Al Quran Ratusan Tahun Tercantik Di Asia Tenggara Kini Digitalkan


MALAYSIAKINI

Manuskrip al-Quran dari Terengganu yang berusia sekitar 100 hingga 200 tahun sememangnya diketahui adalah yang tercantik di Asia Tenggara kerana keindahan dan kemewahan ragam hiasnya serta kehalusan seni penghasilannya.
Namun manuskrip yang semakin dimamah usia itu sukar untuk ditatap dengan lebih dekat atau dibelek oleh masyarakat termasuk para pengkaji kerana dikhuatiri menjejaskan keadaan naskah suci tersebut.
Sehubungan itu Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu mengambil inisiatif mendigitalkan enam manuskrip al-Quran Terengganu yang disimpan oleh Muzium Negeri Terengganu, menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) dan menempatkannya di dalam Galeri Digital Warisan Budaya.
Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud Dr Riswadi Azmi berkata masyarakat luar termasuk para pengkaji boleh berkunjung ke galeri digital yang dibangunkan pada Disember 2020 itu untuk melihat setiap helaian manuskrip digital al-Quran tersebut dengan lebih dekat dan jelas, seolah-olah seperti melihat naskah yang sebenar.
“Pembangunan galeri digital ini dibantu oleh pihak Ericsson, sebuah syarikat gergasi telco dari Sweden yang memberikan sejumlah dana. Proses pendigitalan manuskrip al-Quran ini dilakukan melalui aplikasi Terengganu Cultural Heritage yang dibangunkan oleh UMT. Ia sebagai usaha menarik golongan muda untuk lebih menghargai khazanah yang sangat bernilai ini dan supaya mereka tahu bahawa manuskrip al-Quran yang tercantik di Asia Tenggara adalah dari Terengganu.
“Proses pendigitalan melalui teknologi AR ini membolehkan setiap perincian manuskrip al-Quran dilihat dengan jelas termasuk warna-warna dan corak hiasannya serta tulisan kaligrafi ayat suci al-Quran yang ditulis dengan sangat cantik,” katanya ketika ditemui Bernama di Galeri Digital Warisan Budaya, di Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, di Kuala Nerus.
Riswadi berkata pihaknya berharap suatu hari nanti galeri digital tersebut dapat mengumpul dan mendigitalkan kesemua manuskrip al-Quran Terengganu yang kini berada di seluruh Asia Tenggara.
Katanya berdasarkan rekod terdapat 27 manuskrip al-Quran Terengganu yang sebanyak lapan manuskrip disimpan Muzium Negeri Terengganu; tujuh manuskrip disimpan di muzium-muzium lain di Malaysia; lapan lagi manuskrip berada di negara jiran iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand; manakala baki empat manuskrip kini dimiliki oleh orang perseorangan.
Bercerita lanjut mengenai sejarah penghasilan al-Quran, Riswadi berkata terdapat 11 kesultanan di Asia Tenggara menghasilkan naskah suci itu termasuk Terengganu, Sumatera, Sumbawa dan Acheh yang digunakan untuk tujuan pengajian dan pertabalan sultan.
“Kesultanan Terengganu menghasilkan al-Quran antara tahun 1800 hingga 1900 dan ini menggambarkan Kesultanan Terengganu sangat menjunjung tinggi kitab suci al-Quran,” katanya.
Menyentuh mengenai keunikan manuskrip al-Quran Terengganu, Riswadi berkata selain ragam hias pada halaman al-Quran dilukis dengan halus dan cantik, penggunaan emas tulen yang ditaburkan pada hiasan di dalam naskah itu menambahkan lagi keistimewaan kitab suci tersebut.
Katanya penggunaan emas tulen juga membuktikan Kesultanan Terengganu sangat menghargai al-Quran sehingga menghiasnya dengan bahan yang mewah.
Selain kilauan emas, warna-warna daripada tumbuhan semula jadi yang menghiasi manuskrip al-Quran itu sangat berkualiti tinggi dan kekal sehingga hari ini, katanya.
“Warna-warna tersebut diambil dari tumbuhan seperti warna merah dihasilkan daripada pokok senduduk, warna kuning daripada kunyit dan warna hijau daripada daun pandan.
“Malah kajian kami mendapati usia tumbuhan yang digunakan juga memainkan peranan penting untuk memastikan warna yang dihasilkan tahan lama. Kalau kita buka manuskrip tersebut kita akan lihat warnanya masih terang dan tidak sedikit pun pudar,” katanya.
Selain itu katanya tulisan kaligrafi dalam manuskrip al-Quran Terengganu juga dihasilkan dengan sangat teliti dan dikatakan antara penulisan al-Quran yang tercantik di Asia Tenggara.
“Ini menunjukkan terdapat penulis kaligrafi dalam kalangan masyarakat Terengganu pada waktu itu yang sangat mahir dan berseni kerana kita tahu menulis al-Quran bukanlah satu kerja yang mudah. Tiada satu pun kesalahan pada setiap huruf dan ayat di dalam manuskrip al-Quran Terengganu bermula dari surah al-Fatihah sehingga ke surah an-Nas,” katanya.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/al-quran-ratusan-tahun-tercantik-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Tahun Berkarya Di Industri Hiburan Maudy Ayunda Dapat Kejutan Masuk Forbes 30 Under 30 Asia

15 Tahun Berkarya Di Industri Hiburan Maudy Ayunda Dapat Kejutan Masuk Forbes 30 Under 30 Asia

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 387 hits
Di bidang akademis berprestasi di dunia entertainment juga nggak kalah membanggakan Maudy emang pantas jadi inspirasi
Masjid Gedhe Mataram Yogyakarta Yang Berusia Ratusan Tahun Punya Makna Filosfis Dan Kaya Historis

Masjid Gedhe Mataram Yogyakarta Yang Berusia Ratusan Tahun Punya Makna Filosfis Dan Kaya Historis

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 328 hits
Meski sudah berusia lebih dari 4 abad masjid ini belum pernah dipugar total tapi masih bisa berdiri kokoh
Perlu Guna Kanta Pembesar Tidak Halang Wanita 72 Tahun Khatam Al Quran

Perlu Guna Kanta Pembesar Tidak Halang Wanita 72 Tahun Khatam Al Quran

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 336 hits
Images KONGSI ARTIKEL KUALA LUMPUR Biarpun sudah lanjut usia dan mengalami masalah penglihatan ia bukan penghalang bagi Cik Rokiah Arshad 72 tahun untuk belajar sehingga berjaya khatam al Quran bersempena Nuzul al Qur
Setelah 12 Tahun Menikah Dea Ananda Kini Tengah Jalani Promil Berharap Lancar Dan Berserah Diri

Setelah 12 Tahun Menikah Dea Ananda Kini Tengah Jalani Promil Berharap Lancar Dan Berserah Diri

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 428 hits
Doa dan dukungan pun membanjiri kolom komentarnya Semoga yang diharapkan segera terkabul ya
Bersempena Hari Buruh Sudah 19 Tahun Kini Masa Untuk Semak Semula Sistem Gaji Penjawat Awam Kata Cuepacs

Bersempena Hari Buruh Sudah 19 Tahun Kini Masa Untuk Semak Semula Sistem Gaji Penjawat Awam Kata Cuepacs

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 369 hits
May 1 2021 Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata Skim Saraan Malaysia untuk penjawat awam yang dilaksanakan pada 2002 kini sudah lapuk PETALING JAYA Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam menyeru Putrajaya supaya mengemas kini sistem...
Kanak Kanak 9 Tahun Ditemui Mati Tergantung Di Kediaman Keluarga

Kanak Kanak 9 Tahun Ditemui Mati Tergantung Di Kediaman Keluarga

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 334 hits
PETALING JAYA Seorang kanak kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui maut dalam keadaan tergantung di kediaman keluarganya di Flat Temenggong di Kulai Johor petang semalam Ketua Polis Daerah Kulai Tok Beng Yeow berkata pihaknya meneri...
5 Tahun Terpisah Antara Benua Bapa Akhirnya Bersatu Dengan Anak

5 Tahun Terpisah Antara Benua Bapa Akhirnya Bersatu Dengan Anak

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 367 hits
K Arvind di luar Istana Kehakiman di Putrajaya Beliau memperoleh perintah daripada Mahkamah Rayuan bagi hak penjagaan tunggal anaknya Ziona Kashmirah KUALA LUMPUR Selepas hampir lima tahun seorang bapa akhirnya disatukan semula dengan anak ...
Hiburan Tahun Ke 10 Berpuasa Netizen Kagum Dengan Soo Wincci

Hiburan Tahun Ke 10 Berpuasa Netizen Kagum Dengan Soo Wincci

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 370 hits
Dr Soo Wincci sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila beliau mengaku sudah 10 tahun berpuasa pada bulan Ramadan dan mendapat sokongan daripada pengikut pengikutnya untuk teruskan amalan berpuasa ini Walaupun sedang meneruskan peng...
Alhamdulillah Tahun Ni Allah Bagi Rezeki Berpuasa Bertiga Dayah Bakar Excited Dapat Bersama Keluarga Kecil

Alhamdulillah Tahun Ni Allah Bagi Rezeki Berpuasa Bertiga Dayah Bakar Excited Dapat Bersama Keluarga Kecil

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 556 hits
Melalui proses kehamilan dan akhirnya bersalin sendirian menguji ketabahan pengacara Dayah Bakar yang terpaksa berjauhan dengan suami yang bertugas di luar negara Selepas 377 hari tidak bersua Dayah dan suami Muhammad Hanif Hamidi yang juga...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku