkhidmat, Umno akan jadi tidak relevan.

Dalam sekelip mata, teknologi baharu dalam bidang komunikasi mampu memadamkan rekod gemilang Umno. Setiap entiti politik mampu membakul-sampahkan Umno jika ia tidak peka, cekap, dan tidak ikhlas bermasyarakat dengan pengundinya.

Justeru, PRN Melaka bakal jadi igaun bagi generasi Umno akan datang. Adab dan sifat komunikasi teknologi baru tidak memadai mengekalkan jenama Umno ini. Ia wajib disulami dengan rukun iman perjuangan Umno.

Kini Umno perlu bertafakur mengapa ia kini sentiasa cemas. Maruahnya tercabar. Zaman di mana menjadi ahli dan, apatah lagi pemimpin Umno, memancarkan status kemuliaan sudah berlalu. Mengapa dan bagaimana ini terjadi?

Penganut, pemikir, dan pemimpin idealisme Umno harus insaf keadaan murung ini. Caci nista, sumpah seranah, dan rasa benci seolah bertepek pada wajah dan jati diri Umno. Umno perlu tepuk dada dan tanya iman.

Apakah ada asam garam tindak-tanduk dan ramuan politik Umno yang kurang sehingga ia terpalit dengan imej hodoh ini? Apakah slogan Bersatu, Bersetia, dan Berkhidmat yang menjadi tajuk lagu perjuangannya kini tidak mampu menjadi peniup semangatnya?

Atau, adakah Umno kini sebuah parti yang angkuh hingga memualkan rakyat? Memang benar PRN Melaka boleh dihujahkan sebagai bukti Umno tidak berada dalam keadaan seburuk itu. Namun yang pasti kemenangan di Melaka lebih banyak berpunca imej dan prestasi lebih buruk saingannya.

Bersatu tidak mempamerkan akhlak terbaik selepas ia merelakan dirinya menjadi tempat singgah dan gelanggang bermain katak-katak politik yang berjudi dengan mantera ‘Langkah Sheraton’.

PAS pula longlai di Melaka sebab sebagai wadah Islam yang sepatutnya menjernihkan siasah dan memuliakan dinul-Islam dalam politik negara, ia sebaliknya bersekongkol dengan politik menjijikkan Bersatu.

Sementara PKR tidaklah nampak perkasa sejak ditalak oleh katak-katak politik yang sebelum ini bersarang dalam kolam politiknya. Keserakahan ini membias pada keluhuran kepimpinannya. Rakyat tidak mahu politik negara bergelora kerana ketidakpastian sebegini.

DAP pula menjadi parti yang rentan serta-merta kerana tidak berupaya memulihkan semangatnya setelah diragut kuasanya memerintah setelah berhasil mengaibkan Umno dan konco-konco politiknya dalam PRU 2018.

Keberhasilan Umno di Melaka tidak meriah kerana ia diraih daripada lawan-lawan yang capek dan miskin imej juang mereka dan bukan sebab keluhuran jati diri perjuangan Umno. Keadaan ini pasti tidak mengukuh semangat dan harga diri Umno. Ia terkatung dalam sfera politik negara.

Umno perlu cari jalan pulang kepada kesuciannya yang hilang kerana kelalaian dan riak. Ia leka dengan persaingan dalam rumah tangganya sendiri dan alpa mengambil iktibar mengapa ia ditolak rakyat pada Mei 2018.

Cogan Bersatu, Bersetia, dan Berkhidmat kurang dihayati. Malah dalam kalangan sesetengah pemimpin, nilai itu sengaja dicicirkan dalam kegayatan menghimpun pangkat, nama, dan harta dan mabuk dek azimat Hang Tuah kononnya; takkan Melayu hilang di dunia.

Pemimpin golongan ini tidak khatam mengaji sejarah Melayu dan tidak menghormati sempadan yang digariskan oleh Hang Jebat – Raja adil, Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah. Rakyat tidak mahu kleptokrat Umno jadi Raja apatah lagi jika kleptokrat ini zalim.

Insaflah Umno, PRN Melaka membuktikan rakyat tahu mengenang budi. Di antara yang buruk rakyat bijak mengelak yang lebih buruk. Namun mengapa Umno mesti memilih menjadi buruk?

PRN Melaka harus dianggap satu rahmat bagi Umno. Ia berkesempatan bertafakur dan mensucikan semula idealisme cogan Bersatu, Bersetia, dan Berkhidmatnya. Api politik jangan diperjudi. Ia tetap membakar jasad dan roh perjuangan sendiri.

Cogan Umno menuntut keikhlasan dan keberanian. Sudah ada di ribaan Umno sebarisan pemimpin yang gesit dan masih memiliki akal budi yang murni. Walau tanpa nakhoda yang rasmi mereka memancarkan semangat Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat tanpa jemu.

Usah waham dan ragu. Semboyan “kubur kata mari, rumah kata pergi” sudah berbunyi dan Umno perlu yakin pada firasat pusaka “patah akan tumbuh hilang pasti berganti”. Elakkan riak. Pemimpin muda, bijaksana mesti diarak.

Sangkakala politik sudah berbunyi di Bumi Kenyalang. Umno harus manfaatkan ruang waktu yang ada sebelum Ismail Sabri Yaakub terpaksa berdikari dan mengekori Sarawak mensucikan litar politiknya sendiri.

Yang pasti rahmat PRN Melaka satu peluang. Jangan Umno mentafsirnya songsang. Jika Umno bakhil berubah, sudah pasti pihak saingan akan tetap istiqamah dalam tekad melihat sejarah Umno sekali dibelasah.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/boleh-lah-kalau-sekadar-nak-nasihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Matlamat Pas Bukan Nak Satukan Melayu Sangat Pun Nak Cari Partner Yang Boleh Bagi Kemenangan Dapat Jawatan

Matlamat Pas Bukan Nak Satukan Melayu Sangat Pun Nak Cari Partner Yang Boleh Bagi Kemenangan Dapat Jawatan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 245 hits
Setuju tak kalau ajak Amanah bersama pemimpin Umno bagi soalan maut pada PasNovember 28 2021 Pemimpin Umno Shamsul Anuar Nasarah bertanya kepada PAS adakah parti itu bersetuju jika Amanah diajak bersama dalam usaha memperkukuh agenda penyat...
Kah Kah Bosslu Dia Balun Duit Billion Billion Cai Nak Noreh Tak Boleh Hujan

Kah Kah Bosslu Dia Balun Duit Billion Billion Cai Nak Noreh Tak Boleh Hujan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 368 hits
Jho Low orang di balik tabir 1MDB kata bekas pengarah November 17 2021 Jho Low hanya dinamakan sebagai penasihat Terengganu Investment Authority tetapi pelantikannya tidak didokumenkan selepas TIA menukar nama kepada 1MDB menurut Ismee Isma...
Bahaya Ugut Takut Takut Anak Semata Nak Disiplinkan Mereka Kesanya Anak Boleh Fobia

Bahaya Ugut Takut Takut Anak Semata Nak Disiplinkan Mereka Kesanya Anak Boleh Fobia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 224 hits
Pegilah situ Nanti momok ambik Memang mudah disiplinkan anak dengan takut takutkan mereka ni Kelakar pun ada Tapi ketahuilah kesan jangka masa panjangnya lebih buruk Kita mungkin fikir sepanjang anak dewasa ketakutan tu akan hilang Hakikatn...
Resipi Roti John Guna Terung Lagi Sedap Sihat Nak Diet Pun Boleh

Resipi Roti John Guna Terung Lagi Sedap Sihat Nak Diet Pun Boleh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 283 hits
Jika ibu mahu berdiet tetapi masih mahu mengekalkan rasa sedap lauk pauk sama seperti yang dimakan bersama nasi Terung John ini boleh mama cuba Bukan roti john biasa tetapi roti digantikan dengan terung yang lebih berkhasiat dan sedap Nak b...
Tak Reti Cari Sumber Kerajaan Pusat Pulak Dia Nak Putaq

Tak Reti Cari Sumber Kerajaan Pusat Pulak Dia Nak Putaq

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 162 hits
Pampasan RM100 juta setahun paling munasabah Sanusi beritahu Putrajaya November 22 2021 Sebelum ini Muhammad Sanusi Md Nor menuntut bayaran RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai bayaran pajakan tanah di Pulau Pinang PETAL...
Berpolitik Sampai Tahap Maki Hamun Apa Penyokong Pemimpin Umno Nak Tunjukan

Berpolitik Sampai Tahap Maki Hamun Apa Penyokong Pemimpin Umno Nak Tunjukan

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 160 hits
Tuduhan politik perkara biasa Maki hamun melampau nampak sangat jahil BERPOLITIK Perang Mahathir Najib pun lagi dasyat tetapi tidaklah sampai ke tahap ITU Kenyataan Media Rasmi Ahmad Shuaib Bin Ismail 29 November 2021SIAPA ROSAKKAN PERPADUA...
Diam Bodo Blah Bodo Dapat Boyfriend Tak Boleh Control Marah Asyik Nak Maki Je

Diam Bodo Blah Bodo Dapat Boyfriend Tak Boleh Control Marah Asyik Nak Maki Je

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 415 hits
Dah lah zaman sekarang susah nak dapat pasangan hidup kan Lepas tu kalau yang dah ada pun kena jaga elok yelah kang ada pula yang menyondol hmm Macam macam perangai manusia kan
Berapa Hari Lagi Nak Mengundi Mana Janji Boleh Kempen Di Tv

Berapa Hari Lagi Nak Mengundi Mana Janji Boleh Kempen Di Tv

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 281 hits
Janji Menteri kerajaan Perikatan Nasional untuk membenarkan calon calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka berkempen di media rasmi kerajaan kerana kekangan berkempen secara tradisional akibat Prosedur Operasi Piawai terlalu ketat terus ditag...
Pru 15 Umno Boleh Menang

Pru 15 Umno Boleh Menang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 177 hits
UMNO boleh menang PRU15 boleh UMNO boleh menang PRU 15 nanti kalau Kalau mana mana pemimpin yang sudah kalah ataupun lengit semasa PRU14 yang lepas duduk diam diam Tak perlu lagi untuk tonjolkan diri Mereka yang sudah kalah ini sepatutnya p...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat