5 Tahun Terpisah Antara Benua Bapa Akhirnya Bersatu Dengan Anak


 
K Arvind di luar Istana Kehakiman di Putrajaya. Beliau memperoleh perintah daripada Mahkamah Rayuan bagi hak penjagaan tunggal anaknya, Ziona Kashmirah.KUALA LUMPUR: Selepas hampir lima tahun, seorang bapa akhirnya disatukan semula dengan anak perempuannya yang dilarikan ke New Zealand oleh isterinya.
Ia menjadi lebih bermakna apabila K Arvind dapat menyambut ulang tahun kesembilan anaknya itu, Ziona Kashmirah, hari ini bersama datuk dan neneknya di sini.
Disember lalu, mahkamah keluarga di Napier, bandar di Pulau Utara negara itu, memutuskan beliau mendapat hak penjagaan penuh Ziona. Dua beranak itu akhirnya bersatu semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4 April lalu.
Arvind, seorang pengurus projek, mewakili dirinya sendiri dalam prosiding yang diadakan secara maya, dengan bantuan peguamnya di Ipoh, Balakrishna Balaravi Pillai yang membantunya menyiapkan hujahan.
“Saya tidak dapat ke sana disebabkan wabak Covid-19 dan melantik peguam di New Zealand untuk berhujah bagi kes saya,” kata beliau kepada FMT.
Dengan bantuan seorang rakan di New Zealand, Arvind kemudian menghantar tiket penerbangan dan permit kecemasan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen di sini, untuk diserahkan kepada mahkamah bagi membolehkan Ziona pulang ke Malaysia.
“Pada mulanya Ziona tidak menunjukkan emosi ketika kakitangan lapangan terbang menyerahkannya kepada saya. Namun dia terus mengenali saya apabila saya menyebut ‘Avi’,” kata beliau, merujuk kepada gelaran kanak-kanak itu kepadanya ketika dia masih kecil.
Arvind mengahwini S Rajinah di sini pada 2011 dan anak mereka dilahirkan setahun kemudian.
Masalah bermula pada 2015 selepas Rajinah, seorang surirumah, pergi ke New Zealand berseorangan untuk “bercuti” selama tiga bulan, sebelum melanjutkannya sehingga setahun.
Akhbar dalam talian New Zealand, Stuff, pada Disember 2018 melaporkan wanita itu mendakwa melarikan diri daripada “kehidupan dibelenggu keganasan dan penderaan” dengan Arvind.
“Dia kembali ke sini untuk perkahwinan adik perempuannya pada 2016,” kata beliau, dengan menambah, Rajinah membawa Ziona keluar dari rumah atas alasan kanak-kanak itu akan menjadi gadis bunga pada majlis perkahwinan itu di Rawang.
Setelah majlis itu selesai, Rajinah terus tinggal bersama ibu bapanya tetapi kemudian pergi ke Pulau Pinang sebelum membawa Ziona keluar dari negara ini tanpa pengetahuan Arvind.
“Sistem imigresen Malaysia kemudian mendedahkan mereka berdua pergi ke Arab Saudi dalam perjalanan ke New Zealand,” kata Arvind.
Beliau kemudian memperoleh hak penjagaan tunggal anaknya itu daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Oktober 2016, katanya.
Bagaimanapun, Rajinah turut melantik peguam untuk mendapatkan perintah penjagaan ex-parte interim di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Februari 2017 bagi membolehkan Ziona terus tinggal di New Zealand.
Rajinah kemudian memperoleh perintah penjagaan baharu daripada Mahkamah Tinggi di Ipoh pada Julai 2018, tanpa pengetahuan Arvind.
Arvind hanya mendapat tahu mengenai perintah Mahkamah Tinggi Ipoh itu selepas pegawai imigresen memaklumkan bahawa ia digunakan Rajinah untuk memohon dan melanjutkan visa New Zealand serta pasport Malaysia Ziona.
Mahkamah Rayuan kemudian mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh itu kerana diperolehi selepas perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikeluarkan buat Arvind.
Arvind kemudian menghantar perintah Mahkamah Rayuan itu kepada pihak berkuasa imigresen New Zealand untuk membuktikan Rajinah tidak lagi mempunyai hak penjagaan tunggal Ziona, dan kanak-kanak itu perlu dikembalikan kepada bapanya di Malaysia.
Pada masa sama, Rajinah memohon kepada mahkamah di Napier untuk mendapatkan hak penjagaan Ziona.
Balakrishna berkata, Rajinah telah didakwa di mahkamah di New Zealand kerana melakukan penipuan imigresen, dan diperintahkan tahanan.
FMT juga difahamkan, Rajinah kini tinggal dengan lelaki lain dan mempunyai dua anak bersamanya di New Zealand walaupun dia masih isteri sah Arvind.
“Kami belum bercerai dan saya akan memikirkannya kemudian, namun buat masa ini saya mahu menghabiskan masa bersama anak saya,” kata Arvind. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/04/5-tahun-terpisah-antara-benua-bapa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung Menyusukan Anak

Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 268 hits
Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung Menyusukan Anak Wanita masa mengandung syok pula terutama anak pertama syok puasa penuh tapi tak syok bila diuji dengan terpaksa tinggal sebab alahan terpaks...
Seawal 2 Tahun Anak Boleh Baca Al Quran Ustazah Kongsi Tipnya Sambil Main Boleh Ajar

Seawal 2 Tahun Anak Boleh Baca Al Quran Ustazah Kongsi Tipnya Sambil Main Boleh Ajar

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 368 hits
Tak mustahil seawal anak usia 2 tahun dah boleh baca al Quran jika ibu ayah ada kemahuan ke arah itu Alhamdulillah sudah ramai ibu bapa yang mampu mendidik anak mereka sehingga menghafaz surah surah pendek pada usia antara 2 hingga 5 tahun ...
28 Tahun Terbiar Akhirnya Highland Towers Akan Dirobohkan

28 Tahun Terbiar Akhirnya Highland Towers Akan Dirobohkan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 189 hits
Selepas terbiar selama 28 tahun kondominium penuh cerita dan kontroversi iaitu Highland Towers yang terletak di Taman Hillview Hulu Kelang akhirnya bakal dirobohkan dalam masa terdekat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida K...
Anak 2 Tahun Kurang 50 Perkataan Dikira Delay Catat Bandingkan Perkataan Anak Ikut Carta Perkembangan

Anak 2 Tahun Kurang 50 Perkataan Dikira Delay Catat Bandingkan Perkataan Anak Ikut Carta Perkembangan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 385 hits
Speech delay adalah gangguan komunikasi yang menyebabkan seorang anak mengalami masalah untuk berkomunikasi Hal tersebut terjadi jika anak anda tidak dapat memenuhi tonggak perkembangan bahasa untuk usia mereka dengan kata lain anak anda mu...
Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 259 hits
Jika sebelum ini anda menyaksikan lakonan dalam drama di kaca televisyen mempunyai jalan cerita yang agak rumit Namun siapa sangka kisah ibu dan anak ini telah menjadi perhatian seluruh dunia Difahamkan anak lelaki kepada seorang wanita tel...
Bayi 2 Tahun Duduk Di Kotak Penghantaran Teman Bapa Dan Ibu Kerja Buat Ramai Yang Tersentuh

Bayi 2 Tahun Duduk Di Kotak Penghantaran Teman Bapa Dan Ibu Kerja Buat Ramai Yang Tersentuh

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 366 hits
Pengorbanan ibu bapa tiada galang gantinya Mereka adalah insan pemberian Tuhan yang sanggup bersusah payah demi membesarkan kita semua Seperti seorang bapa yang tular di China ini di mana bapa mithali yang juga bekerja sebagai penghantar ku...
Enam Tahun Tunggu Siti Sarah Sahkan Hamil Anak Keempat

Enam Tahun Tunggu Siti Sarah Sahkan Hamil Anak Keempat

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 402 hits
Selepas menunggu hampir setiap tahun penyanyi Siti Sarah mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata keempat Berita gembira tersebut dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sebuah video memegang kit ujian kehamil...
Penganggur Dipenjara 5 Tahun Kerana Bakar Dapur Rumah Bapa

Penganggur Dipenjara 5 Tahun Kerana Bakar Dapur Rumah Bapa

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 272 hits
Seorang penganggur dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar bahagian dapur rumah keluarganya Tertuduh Mohd Fauzie Abdullah 33 mem...
Sejarah Kedudukan Undang Undang Wilayah Negeri Sabah Sarawak Ada Beza Besar Di Antara Tahun 1963 Dan 1976

Sejarah Kedudukan Undang Undang Wilayah Negeri Sabah Sarawak Ada Beza Besar Di Antara Tahun 1963 Dan 1976

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 426 hits
Endrian LiApabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan pada ketika itu menyatakan secara spesifik bahawa Persekutuan Malaysia dibentuk oleh tiga entiti iaitu 1 Negeri negeri Malaya 3 Negeri SingapuraTiga enti...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya