
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa (ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser. Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL). Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati. Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma. Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik. Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik. Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah. Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria. Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
p/s: sbrnye banyak lagi kebaikan lemon ni tp yang lain2 tu.. korang google lah yeaku nk sambung minum lemon panassgt nyummy!! (^,^)/ |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |