Kebenaran Makin Hampir Di Depan Mata Tapi Janganlah Lupa Siasat Sama Nasharuddin Mat Isa




1. PAS merujuk kepada Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 6 Februari 2019 yang bertajuk SPRM SIASAT DAKWAAN WANG RM90 JUTA DARIPADA 1MDB.


2. PAS dengan ini memberi akujanji akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak SPRM bagi menjalankan siasatan terhadap dakwaan (yang kami nafikan sepenuhnya) kononnya wang sebanyak RM90 juta yang disyaki daripada 1MDB dikatakan dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.


3. PAS juga memberi jaminan akan menyerahkan segala dokumen milik PAS, sekiranya diminta oleh pihak SPRM untuk tujuan siasatan ini, termasuklah Penyata Akaun-akaun Bank PAS Pusat, bagi membuktikan dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada 1MDB adalah tidak benar, dusta dan fitnah semata-mata.


4. PAS juga mengalu-alukan dan menggesa mana-mana pihak yang kononnnya mempunyai maklumat tentang dakwaan di atas, dengan penuh tanggungjawab dan integriti, tampil untuk menamakan secara terperinci serta memberikan butiran lanjut mereka yang dikatakan menerima wang tersebut kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dibuat.


5. PAS yakin SPRM sebagai sebuah entiti yang berintegriti akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara profesional dengan mengamalkan ketelusan, sikap bermaruah serta ‘without fear or favour’.


Terima kasih. 


DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 06 Februari 2019.




Ulasan Blog - Alhamdulillah, tentunya kita semua boleh menarik nafas lega sekarang ini.


Selepas kecoh-kecoh tanpa kesudahan berhubung kemelut wang RM90 juta yang didakwa pernah diterima Pas daripada Najib Razak serta dikaitkan dengan dana 1MDB, jalan kebenaran nampaknya sudah mula terbentang di depan mata kita semua.


Berikutan penarikan balik saman oleh Hadi Awang terhadap Sarawak Report yang kemudian membuka ruang kepada beberapa individu membuat laporan polis, SPRM dengan pantas mengumumlan kertas siasatan sudah pun dibuka.


Susulannya, Pas juga turut menyatakan keterbukaannya untuk disiasat SPRM serta berjanji akan menyerahkan semua dokumen-dokumen berkaitan seperti penyata bank dan sebagainya.


Nik Abduh Nik Aziz pula menyatakan pihaknya sama sekali tidak tertekan dan mengalu-ngalukan kedatangan SPRM untuk menjalankan siasatan itu.


Dengan yang demikian, SPRM kini tiada  alasan lagi untuk melengah-lengahkan tugas siasatannya. Ini adalah kes kepentingan awam hang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.


Cumanya, selain akaun bank Pas dan beberapa pemimpinnya yang perlu diteliti dan disiasat, SPRM tidak harus lupa untuk menyiasat sama Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang diperkatakan sebelum ini sebagai "orang tengah" dalam penyaluran wang tersebut kepada para pemimpin Pas.


Ketika era Najib, meskipun masih merupakan ahli Pas, Nasharuddin telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Kesederhanaan Global.


Jika benar ada sejumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun bank Nasharuddin, dari situ akan dapat dikesan ke mana wang itu mengalir seterusnya.


Oleh kerana jumlah wang, sama ada yang dikatakan diterimanya atau didakwa diterima oleh beberapa pemimpin Pas yang lain itu adalah dalam jumlah yang besar, sudah tentulah ia menggunakan sistem perbankan yang boleh dijejaki susur-galurnya dengan mudah.


Bermakna, dengan adanya siasatan itu, jika benar Pas atau pemimpinnya ada menerima wang daripada Najib atau UMNO, tidak ada sesiapa yang dapat mengelak daripadanya.


Begitu juga kiranya Pas dan pemimpinnya tidak pernah menerima apa-apa wang daripada Najib atau UMNO, maka nama mereka dengan sendirinya akan dibersihkan melalui siasatan tersebut.


Ertinya, kebenaran yang akan terserlah nanti adalah adil kepada semua pihak.


Hanya yang menjadi persoalan kini, mengapa Husam Musa masih tidak membuat laporan kepada SPRM dan menyerahkan dokumen sahih yang didakwa dimiliknya berkaitan penyaluran wang tersebut?


Bukankah Husam sepatutnya boleh jadi “hero” dalam isu jika beliau tampil membuat laporan kepada SPRM dan membantu siasatan dengan menyerahkan dokumen yang didakwa dimilikinya itu?


Adakah Husam sebagai orang politik tak mahu jadi “hero”?


Atau.....???? (ShahbudinHusin 07/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/kebenaran-makin-hampir-di-depan-mata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Rezeki Ku Bila Yang Depan Mata Lesap

Bukan Rezeki Ku Bila Yang Depan Mata Lesap

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 315 hits
Inilah pemberian hamba Allah kepada kami sekeluarga hari ini Masa ambil gambar ini nak raikan kebahagiaan nak wasap kepada suami Selesai snap terus angkat bekas yang terbalik Owh tumpah pula airnya Un pun turunkan daripada bonet kibas plast...
Sebelum Tinggalkan Komen Anggap Orang Tu Ada Depan Mata Kita

Sebelum Tinggalkan Komen Anggap Orang Tu Ada Depan Mata Kita

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 1474 hits
Hi semua Hari ni saya scroll IG nampak la luhan hati Nabila huda tentang netizen sekarang yang sesuka hati tinggalkan komen melampau tanpa fikirkan perasaan rakan artis di sosial media Memang betul apa yang diluahkan oleh Nabila huda tu Say...
Ruhut Hampir Semua Partai Minta Ahok Masuk Sama Kayak Aku

Ruhut Hampir Semua Partai Minta Ahok Masuk Sama Kayak Aku

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 208 hits
Jubir Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Amin Ruhut Sitompul tak menampik peluang Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok untuk kembali ke dunia politik Menurut Ruhut sosok Ahok adalah seorang icon yang pantang ditolak di partai mana pun
10 Warna Yang Hampir Serupa Tapi Beda Nama Nggak Sekadar Muda Atau Tua Saja

10 Warna Yang Hampir Serupa Tapi Beda Nama Nggak Sekadar Muda Atau Tua Saja

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 330 hits
Tosca itu bukan biru juga bukan hijau Yang sering kamu sebut biru tua itu juga navy namanya
Saiz Matahari Dan Bulan Hampir Sama Doktor Selar Ilmu Yang Diajar Suhaimi Saad Kepada Anak Anak

Saiz Matahari Dan Bulan Hampir Sama Doktor Selar Ilmu Yang Diajar Suhaimi Saad Kepada Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 834 hits
Tambahnya lagi dia mempunyai sebab tersendiri mengapa teknik home schooling diambil Namun melihat kepada cara didikannya Dr Rusyainie Ramli tidak bersetuju dan menyelar tindakan penyanyi nasyid tersebut Saiz matahari dan bulan sama besar Sa...
Video Saya Hampir Tak Mampu Menghabiskan Persembahan Saya Air Mata Misha Omar Berguguran Di Pentas Ajl 33

Video Saya Hampir Tak Mampu Menghabiskan Persembahan Saya Air Mata Misha Omar Berguguran Di Pentas Ajl 33

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 724 hits
Usai anugerah paling berprestij buat pengiat muzik tanah air Anugerah Juara Lagu yang ke 33 semalam Judul lagu Haram merangkul juara Bunga nyanyian Ara Johari naib juara dan Sampai Bila nyanyian Misha Omar tempat ketiga Kemenangan berganda ...
Adiel Mikael Tak Banyak Ragam Niena Baharun Puas Tengok Anak Membesar Depan Mata

Adiel Mikael Tak Banyak Ragam Niena Baharun Puas Tengok Anak Membesar Depan Mata

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 465 hits
Belum bersedia untuk kembali aktif di arena seni Datin Niena Baharun sebaliknya ingin memberikan sepenuh perhatian kepada anak sulungnya Adiel Mikael yang kini berusia tiga bulan Berasakan kehidupan hampir berubah sepenuhnya selepas kelahir...
Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap Tak Pernah Ditegur Dari Kecil Anak Boleh Rosak Masa Depan

Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap Tak Pernah Ditegur Dari Kecil Anak Boleh Rosak Masa Depan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 596 hits
Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai untuk menggambarkan bahawa didikan setiap orang harus bermula sejak dari kecil Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak kanak kebiasaannya apabila dewa...
Akuan Berkanun Dana 1mdb Mengalir Kepada Dr Nasharudin Mat Isa

Akuan Berkanun Dana 1mdb Mengalir Kepada Dr Nasharudin Mat Isa

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 340 hits
AKUAN BERKANUN DANA 1MDB MENGALIR KEPADA DR NASHARUDIN MAT ISA AKUAN BERKANUNDANA IMDB MENGALIR KEPADA DR NASHARUDDIN MAT ISABahawa saya MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang beralamat di A405 Kyoto Garden Condominium Bukit Antarabangsa 68000 Ampang d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner