Kerajaan Kendalian Banduan Perasuah Syaitan Bisu Pas




PAS terus mengecam kerajaan Malaysia yang ada sekarang dengan menganggap ia dikendalikan oleh golongan tidak bermoral sama sekali, termasuk "banduan" dan "perasuah" serta "tidak berakidah."
Presiden PAS Abdul Hadi Awang turut menggambarkan kerajaan negara ini menjadi lebih teruk dan tidak dapat diubah keadaannya kerana dikelilingi "syaitan-syaitan bisu"

Dia kemudian meletakkan kesalahan atas keadaan yang dianggapnya buruk itu kepada orang Islam yang gagal memilih pemimpin yang baik

"Kita sedang menyaksikan kerajaan campuran daripada kalangan mereka yang tidak beriman dan tidak berakhlak, terdiri daripada banduan, perasuah, dan penipu yang tidak beraqidah dan tidak berakhlak, dikelilingi pula oleh syaitan-syaitan bisu yang mendiamkan diri terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mereka.
"Hal ini berlaku akibat daripada meninggalkan kewajipan memilih pemimpin yang beriman dan berakhlak," katanya dalam kenyataan yang dibuat melalui hantaran rutinnya di media sosial hari ini.
Menurut ahli parlimen Marang itu seseorang individu yang hanya berilmu masih tidak memadai untuk menjadi pemimpin kerana mereka perlu juga beriman, berakhlak baik dan bertafaqquh (faham mengenai hal agama)

Dia yang pernah dilantik menjadi duta khas bertaraf menteri oleh kerajaan sebelum ini beranggapan rakyat berada dalam keadaan "paling berbahaya" kerana negara ini didakwanya diperintah oleh golongan yang mendapat pengaruh bukan Islam

Hina di dunia, akhirat
Keadaan ini berlaku, tambah Abdul Hadi, apabila umat Islam kita berpecah-belah sehingga ia "dikuasai oleh kerajaan yang didominasi oleh bukan Islam"

Keadaan itu berlaku, dakwanya, kerana ramai orang Islam yang tidak keluar mengundi

Untuk rekod PAS pernah menjadi kerajaan selepas PRU ke-14 apabila berlaku Langkah Sheraton pada akhir Feb 2020 yang menyaksikan parti itu membentuk kerjasama dengan Bersatu - yang meninggalkan PH serta menubuhkan PN - serta Umno

Ketika itu Presiden Bersatu dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad

Bagaimanapun Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos 2021 akibat tekanan dari Umno. Jawatan itu kemudian digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu menjadi naib presiden Umno

Di bawah kerajaan pimpinan Muhyiddin dan Ismail Sabri, PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan

Bagaimanapun apabila PRU ke-15 diadakan pada 19 Nov 2023, PAS - serta PN - tercicir daripada kuasa dan menjadi pembangkang apabila saranan pembentukan kerajaan perpaduan daripada Yang di-Pertuan Agong ditolak oleh gabungan terbabit

Politik di Malaysia kini sedang memanas kerana semua parti politik sedang membuat gerakan sebagai menghadapi pilihan raya di enam negeri, dengan tiga daripadanya sedang ditadbir PAS, manakala selebihnya PH

Abdul Hadi berkata ketika ini ramai penganut Islam yang tidak memahami agama walaupun ia bersifat sempurna

Antara lain, katanya, kerana umat Islam terbabit menganggap mengundi dalam pilihan raya bukanlah suatu kewajiban

Abdul Hadi juga mendakwa pengundi yang terbabit dalam pilihan raya sebelum ini pula hanya memilih golongan pembohong atau mangsa pembohongan

Tindakan itu katanya seperti menyediakan diri masing-masing untuk ditimpa bencana sama ada di dunia atau selepasnya

"Malangnya, dipilih mereka yang menipu dan ditipu, malah ada juga yang benci lalu memilih untuk tidak mengundi.
"Mereka seakan-akan menyerah diri kepada musuh untuk sama-sama mendapat kehinaan dunia sebelum mendapat kehinaan di akhirat kerana tidak menunaikan kewajipan yang besar (mengundi) dalam Islam," katanya.

Malaysiakini 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/06/kerajaan-kendalian-banduan-perasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Pas Tidak Ambil Peluang Ketika Menjadi Kerajaan

Kenapa Pas Tidak Ambil Peluang Ketika Menjadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 165 hits
NORMAN RADZUANKERAJAAN PERPADUAN ANGKAT LEGASI NIK AZIZ33 bulan PAS membentuk kerajaan bersama Bersatu dan BN peluang yg ada PAS tidak langsung peduli utk mengenang jasa2 Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Samada terlupa atau sengaja dilupakan ...
Tawaran Sertai Kerajaan Pas Tuding Jari Pada Kit Siang

Tawaran Sertai Kerajaan Pas Tuding Jari Pada Kit Siang

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 166 hits
Malaysiakini Susulan penafian pemimpin kerajaan berhubung tawaran menyertai kerajaan PAS hari ini menuding jari kepada veteran DAP Lim Kit Siang Hakikatnya penasihat DAP Lim Kit Siang yang terlebih dahulu menjemput PAS menyertai kerajaan pe...
Selepas Hj Hadi Tuan Ibrahim Pula Dakwa Pas Ditawar Sertai Kerajaan

Selepas Hj Hadi Tuan Ibrahim Pula Dakwa Pas Ditawar Sertai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua hari Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada pihak menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengesahkan beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi ...
Nik Amar Kelantan Kaya Jika Pas Kekal Kerajaan Negeri

Nik Amar Kelantan Kaya Jika Pas Kekal Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 175 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kelantan berpeluang menjadi negeri kaya jika PAS kekal sebagai kerajaan negeri kerana terdapat banyak unsur nadir bumi kata Naib Presidennya Mohd Amar Nik Abdullah Tetapi katanya pengurusan dan dasar REE bernilai ...
Pemuda Umno Hormat Keputusan Annuar Musa Sertai Pas

Pemuda Umno Hormat Keputusan Annuar Musa Sertai Pas

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 173 hits
ismaweb net 12 06 2023Barisan anak muda akan terus kekal setia jaga rumah BANGI 23 Zulkaedah 1444H Isnin Pergerakan Pemuda UMNO menghormati keputusan Tan Sri Annuar Musa untuk tidak menerima jemputan menyertai parti itu semula dan memilih u...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat