Aku Bayang Yakjuj Makjuj Keluar Aku Jadi Takut Otak Celaru Kisah Kelam Penghidap Bipolar Dissoder Sebelum Bertaubat


Masalah mental bukanlah sesuatu yang asing lagi didalam dunia yang semakin berkembang pesat dan maju ini. Masalah mental ini juga sering dikaitkan dengan tekanan yang melampau terhadap diri seseorang itu sehinggakan ianya memberi kesan ke atas pemikiran mereka.
Terdapat pelbagai penyakit mental yang semakin hangat berlaku di dalam kalangan masyarakat kini antaranya ialah kemurungan, kebimbangan yang melampau, schizophrenia dan banyak lagi.
Apakah penyebab kepada penyakit mental ini? Penyebabnya masih lagi tidak diketahui dengan tepat. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang ang menyumbang kepada terjadinya penyakit mental ini antaranya ialah faktor genetik/keturunan, gangguan bahan kimia dalam otak, sejarah hidup yang getir serta faktor kemiskinan.
Justeru daripada itu, kita sebagai insan yang tidak pernah diduga dengan penyakit ini seharusnya bersyukur kerana jika ianya terjadi pada diri kita mahupun pada orang yang dekat dengan kita, pastinya kita juga akan lebih sedar tentang kesengsaraan yang dilalui oleh orang yang diduga tersebut.
Seperti yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Hanan Mikhael Azman ini, dia ada berkongsikan tentang pengalamannya dalam menghidapi sejenis penyakit mental yang dikenali sebagai bipolar disorder. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu bipolar disorder serta bagaimana pengalamannya sepanjang menghidapi penyakit itu, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sebelum mulakan cerita, aku nak pesan supaya jangan ada salah faham tentang kisah ini. Ia adalah secebis pengalaman aku sebagai seorang pesakit bipolar disorder. Setiap orang pengalaman kami berbeza.
Dalam dua tahun lepas aku kerap dilanda manic. Selalunya bila manic atau hypomanic aku akan jadi a bit extreme dengan perkara perkara tertentu. Otak akan berfungsi agak berbeza dari biasa. Ia kerana masalah chemical imbalance dalam otak.
Sebab itu kalau anda nak tahu kebanyakan pesakit bipolar mempunyai pelbagai habit yang agak janggal dari kebiasaan bila dilanda manic. Bila manic aku akan bercakap banyak dan laju semacam. Pelbagai idea berputar laju dalam fikiran. Terlalu laju hingga tak boleh tidur berhari hari. Kalau tidur pun dua ke tiga jam sahaja sehari. Tenaga berlebihan. Keyakinan berlebihan. Jadi hyperaktif. Rajin yang melampau.
Kadang kadang datang idea gila dan kreatif.
Ada yang sampai buat tatoo, bertindik, botakkan rambut, gunting rambut dengan gaya extreme, warnakan rambut dengan kaler yang pelik pelik, berdandan luar biasa dari kebiasaan, bershopping hingga di luar batasan, membeli benda yang tidak sepatutnya tanpa berfikir tentang harga, berkata dan menulis sesuatu diluar kawal.
Pernah ada seorang kawan aku yang pernah dikecam murtad dan sesat kerana mengeluarkan statement keagamaan dan mengulas isu freemason. Satu masa dulu pernah viral di blog blog dikecam hebat. Masa tu facebook belum berkembang macam sekarang. Kalau type nama dia masih ada di kecam di blog blog.
Otak kami berfungsi dengan agak pelik pada ketika ini. Thoughts kami berbeza dari biasa.
Malah pernah ada kawan aku yang ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah kerana membuat kekecohan semasa berada di hadapan mahkamah semasa satu kes politik. Kes ini agak kontroversi, tetapi alhamdulillah beliau dibebaskan dari tuduhan kerana didapati menghidap bipolar dan berada dalam fasa manic pada ketika itu. Maka dia bebas dari pertuduhan.
Selalu nya perkara ini akan berlanjutan dalam dua minggu ke atas. Ia dikategorikan sebagai fasa ‘manic’. Jika kurang extreme ia dipanggil ‘hypomanic’. Iaitu pemikiran manic yang sederhana.
Aku pernah alami beberapa kali fasa manic yang agak extreme. Dulu aku suka buat style rambut lain dari yang lain, warna rambut dengan kaler yang terang gila. Bertindik selain di telinga. Shopping di luar batasan hingga aku pernah beli 3 jaket berjenama yang harga ratusan ringgit sehelai. Patern dan corak yang sama tapi warna yang berlainan. Hampir tiga ribu harganya. Sangatlah membazir. Tapi apa nak buat, ia berlaku di luar kawal.
Ada kawan aku pula angkat motor dua bijik dalam masa dua bulan bayar cash. Sedangkan dia dah ada motor. Bila habis fasa manic, mula lah rasa “eh asal aku buat macam tu?”.
Ada juga yang jadi seorang yang sangat outspoken sedangkan dia seorang yang pendiam dan macam macam lagilah kes.
Salah satu pengalaman manic aku yang tak boleh aku lupakan ialah taksub untuk berhijrah. Pada masa itu segala kitab aku baca, video ceramah aku dengar dan setiap usrah yang aku dengar di ceruk mana pun aku akan pergi. Berhari hari aku tak tidur mengaji dan buat tahajud. Aku tak buat kerja lain, masa aku dipenuhi dengan pelbagai hal keugamaan. Masa tu aku rasa dunia dah nak kiamat.
Aku bayangkan yakjuj makjuj, imam mahadi semua dah nak keluar. Aku jadi takut. Badan aku sampai tahap menggeletar bila solat. Menangis nangis minta taubat. Bila tidur pun dapat mimpi neraka.
Aku join semua group niqabis dalam fb dan aku join aktiviti mereka. Sampai aku berniqab. Perkara ni berlaku dalam 2-3 minggu tak silap. Post post di FB semua tentang ugama. Aku rasa dunia dah nak berakhir. Kadang aku menangis tiba tiba.
Selama 2-3 minggu itu aku mengenakan niqab bila keluar. Aku jadi seorang yang sangat islamik.
Selepas keluar dari fasa manic itu aku mula mengenakan tudung biasa, tidak lagi berniqab. Tidak lagi rasa ketakutan melampau.
Tapi jauh disudut hati aku rindu untuk serius berniqab. Berniqab itu sangat dimuliakan dan selamat. Aku memang rasa lain nikmatnya. InsyaAllah. Moga termakbul niat aku yang satu ini.
Rasanya itu sahaja yang aku nak kongsikan kali ini. Harap jangan salah faham jika ada dikalangan pesakit bipolar yang mengalami benda benda yang aku ceritakan tadi.
Cuma sebagai keluarga atau kawan anda cuba lah nasihati mereka kalau mereka melebih lebih dalam satu satu situasi. Dia mungkin berada dalam keadaan luar kawal. Atau pujuk dan bawa dia dapatkan rawatan ke bahagian emergency di hospital. Takut membahayakan diri sendiri atau membawa kemudaratan.
Makan ubat ikut dos yang ditentukan insyaAllah ok. Dulu aku sering culas makan ubat, sebab tu lah kerap manic. Sekarang Alhamdulillah dah terkawal.
Hanan Mikhael Azman
Menulis dari pengalaman.
Sumber: Hanan Mikhael Azman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/26/aku-bayang-yakjuj-makjuj-keluar-aku-jadi-takut-otak-celaru-kisah-kelam-penghidap-bipolar-dissoder-sebelum-bertaubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Sebelum Hari Nikah Pasangan Viral Ini Raih Perhatian

Kisah Sebelum Hari Nikah Pasangan Viral Ini Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 270 hits
Kerana Kasih Syg Kisah Sebelum Hari Nikah Pasangan Viral Ini Raih PerhatianNamun apa yang menjadi perhatian dan menerima pujian apabila pasangan ini tetap meneruskan majlis mereka Kisah yang turut dimuat naik melalui laman Siakap Keli Press...
Kisah Cinta Penuh Dugaan 2 Bulan Sebelum Nikah Pengantin Perempuan Disahkan Hidap Kanser Tahap 4

Kisah Cinta Penuh Dugaan 2 Bulan Sebelum Nikah Pengantin Perempuan Disahkan Hidap Kanser Tahap 4

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 350 hits
Selepas malam pastinya datangnya siang Selepas ujian pasti adanya hikmah yang menanti Itulah kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini Kita hanya merancang selebihnya Allah yang tentukan Dalam sebuah persahabatan jantina bukanlah satu...
Takut Tak Boleh Bayang Macam Mana Perut Besor Tu Akhirnya Jamal Abdillah Dedahkan Ini

Takut Tak Boleh Bayang Macam Mana Perut Besor Tu Akhirnya Jamal Abdillah Dedahkan Ini

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 463 hits
PENYANYI terkenal Datuk Jamal Abdillah 60 akui gementar menanti kelahiran anak perempuannya yang dijangka pada 5 Oktober nanti Takut tak boleh bayang macam mana perut besor tu Akhirnya Jamal Abdillah dedahkan ini
8 Tanda Implantasi Berhasil Boleh Tahu Anda Hamil Sebelum Keluar Tanda Kehamilan

8 Tanda Implantasi Berhasil Boleh Tahu Anda Hamil Sebelum Keluar Tanda Kehamilan

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 696 hits
Kalau anda sedang ikhtiar untuk hamil pasti anda sedia maklum mengenai tanda tanda kehamilan Tapi untuk kenalpasti tanda hamil boleh mengelirukan malah anda mungkin terlepas pandang tanda implantasi berhasil yang anda boleh ketahui lebih aw...
Kisah Perjuangan Bj Habibie Atasi Pengangguran Usai Ri Dihantam Krisis Ekonomi 98

Kisah Perjuangan Bj Habibie Atasi Pengangguran Usai Ri Dihantam Krisis Ekonomi 98

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 177 hits
BJ Habibie telah menghembuskan napas terakhirnya pada 11 September 2019 Selain dikenal sebagai orang paling cerdas diantara ahli penerbangan hingga diberikan julukan Mr Crack beliau juga pernah menjabat sebagai Presiden Republik Indonesia k...
Supaya Dia Tahu Darah Perwira Tu Macam Mana Kisah Veteran Ggk Train Cucu Jadi Komando Sejak Kecil

Supaya Dia Tahu Darah Perwira Tu Macam Mana Kisah Veteran Ggk Train Cucu Jadi Komando Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 431 hits
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Inilah peribahasa yang sesuai dengan semangat perjuangan yang mengalir dalam darah seorang kanak kanak cilik Muhammad Haziq Muhammad Hariq 6 tahun yang ingin mengikut jejak langkah datuknya Abdul H...
Kejujuran Tak Ternilai Kisah Pria Kayuh Sepeda Solo Pasuruan Demi Kembalikan Dompet Jatuh

Kejujuran Tak Ternilai Kisah Pria Kayuh Sepeda Solo Pasuruan Demi Kembalikan Dompet Jatuh

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 222 hits
Masih adakah orang berbuat jujur tanpa pamrih di kehidupan ini Jawabnya ada Sebuah kisah mengharukan dialami oleh Diky Putra Setiawan seorang warga Manyar Surabaya ini membuktikan kalau memang masih ada segelintir orang berhati mulia dan ju...
Kisah Melayu Malas Dan Salahkan Bangsa Lain

Kisah Melayu Malas Dan Salahkan Bangsa Lain

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 492 hits
LUAHAN HATI ANAK MELAYU KUALA KEDAH SENARIO YG MGKIN JUGA BERLAKU D KUALA LAIN D NEGARA MALAYSIA TERCINTA Harga ikan segar di Jeti Kuala Kedah pun dah melambung mahalnya Tuan Puan semua yang dikasihi Allah swt dirindui Rasulullah saw sekali...
Kisah Kedekatan Bj Habibie Dengan Mantan Presiden Timor Leste Xanana Gusmao

Kisah Kedekatan Bj Habibie Dengan Mantan Presiden Timor Leste Xanana Gusmao

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 300 hits
Mantan Presiden Timor Leste Xanana Gusmao menjenguk BJ Habibie Agustus 2019 lalu Ternyata ini awal kedekatan mereka
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik