Akuan Berkanun Dana 1mdb Mengalir Kepada Dr Nasharudin Mat Isa


AKUAN BERKANUN: DANA 1MDB (MELALUI SRC INTERNATIONAL SDN BHD) MENGALIR KEPADA DR NASHARUDIN MAT ISAAPRIL 13, 2017 RAFIZIRAMLI LEAVE A COMMENTAKUAN BERKANUN
DANA IMDB (MELALUI SRC INTERNATIONAL SDN BHD) MENGALIR KEPADA DR. NASHARUDDIN MAT ISADownload (PDF, 1.84MB)Bahawa saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No Kad Pengenalan 770914-11-5025) yang beralamat di A405, Kyoto Garden Condominium, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun bagi tujuan mendedahkan satu perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang negara melibatkan sejumlah wang syarikat milik negara kepada seorang tokoh politik PAS yang dibayar melalui akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
Oleh itu, saya dengan ini mengisytiharkan perkara-perkara berikut:1. Pada 28 Januari 2017, saya telah bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara dari perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama saya mempunyai apa-apa komunikasi dengan beliau baik secara elektronik atau bersua muka
2. Beliau adalah pegawai SPRM terkanan yang mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana dari 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri; seterusnya ke akaun-akaun tokoh politik lain
3. Kami berkongsi maklumat dan pengetahuan sebagai rakyat biasa mengenai kes 1MDB kerana beliau kini bukan lagi kakitangan kerajaan
4. Beliau menyebut kepada saya bagaimana siasatan SPRM turut mengesan sejumlah wang yang dibayar dalam bentuk cek dari akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kepada Dr. Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS
5. Butiran lanjut mengenai bayaran tersebut seperti yang disebut secara lisan kepada saya adalah seperti berikut:i. Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana SRC International Sdn Bhd telah dipindahkan ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razakii. Dari akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, terdapat bayaran kepada peguam tertentuiii. SPRM telah menyoalsiasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebutiv. Salah seorang dari penerima bayaran dari peguam tersebut adalah Dr Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS6. Saya tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan adalah Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang pernah didakwa menerima sejumlah RM3.5 juta dari akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, seperti yang didakwa oleh laman Sarawak Report yang turut menunjukkan butiran pemindahan wang seperti berikut :Dipetik dari laporan Sarawak Report7. Pegawai penyiasat terkanan SPRM itu turut memaklumkan saya bahawa seorang wakil rakyat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Dato’ Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah datang berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan kesahihan penglibatan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam skandal 1MDB dan dakwaan pemindahan wang ke akaun peribadi Perdana Menteri
8. Pegawai penyiasat terkanan itu memaklumkan saya bahawa beliau ada memberi maklumbalas kepada permintaan mendapatkan kesahihan dari pimpinan PAS itu
Saya percaya maklumat ini wajar diketahui oleh rakyat terutamanya mengenai aliran dana SRC International Sdn Bhd ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kemudiannya disalurkan kepada tokoh-tokoh tertentu; terutamanya seorang mantan pimpinan tertinggi PAS, Dr Nasharuddin Mat Isa yang paling lantang memperjuangkan kerjasama UMNO dan PAS
Perkara ini ada unsur salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara sekiranya bayaran kepada seorang mantan pimpinan PAS itu adalah pertukaran kepada usaha melunakkan suara PAS (sebagai parti pembangkang utama) dalam isu-isu bersabit skandal 1MDB dan pemindahan wang ke akaun YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak
Saya juga nekad untuk mendedahkan perkara ini kerana Dr. Nasharuddin Mat Isa juga telah dilantik oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM. Sebagai seorang penerima dana rakyat 1MDB (melalui SRC International Sdn Bhd) yang telah disiasat oleh SPRM, beliau tidak layak berada di kedudukan itu dan wajar meletakkan jawatan segera
Dengan pendedahan ini, saya berharap rakyat sedia maklum bahawa kertas siasatan SPRM ke atas dana SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak telah siap dan lengkap dengan bukti kepada siapa bayaran-bayaran telah dibuat
Mengambil kira kenyataan Peguam Negara bahawa siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd masih belum ditutup, saya akan membuat satu laporan kepada SPRM untuk membuka kembali siasatan ke atas dana SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak
Saya dengan ini mengesahkan kesemua kenyataan di atas adalah maklumat-maklumat mengenai pemindahan wang SRC International Sdn Bhd yang saya ada. Saya membuat akuan ini dengan percaya bahawa akuan ini benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960
Diperbuat dan sesungguhnya diakui oleh
saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI
di Sungai Besi
di negeri Wilayah Persekutuan
pada 13 April 2017Di hadapan sayaPESURUHJAYA SUMPAH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/akuan-berkanun-dana-1mdb-melalui-src.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm90j Nasharudin Mat Isa Ke Sprm

Rm90j Nasharudin Mat Isa Ke Sprm

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 367 hits
PARA wartawan yang menunggu kehadiran dua bekas pemimpin Pas bagi memberi keterangan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas UTUSAN ONLINE JUANI MUNIR ABU BAKARPUTRAJAYA 8 Feb Bekas Timbalan Presiden Pas Datuk Dr ...
Sumber Sprm Tiada Dana Dari 1mdb Disalurkan Ke Akuan Pas Viralhancing

Sumber Sprm Tiada Dana Dari 1mdb Disalurkan Ke Akuan Pas Viralhancing

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 358 hits
Sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank PAS Penemuan itu dibuat selepas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneliti akaun bank PAS dalam siasatan ke ...
Kebenaran Makin Hampir Di Depan Mata Tapi Janganlah Lupa Siasat Sama Nasharuddin Mat Isa

Kebenaran Makin Hampir Di Depan Mata Tapi Janganlah Lupa Siasat Sama Nasharuddin Mat Isa

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 469 hits
1 PAS merujuk kepada Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertarikh 6 Februari 2019 yang bertajuk SPRM SIASAT DAKWAAN WANG RM90 JUTA DARIPADA 1MDB 2 PAS dengan ini memberi akujanji akan memberikan sepenuh kerjasama kepada ...
Isu Dana Rm90 Juta Nik Abduh Husam Nasharudin Dipanggil Beri Keterangan Pada Sprm

Isu Dana Rm90 Juta Nik Abduh Husam Nasharudin Dipanggil Beri Keterangan Pada Sprm

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 327 hits
SHAH ALAM Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara yang dipanggil bagi memberi keterangan mengenai dana RM90 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Turut dipanggil Pengerusi PH Kelantan Datuk ...
Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 314 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil Datuk Seri Najib Razak jika asas Umno memberi wang RM90 juta kepada musuh lamanya PAS Namun ketua pesuruhjayanya berkata SPRM buat masa sekarang masih tidak pasti sama ada bekas perdana ...
M Sia Akan Peroleh Kembali Wang Dirompak 1mdb Guan Eng

M Sia Akan Peroleh Kembali Wang Dirompak 1mdb Guan Eng

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 410 hits
Ia merupakan bayaran pertama yang akan dibuat kepada kerajaan Malaysia tidak lama lagi kata menteri kewangan
Skotsam Babycare Mat And Cover

Skotsam Babycare Mat And Cover

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 173 hits
SKOTSAM Babycare Mat and Cover Masa beranak Amal tahun 2015 belum ada lagi produk ini di IKEA Beberapa bulan lepas kami ke IKEA daddyG tanya nak tak ni Hello Jangan di tanya SKOTSAMSemalam baru mommy buka Mommy dah 34 minggu Mommy mula kema...
Penipuan Ecrl Untuk Tutup Penipuan 1mdb Jomo

Penipuan Ecrl Untuk Tutup Penipuan 1mdb Jomo

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 263 hits
Sebagai anggota majlis penasihat kerajaan beliau tahu projek landasan keretapi laju yang disokong oleh China itu memang teruk
Malaysia To Receive Part Of Stolen 1mdb Funds This Year Says Guan Eng

Malaysia To Receive Part Of Stolen 1mdb Funds This Year Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 309 hits
Malaysia will be getting back some of the stolen 1MDB funds this year announced Finance Minister Lim Guan Eng While saying that this first return would be a small figure he hoped it would lead to the return of more of the stolen funds Malay...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator