Al Kisah Perjuangan Pas


 

PAS pernah meletak “Negara Islam” sebagai matlamat perjuangannya. Menyedari konsep “Negara Islam” yang dibawanya sukar direalisasikan dengan mengambil kira rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, PAS menampilkan pula “Negara Berkebajikan”. Ini agak lembut dan dilihat merangkumi kepentingan semua lapisan masyarakat.
Mungkin kerana keadaan tertentu PAS membuat pertukaran lagi. Kali ini “Islam Untuk Semua”. Tidak jauh beza dengan “Negara Berkebajikan” cuma menekankan aspek Islam menjaga kepentingan setiap rakyat tidak kira apa agama dan bangsa. Bagi saya ini konsep terbaik yang PAS pernah kemukakan.
Bagaimanapun konsep itu tidak menjadi. Sejak kebelakangan ini PAS seolah berpatah balik ke konsep “Negara Islam” tetapi dengan agak ekstrem. Parti pimpinan Hadi Awang dilihat semakin mengambil sikap hard line.
Dilihat juga sikap tidak toleran terhadap orang bukan Islam dan juga orang Islam yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka, khususnya mengenai soal agama serta intepretasi tuntutan dan hukum agama.
Malah kenyataan Hadi sendiri terutama akhir-akhir ini sering mengguris perasaan golongan non-Muslim dan juga Muslim yang PAS tentang. Mereka dituduh punca hampir setiap masalah dan kepincangan di negara ini kerana tidak ikut “cara Islam”, seperti PAS.
Dalam pada itu, PAS masih mengatakan akan berlaku adil kepada masyarakat bukan Muslim. Untuk meredakan keadaan barangkali, kenyataan PAS berkaitan non-Muslim diselang-seli serangan terhadap DAP – kerana ‘menyesatkan’ masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Ertinya yang salah DAP bukan golongan bukan Islam itu sendiri, tetapi masih ‘bersalah’.
Mungkin PAS menyerahkan kepada Bersatu, rakan dalam Perikatan Nasional untuk menawan hati pengundi bukan Islam apabila pilihan raya diadakan kelak. Namun Bersatu dilihat sebagai parti ultra Melayu yang turut dibimbangi orang bukan Melayu. Hampir semua perkara dijadikan isu politik seakan menuduh kerajaan perpaduan tidak boleh diharapkan untuk menjaga Islam dan orang Melayu. Ini pada perkiraan Bersatu dan PAS boleh mengaut keuntungan politik (baca: undi). Dalam lain perkataan ini satu bentuk populis keagamaan. Sedikit sebanyak mereka berjaya.
Sejak dulu PAS dianggap beberapa pihak termasuk Dr Mahathir Mohamad (semasa tidak berkawan) menggunakan agama untuk kepentingan politik.Tunggang agama, kata mereka, untuk popular sekaligus raih undi. Religious populism dilihat sedang memuncak dalam arena politik tanah air.
Ramai juga yang mengingatkan kita bahawa PAS dulu menyalahkan kerajaan pusat yang dikuasai BN dan ditunjangi Umno apabila tidak melaksanakan hukum hudud di negeri yang PAS perintah. Hudud umum tahu antara agenda paling besar dibawa PAS dalam cita-cita mahu nenegakkan daulah Islam di negara ini, dan agenda hudud menyaksikan PAS mendapat sokongan.
Alasan PAS bahawa BN ‘tidak izin’ dan ‘menghalang’ pelaksanaan hudud dipercayai ramai dalam kalangan orang Melayu. Namun ada pihak mengatakan PAS tidak serius kerana tahu hukum syariah sukar dilaksanakan di negara seperti Malaysia. Ia sekadar “play to the Malay gallery” menggunakan “race and religion card”, dan menyalahkan BN amat menyenangkan.
Lihat apa sudah jadi dengan RUU 355, kata pengkritik PAS. Rang Undang-undang 355 secara ringkasnya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah, yakni meningkatkan bidang kuasa penghukuman bagi kesalahan jenayah syariah.
Pada 5 April 2017, Hadi selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul persendirian di Dewan Rakyat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah atau Akta 355.
Tercetus polemik antara PAS dengan BN selaku kerajaan pusat waktu itu. Tiga belas hari selepas Hadi mengemukan usul berkenaan, Himpunan Raksasa RUU355 diadakan oleh PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Setahun kemudian pada 18 Oktober 2018, PAS menangguh pembentangan RUU itu selepas dibentangkan kali ketiga pada persidangan Parlimen April 2017. Hadi diberitakan berkata ia ditangguhkan kerana usul bagi membentang RUU355 perlu dicadang serta dikemukakan oleh menteri untuk dibahaskan.
Ads by KioskedBeliau dipetik berkata: “Walaupun pembentangan RUU355 tidak mudah PAS komited akan terus memperjuangkan akta berkenaan. Tetapi kita mengambil keputusan untuk tangguh sementara dan apabila tiba masanya kita akan berhujah.”
Saya tidak bercadang menulis lanjut isu ini. Bak nyanyian artis 1980-an, Malek Ridzuan, “cukup sampai di sini sayang.”
Teringat juga soal penambahan atau lebih tepat meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan judi waktu PAS duduk dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin. PAS dianggap berpeluk tubuh malah musuhnya menuduh PAS merestui jumlah cabutan diadakan dengan lebih kerap meskipun sekian lama mendakwa ia memerangi judi.
Yang jelas bergantung harap kepada elemen populis keagamaan untuk memancing undi ada hadnya. Kata Khairy Jamaluddin semasa ditemubual rancangan Insight siaran rangkaian televisyen Singapura Channel News Asia tempoh hari, pengaruh politik PAS juga ada hadnya walaupun parti itu “is doing very well now”.
“PAS tahu jika ia mahu diterima oleh masyarakat Malaysia ia mesti moderate dalam pandangan mereka. Saya boleh kata demikian kerana saya duduk bersama PAS dalam kerajaan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob. Semasa perbincangan Jemaah Menteri atau waktu menyediakan kertas Kabinet, tidak pernah sekali pun PAS mendesak untuk membawa perundangan syariah tambahan walaupun undang-undang syariah mereka perjuang begitu lama sekali.”
Terpulanglah masing-masing untuk buat intepretasi sendiri. - FMT
Ads by Kiosked - FMTArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/al-kisah-perjuangan-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Masuk Pas Sebab Kena Tendang Dari Umno Bukan Sebab Perjuangan

Annuar Musa Masuk Pas Sebab Kena Tendang Dari Umno Bukan Sebab Perjuangan

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 266 hits
Oleh Adam Malik Tiada mana mana parti politik didalam dunia mahu ada ahli seperti Annuar Musa Menjadi ahli pada satu parti tetapi berjuang untuk parti lawan Itu lah antara ciri ciri Annuar Musa ketika bersama UMNO Baca sini
Adun Jengka Desak Mb Pahang Buktikan Dakwaan Berunsur Fitnah Terhadap Pas

Adun Jengka Desak Mb Pahang Buktikan Dakwaan Berunsur Fitnah Terhadap Pas

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 290 hits
KUALA KRAU Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail didesak mengemukakan bukti di atas pembohongan kenyataan beliau yang berunsur tuduhan fitnah terhadap ADUN ADUN PAS negeri ini ADUN Jengka Ustaz Shahril Azman Abd Halim al Hafiz...
Blogger Cucumatkilau Dedah Ditawarkan Tanding Bebas Oleh Pas Di Prk Chini

Blogger Cucumatkilau Dedah Ditawarkan Tanding Bebas Oleh Pas Di Prk Chini

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 198 hits
KUANTAN Blogger kontroversi yang juga merupakan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli mendakwa beliau mempunyai bukti PAS Tikam belakang UMNO ketika masih lagi bersama dalam Muafakat Nasional pada tiga tahun lalu Menurut Shukri ketika i...
Dakwaan Fitnah Pemuda Pas Pahang Mendesak Mb Dan Umno Mohon Maaf

Dakwaan Fitnah Pemuda Pas Pahang Mendesak Mb Dan Umno Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 234 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang mengecam tindakan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan UMNO Pahang mengenai tindakan yang didakwa memfitnah parti Islam itu serta wakil rakyat PAS seperti yang tular di media sosial Ketua Peneran...
Pas Samakan Pemilikan Tanah Melayu Pp Dengan Kes Palestin Israel

Pas Samakan Pemilikan Tanah Melayu Pp Dengan Kes Palestin Israel

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 144 hits
Malaysiakini PAS terus memainkan isu agama dan kaum kali ini dengan menyamakan isu pemilikan tanah di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin serta Israel Mengetengahkan isu itu di media sosial PAS membangkitkan bagaimana Israel menguasai t...
Pas Compares Malay Land Ownership In Penang With Palestine

Pas Compares Malay Land Ownership In Penang With Palestine

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 203 hits
PAS is continuing to play the race and religion card this time by equating land ownership issues in Penang with the situation in Palestine and Israel On its social media platforms the party draws parallels with Israel s control of Palestini...
Rentasan 1386 Panas Kini Pas Bersatu Tiada Peluang Rampas Selangor

Rentasan 1386 Panas Kini Pas Bersatu Tiada Peluang Rampas Selangor

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 191 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1386 1 DENGUNG PN KALAHKAN IDGHAM MA AL GHUNNAH 2 BILA SANG BADUT BERSUARA NAMPAK TIDAK CERDIK 3 UMNO LEBIH BAIK BERSAMA PAKATAN HARAPAN 4 JUAL AIR BUKANNYA JUAL AGAMA
Kerajaan Kendalian Banduan Perasuah Syaitan Bisu Pas

Kerajaan Kendalian Banduan Perasuah Syaitan Bisu Pas

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 152 hits
PAS terus mengecam kerajaan Malaysia yang ada sekarang dengan menganggap ia dikendalikan oleh golongan tidak bermoral sama sekali termasuk banduan dan perasuah serta tidak berakidah Presiden PAS Abdul Hadi Awang turut menggambarkan kerajaan...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti