Isu Dana Rm90 Juta Nik Abduh Husam Nasharudin Dipanggil Beri Keterangan Pada Sprm


SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara yang dipanggil bagi memberi keterangan mengenai dana RM90 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Turut dipanggil Pengerusi PH Kelantan, Datuk Husam Musa dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.
Difahamkan mereka akan memberi keterangan di SPRM Kelantan dan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya Bahagian Operasi, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kes tersebut dan sedang mendapatkan beberapa dokumen yang berkaitan daripada pihak bank.
Kes tersebut mendapat perhatian apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik saman fitnah yang difailkan di Mahkamah Tinggi di London pada 21 April 2017.
Saman itu dibuat ekoran pendedahan portal berita, Sarawak Report pada Ogos 2017 yang mendakwa dana berjumlah RM90 juta dipercayai dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan Pas bagi menarik sokongan mereka terhadap Umno dan BN.

Dakwaan Pas terima RM90 juta, beberapa individu akan dipanggil SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.
Menurut sumber, pihak SPRM telah membuka kertas siasatan susulan menerima laporan daripada pihak polis berhubung isu tersebut, petang semalam.
“Difahamkan, beberapa individu termasuk yang dikaitkan dalam isu ini akan dipanggil SPRM. Bagaimanapun, semua pihak diminta bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan ini.
“Siasatan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dalam artikelnya yang diterbitkan oleh portal Sarawak Report mendakwa pimpinan tertinggi PAS mungkin menerima RM90 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendorong bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di London pada 21 April 2017.
Walaubagaimanapun, minggu lalu dilaporkan Ahli Parlimen Marang itu bersetuju memuktamadkan penyelesaian dengan Rewcastle-Brown.
Abdul Hadi berkata, keputusan menerima penyelesaian di luar mahkamah dengan Rewcastle-Brown adalah disebabkan kos guaman yang terlalu tinggi dengan menambah wang berjumlah berjuta-juta itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat.
Sementara itu, Najib juga menafikan memberikan wang kepada pemimpin Pas serta memaklumkan akaun bank beliau telah pun disiasat oleh pihak berkuasa selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei tahun lepas.
sumber : sinar harian & utusan malaysia
The post Isu Dana RM90 juta: Nik Abduh, Husam, Nasharudin dipanggil beri keterangan pada SPRM appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/isu-dana-rm90-juta-nik-abduh-husam-nasharudin-dipanggil-beri-keterangan-pada-sprm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dana Rm90 Juta Sprm Ambil Keterangan Ambiga

Dana Rm90 Juta Sprm Ambil Keterangan Ambiga

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 519 hits
Diterbitkan Hari ini 7 29 malamSPRM telah mengambil keterangan bekas Pengerusi Bersih 2 0 Ambiga Sreenevasan berhubung dakwaan pemimpin PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno ketika Najib Abdul Razak menjadi perdana menteri Satu sumber y...
Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 492 hits
MARANG Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan dana sebanyak RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu Beliau berkata terpulang kepada SPRM menyiasat mana...
Nik Abduh Mereka Salah Orang Saya Tiada Maklumat Dana Rm90 Juta

Nik Abduh Mereka Salah Orang Saya Tiada Maklumat Dana Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 285 hits
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan beberapa ahli parti itu termasuk dirinya menerima dana RM90 juta daripada 1MDB Beliau turut mendakwa beberapa in...
Kes Dana Rm90 Juta Siapapun Terlibat Akan Dipanggil Kata Sprm

Kes Dana Rm90 Juta Siapapun Terlibat Akan Dipanggil Kata Sprm

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 360 hits
Diterbitkan Hari ini 3 12 petangMenurut sumber siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak...
Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

Sprm Bakal Siasat Najib Pula Jika Sahih Kes Rm90 Juta Dana 1mdb Untuk Pas

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 339 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil Datuk Seri Najib Razak jika asas Umno memberi wang RM90 juta kepada musuh lamanya PAS Namun ketua pesuruhjayanya berkata SPRM buat masa sekarang masih tidak pasti sama ada bekas perdana ...
Laporan Sprm Belum Terima Aduan Rasmi Isu Rm90 Juta

Laporan Sprm Belum Terima Aduan Rasmi Isu Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 422 hits
Diterbitkan Hari ini 9 53 pagiSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan belum menerima laporan rasmi berkenaan dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai tinggi SPRM yang dipetik The Malaysi...
Sprm Buka Kertas Siasatan Berhubung Dana Rm90 Juta Diberi Kepada Pemimpin Pas

Sprm Buka Kertas Siasatan Berhubung Dana Rm90 Juta Diberi Kepada Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 630 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuka satu kertas siasatan berhubung laporan yang dibuat seorang individu berhubung dana RM90 juta dibayar kepada pimpinan PAS lapor FMT yang memetik sumber dalaman suruhanjaya berkenaan Kami t...
Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

Polis Buat Aduan Sprm Panggil Pemimpin Pas Isu Terima Rm90 Juta Dari Umno

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 401 hits
Foto oleh IsmawebKUALA LUMPUR Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS Menurut sumber kertas siasatan berhubung kes ber...
Kini Hanya Polis Sprm Mampu Rungkai Isu Rm90 Juta

Kini Hanya Polis Sprm Mampu Rungkai Isu Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 340 hits
Diterbitkan Hari ini 1 28 tengahariSetelah penyelesaian luar mahkamah antara PAS dan Sarawak Report satu satunya cara untuk mengetahui kebenaran berkenaan dakwaan sumbangan RM90 juta Umno kepada parti itu ialah melalui siasatan polis dan Su...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Jangkitan Luka Pada Kaki

Daftar Lengkap Pembatal Shalat Dan Penjelasannya

Characteristics Of Thehulk88

Domain Portfolio Generating Income

Fabio Asher Lebih Besar Chord