Aku Janji Calon Pn Hanya Silap Mata Muhyiddin



Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini membawa maksud segala nilai baik dan murni dalam proses pembinaan jati diri seseorang insan haruslah ditanam sejak awal usianya lagi.
Malangnya, kata-kata keramat ini tidak sesuai dipakai dalam pembentukan watak peribadi politikus, terutama untuk menjadi wadah sesebuah pergerakan atau parti politik.
Dalam dunia siasah, tipu helah, pemikiran, dan peribadi yang buruk lebih afdhal digunakan dalam pentarbiyahan hulubalang dan pemimpin partai politik. Lebih banyak muslihat dan strategi kotor lebih baik dalam berpolitik.
Dalam kes Bersatu peribahasa yang lebih sesuai mendasari doktrin perkaderannya ialah “bak ketam mengajar anaknya berjalan betul”. Pendekatan ini pasti menjerumuskan politik Malaysia ke arah kehinaan.
Justeru, arahan pimpinan Bersatu mewajibkan calonnya menandatangani ‘Aku Janji’ dalam PRN Melaka haruslah dianggap sebagai gimik semata-mata. Rasional presidennya, Muhyiddin Yassin, kononnya langkah ini mengukuhkan integriti parti dan bolehlah dianggap sebuah seloroh politik belaka.
Ini dapat dilihat dengan nyata dari amalan dan tindakannya dalam sejarahnya singkat parti itu. Ahli dan penyokongnya “diternak” dengan unsur curang dan pembohongan. Bagaimana Aku Janji akan meningkatkan kewibawaan parti jika ia berbaur dengan hasad dengki dan penipuan?
Melalui tipu muslihat, Bersatu menikmati keseronokan memimpin tampuk kerajaan buat seketika sebelum terpaksa menyerahkannya kepada Umno. Muhyiddin terpaksa meletak jawatan Perdana Menteri apabila tindakan politik tidak jujurnya terbongkar.
Menggunakan silap mata politik ketika Umno masih termangu selepas ditumpaskan pakatan DAP, PKR, dan Amanah (Pakatan Harapan), Muhyiddin berpura memulihkan semangat Umno dengan menggerakkan strategi Langkah Sheraton seraya merekrut PAS dan beberapa politikus Sabah dan Sarawak serta memancing katak-katak politik PKR dan Umno.
Mahathir yang memang arif soal sifir majoriti ini faham sifir Muhyiddin melalui politik kataknya dan secara prinsipnya beliau terpaksa meletak jawatan.
Mantera politik sama digunakan ke atas Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti tempatan di Sabah yang melihat keupayaan Muhyiddin membawa kolaborasi partai Sabah dan Sarawak sebagai kepimpinan yang berkesan.
Muhyiddin mudah mencalonkan dirinya apabila Mahathir berhenti dan dia pun terpilih oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi Perdana Menteri ke-8 Malaysia. Kedaulatan rakyat yang mengundi PH dipinggirkan dan Muhyiddin menjadi ‘hero’ sementara.
Strategi Muhyiddin mengancam lunas demokrasi. Malangnya, PAS pula memang lama mengidam berada dalam kerajaan. Tanpa segan dan setelah sekian lama menuduh perjuangan Umno landasan kafir, ia memutuskan untuk menyokong kerajaan Muhyiddin.
Mutu kepemimpinan sebenar Muhyiddin segera terserlah. Pentadbirannya lemah dan kerajaannya lesu. Hakikat ini tidak dapat disembunyikan. Dalilnya, Muhyiddin tidak berani menghadapi media massa. Ini fakta.
Bagaimanapun, sebelum kecurangan politik dilondehkan media beliau letak jawatan dan segera menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Umno yang kebetulan bak “ayam tidak berkepala”.
Muhyiddin masih bernafsu untuk berkuasa. Tanpa segan silu beliau menerima diplomasi penggantinya, Ismail Sabri Yaakob, untuk menjadi pengerusi Majlis Pemulihan Negara. Dia melihat di situ masih ada bibit kuasa yang boleh merubah status quo politik negara.
Mahathir menghidu helah Muhyiddin ini. Beliau sendiri menawarkan diri untuk membantu proses pemulihan negara sebagai pengerusi majlis berkenaan.
Tatkala politik curangnya mulai dihidu Muhyiddin cuba mengumpul saki baki integritinya dengan membuat dakwaan bahawa beliaulah yang menubuhkan Bersatu kononnya untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh kleptokrat Umno.
Bagaimanapun dakwaan ini disanggah oleh pejabat Mahathir yang menganggap dalam kes ini Muhyiddin hanyalah kontraktor yang diarahkan oleh Mahathir, arkitek sebenar projek Bersatu itu. Mesejnya, Muhyiddin hanya ikut arahan.
Perpecahan dalam Bersatu dan seterusnya PH ketika itu sendiri dikaitkan dengan dakwaan tertentu yang melibatkan Muhyiddin sendiri.
Ini boleh dibaca (dikesan) dalam buku mantan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik – “Memori bukan memoir” – yang mendedahkan bahawa Muhyiddin juga terpalit dengan skandal tertentu.
“Saya sering ditanyakan apakah permintaan PM ke-7 (Tun Mahathir) untuk saya memulangkan jawatan kepada beliau adalah disebabkan oleh isu 1BestariNet atau lebih khusus kontrak YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) dengan Kementerian Pendidikan yang penuh kontroversi.
“Saya tidak boleh mengatakan hal ini satu-satunya sebab, namun boleh saya katakan hal itu merupakan antara sebab mengapa Perdana Menteri meminta saya berbuat demikian, dan menurut beliau, atas permintaan Presiden Parti Bersatu ketika itu,” tulis Maszlee.
Kontrak mega perkhidmatan 1BestariNet yang bermula pada tahun 2011 telah diusahakan Menteri Pelajaran ketika itu – Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.
Projek tiga fasa bernilai RM3.3 bilion itu harus siap Jun 2019. Beberapa jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan membuat rumusan projek yang dimulakan Muhyiddin itu tidak mencapai matlamatnya.
Memecat menteri yang membuktikan bahawa projek raksasa itu gagal mencapai matlamat bukan tindakan yang baik. Malah, ia membayangkan “Aku Janji” yang dipaksakan ke atas calon-calon PN dalam PRN Melaka tidak lebih daripada gimik untuk menutup sifat curang yang mewarnai Bersatu selama ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/aku-janji-calon-pn-hanya-silap-mata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Hanya Ulang Cerita Basi Kata Tok Mat

Muhyiddin Hanya Ulang Cerita Basi Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 285 hits
Robin AugustinAYER KEROH Pemimpin Barisan Nasional berusaha mengetepikan ancaman daripada Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kerana yakin rakyat di negeri itu bijak menilai kesilapan yang dilakukan oleh Perikatan Nasional Dengan menja...
28 Calon Pn Tandatangan Aku Janji Perangi Rasuah

28 Calon Pn Tandatangan Aku Janji Perangi Rasuah

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 321 hits
WARTA RAKYAT KESEMUA 28 calon Perikatan Nasional yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka menandatangani dokumen aku janji malam ini sebagai komitmen memerangi Kesemua calon berkenaan hadir di Bilik Gerakan Utama PN di Tanjung Minyak...
Umum Calon Ketua Menteri Wanita Muhyiddin Takut Penentangan Dalaman Kit Siang

Umum Calon Ketua Menteri Wanita Muhyiddin Takut Penentangan Dalaman Kit Siang

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 215 hits
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang melontarkan persoalan mengapa Perikatan Nasional lewat mengumumkan calon ketua menteri Melaka Dalam satu kenyataan Lim mempersoalkan apakah benar gabungan politik itu sedang mempertimbangkan untuk memilih ...
Hanya Bn Dan Ph Dapat Liputan Televisyen Kenapa Tak Saksama Muhyiddin

Hanya Bn Dan Ph Dapat Liputan Televisyen Kenapa Tak Saksama Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 137 hits
agendaily com12 11 2021Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Pemilik saluran televisyen perlu memberi liputan saksama terhadap parti parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kerana kekangan sepanjang tempoh ber...
Calon Bn Bimbang Sabotaj Dalaman Zahid Janji Penyandang Yang Digugur Jadi Calon Parlimen

Calon Bn Bimbang Sabotaj Dalaman Zahid Janji Penyandang Yang Digugur Jadi Calon Parlimen

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 222 hits
November 7 2021 Penyandang kerusi DUN yang digugurkan atau tidak dicalonkan pada PRN Melaka 20 Nov ini akan dipertimbang bagi kerusi Parlimen pada PRU akan datang Pengerusi Barisan Nasional Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah yang diambil...
Mata Dajjal Ditolak Di Ayer Hitam

Mata Dajjal Ditolak Di Ayer Hitam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 349 hits
Pengerusi DAP Johor Chin Tong mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan undi Melayu di kerusi Parlimen Ayer Hitam bukan sahaja undi Melayu dari pengundi atas pagar bahkan juga undi dari pengundi tegar penyokong Pakatan Harapan Tin...
Cakap Bukan Main Tetapi Hanya Satu Calon Pas Lawan Dap Di Melaka

Cakap Bukan Main Tetapi Hanya Satu Calon Pas Lawan Dap Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 250 hits
MALAYSIA DATELINEPas disifatkan sebagai bercakap sahaja soal hendak melawan DAP tetapi hanya sanggup meletakkan seorang sahaja calon mereka untuk melawan DAP dalam pilihan raya negeri Melaka Aktivis politik Jamzuri Ardani dalam posting beli...
Calon Dun Machap Jaya Janji Selesai Isu Tanah Pajakan 99 Tahun

Calon Dun Machap Jaya Janji Selesai Isu Tanah Pajakan 99 Tahun

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 339 hits
Pengundi DUN Machap Jaya perlu mengembalikan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri 20 November ini Calon DUN Machap Jaya Law Bing Haw berkata pemberian mandat semula kapda kerajaan PH amat penting terutama untuk mene...
Bamsoet Sebut Mpr Hanya Ingin Tambah Dua Ayat Pada Amendemen Uud 1945

Bamsoet Sebut Mpr Hanya Ingin Tambah Dua Ayat Pada Amendemen Uud 1945

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 196 hits
Menurut Bamsoet penetapan PPHN penting bagi Indonesia untuk menjamin pembangunan yang berkelanjutan dan menjadi acuan bagi para calon presiden ketika membentuk visi pembangunan Indonesia
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities