Aku Ahli Amanah Juga




Aku tahulah aku ni bukan level² yang patut komen itu ini terhadap sinetron politik yang berlaku.. Bahkan aku tahu juga, pendirian aku ini boleh jadi ditolak total 100% oleh kawan² bahkan tak mustahil juga dipersetujui oleh lawan yang mempunyai sifat ihsan.. So, tak luak apapun kalau kau x setuju dan menolaknya tidaklah menjadi haram..

Jika coretan malam tadi membawa kepada pelbagai cacian, herdikan serta panggilan telefon dan dikritik balik, alhamdulillah aku tidak terkesan dan terguris bahkan terima kasih atas responS balas itu… Maka aku mencoret lagi sekali pada tengah hari Ahad ini..  Tidak lain dan tidak bukan, aku mahu terus memungut responS balas dan penilaian daripada semua sahabat² lainnya… Baik yang berjiwa politik, mahupun yang bukan berjiwa politik…  Jangan ambik serius sampai nak kata bukan².. Komenlah dengan merujuk isi coretan ya… 😍

Ok ini last, lepas ni aku tak hurai lagi isu ini.. Kot ada pon sipi² je…  Janji…  Sebelum tu, aku tegaskan jangan hanya sebab status ini aku dituduh tidak wala' tidak taat pemimpin dan sebagainya…  Aku berkali ulang, pada dasarnya aku bersetuju hasrat besar,  Pimpinan Parti Amanah Negara untuk mengambil kembali mandat.. Tapi, apabila jalan menujunya itu aku lihat kian semakin samar, dan boleh dikatakan kelaut.. Maka aku mencoret lagi, kali ini tentang sikap sesetengah ahli Amanah.. Budak² UMNO dan PAS yang baca jangan terperangkap pulak, apa kau ingat aku bergaduh sesama pendokong amanah ke..?? 🤣🤣🤣Kau sumo lainlah, poncilek hangek…

Ok jom sapu-sapu manja sesama kita… Bismillah..
--------------------------------------------------------------------
INI BUKAN CERITA TENTANG AKU GILA-GILA NAK ANWAR JADI PM… FAHAM..!!! CERITANYA JANGAN DIBAZIRKAN MASA LAGI UNTUK BERFANTASI…

Ahli Amanah yang kucintai, kau persetankanlah hujah² karut kau tu… Makin kau merapu makin aku sapu.. Meludah ke langit dah nampaknya ni.. Sampai kau memunculkan statement² yang UMNO PAS jaja untuk tidak memihak kepada Anwar Ibrahim dalam soal memilih Perdana Menteri.. Lawak apa kau cuba paparkan ini.?


Nak terus hancur atau nak stim seketika waktu menjelang PRU-15.??
Stimnya tu pon belum tentu dapat lagi. Lagi kau nak sembang PKR perlu berlapang dada dan ikhlas sebagainya…


Heyyy… Cannot brain dah aku ni… Aku dah tak nampak arah dah yang MP-PKR yg tinggal itu akan menerima selain Anwar Ibrahim.. Terimalah hakikat ni ha.. Usah lagi kita nak persalahkan mereka dalam ijtihad mereka sedang mereka telah melalui pelbagai siri pengkhianatan bahkan dari adik-beradik sendiri..


ok… Sekarang, cuba kau swingkan pulak hujah² jijik kau tu.. Janganlah hanya sibuk memperjaja  "kita termasuk PKR perlu jaga hubungan dengan mereka(Mahathir sekutunya) demi mencukupkan numbers", sedangkan mereka itu tidak pula dipersoal untuk menjaga hubungan dengan keutuhan kekeluargaan yg terbina 3 serangkai ini sekian lama… Usahlah sembang tentang perlu berjiwa besar apa semua bagai, kau tak nampak betapa jiwa besarnya pendokong parti 1998 itu sebelum ini.? Masih mahu pertikai.?


Kalau benarlah sekalipun, dan berjaya membina kerajaan sekalipun, takda indahnya Kerajaan itu terbina, dan sudah pasti akan terus berlaku penyusunan pengkhianatan dari dalam pula selepas itu.. Apa kau tak nampak 22 bulan PH memerintah bagaimana Game dalam game yang dicatur.?


Sekarang, tidak perlu lagilah rasanya kita nak bermain fantasi ni kerana aku tak nampak dah yang Saifuddin Nasution dan MP-PKR lain akan menerima sifir Mahathir sekali lagi apatah lagi jelas dan nyata sifirnya itu tidak menunjukkan penyatuan pon… Sebaliknya, menuju perpecahan kita..


Mengapa pula tidak dipersoalkan, kenapa bukan mereka yang membantu kita dan menjaga hubungan baik.? Erti katanya jika mereka benar² ikhlas bicara soal "Mandat Rakyat" bantu cukupkan numbers pada Anwar untuk membolehkan PH mengambil Mandat ini kembali.. So benda ni tak berlaku kan.? Jadi mana adilnya kita nak cakap Anwar gila² nak jadi PM.?? Sedangkan yang Gila² taknak bagi Anwar jadi PM itu siapa..??


Zalim dah kita ni jika membuat tuduhan dan hentakan kepada sahabat kita(PKR), yang sebelum inipun terbukti sekian kalinya banyak berkorban dalam menuju penyatuan untuk menggapai kejayaan mengambil Putrajaya… Atau korang sedang dibuai mimpi dan masih tertanam bahawa PKR ini yg menjahanamkan PH.? Ya, memang puak² dari PKR, tapi itu kelompok kartel, PKR yang kita lawan sebelum ini adalah kartel Azmin Ali dan koncunya ini yang itu jugalah manusia yg hampir menggagalkan kita untuk membina keutuhan PH sebelum PRU-14.. Tapi setelah menang, Mahathir juga termakan dengan sailang Azmin Ali mengenai perlantikan kabinet daripada PKR itu sendiri, termakan sailang atau Mahathir sendiri sailangkan, aku tak pasti…  Korang lupa dah ke..?? Tak lama mana PH memerintah 22 bulan je,, takkan lupa siri² yang dipaparkan oleh  pelakon yang 'tidak pernah gagal' ini.. Jadi,, aku ullangggg,,, mana adil nya kita nak meletakkan beban istilah 'berlapang dada' kepada sahabat PKR semata-mata..


Benda mudah pon nak kene hurai ke? hmmmmm… Isunya sekarang bukan Anwar perlu jadi PM…  Isunya pergi kot mana pon, numbers tu memang mustahil dah untuk dicapai… Opsyen nya tidak lain dan tidak bukan, terus perkukuh erat dan susun jentera persiap isu dll untuk memasuki PRU dengan jayanya…


Daripada kita terus bermain dengan fantasi yang tidak pasti selesai ini,(mungkin juga ini muslihat dalam muslihat), dalam masa yang sama di grass root terus hilang arah sesama pendokong PH, ayuh kita perkukuhkan Pakatan Harapan ini dengan sifir baharu… Membenarkan kehancuran Pakatan Harapan dan membuka ruang kembali kepada UMNO berkuasa selepas PRU-15 hasil berpecahan ini, adalah suatu kerugian besar… Kau yang sembang tu lainlah, dah ngaso shedappp² ko..?


Mana yang kita nak?
PILIHAN DI TANGAN ANDA… 🇲🇾

Nota Kaki: Aku tidak terikat dengan mana² individu ke atas status ini, melainkan hanya sekadar pandangan peribadi anak kecil yang juga ingin ikut sama bersuara tentang Politik.. Bahkan telah disampaikan juga kepada ramai pimpinan secara group whatsapp dan personal baik senior mahupun pimpinan Pemuda, alhamdulillah juga tidak kurang yang memberi pandangan balas baik, TQ… Coretan ini bukanlah untuk menidakkan keupayaan Pimpinan Parti membuat keputusan, jauh sekali menghina syura parti, ianya hanya hadir mencoret untuk terus menjaga hubungan kekeluargaan di peringkat bawahan (ahli² parti komponan), mereka di atas itu lain padangnya harini berbalah malam nanti boleh baik.. Ahli bawah ini kang lain jadinya, kang kot ada dua PDM (PH) dalam satu² lokaliti pusat mengundi itu yang kito taknak..Takpa, buat pimpinan teruskan dengan ijtihad apapun sekiranya ianya untuk menggapai kebaikan kelak dan berjaya aku akan terus mendokong Parti ini.. Ahli² pula, janganlah melaga² sesama komponan… Mereka di atas itupun tak berbuat demikian… Apapun aku tetap menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan, tetapi aku juga tidak lari dari melontarkan komentar, mungkin juga strategi yang sedang berjalan ini akan meranapkan dan menjahanamkan terus Muhyiddin dan Azmin Ali serta koncunya, kita pun tidak tahukan, bahkan juga yang sedang berjalan ini juga hasil dari buah fikir Anwar Ibrahim sendiri (boleh jadi)…  Saya ullang,,, takpalah bukan Anwar sekalipun yang penting PH jangan pecah…

INILAH POLITIK…

BIAR MATI BERDIRI, DARI HIDUP MELUTUT..✊

SEKIAN…

UZA
Bukit Rokan
29. June. 2020





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/aku-ahli-amanah-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Terbuka Kepada Ahli Amanah

Surat Terbuka Kepada Ahli Amanah

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 284 hits
ZULKAEDAH menjengah tiba dan bulan ini sarat dengan peristiwa dalam sirah ar Rasul SAW Antara peristiwa politik dakwah yang terakam dilangit sejarah ialah peristiwa Perjanjian Hudaibiah pada tahun enam Hijrah kebijakan seni politik dakwah a...
Rentasan 698 Panas Ini Amaran Pimpinan Tertinggi Amanah Dap Terhadap Keadilan

Rentasan 698 Panas Ini Amaran Pimpinan Tertinggi Amanah Dap Terhadap Keadilan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 374 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6981 PENGUNDI PAKATAN HARAPAN TIDAK AKAN AMPUNKAN PENGKHIANAT 2 AMANAH MOHON BERSABAR DAN JAGA SETIAKAWAN 3 MENTERI UNDANG UNDANG BUAT LAWAK APA 4 ILMUAN WAJAR BERCAKAP BENAR DAN BEBAS POLITIK
Yoursay With Dap And Amanah Backing Dr M Anwar In A Tight Spot

Yoursay With Dap And Amanah Backing Dr M Anwar In A Tight Spot

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 320 hits
YOURSAY Anwar s story is like a Malay tragedy Mahathir does not like him No Body Child I have been a planter for more than 50 years There is a time for everything a time to sow a time to fertilise and a time to harvest Since Dr Mahathir Moh...
Pas Persoal Mengapa Amanah Histeria Bila Dap Kena Serang

Pas Persoal Mengapa Amanah Histeria Bila Dap Kena Serang

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 262 hits
Seorang kolumnis Harakahdaily mempersoal sikap AMANAH yang dianggapnya seperti diserang histeria apabila Pas menyerang DAP Memanggil AMANAH sebagai PAN penulisnya Mohd Nasir Abdullah berkata Pas tidak menyerang AMANAH sebaliknya DAP yang di...
Mahathir Sah Tamak Kuasa Dap Dan Amanah Harus Segera Tinggalkannya

Mahathir Sah Tamak Kuasa Dap Dan Amanah Harus Segera Tinggalkannya

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 333 hits
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri buat kali yang ketiga meskipun tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan PKR hakikatnya hanya menyerlahkan gila kuasanya bekas Pengerusi Bersatu itu Kat...
Kit Siang Wrong To Assume Amanah Dap Have Abandoned Anwar

Kit Siang Wrong To Assume Amanah Dap Have Abandoned Anwar

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 318 hits
Following DAP and Amanah s call for Dr Mahathir Mohamad to serve as interim prime minister for if Pakatan Harapan and its allies recapture Putrajaya Lim Kit Siang clarified the parties have not abandoned their long time ally Anwar Ibrahim T...
Dap Dan Amanah Setuju Anwar Jadi Pm

Dap Dan Amanah Setuju Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 421 hits
DAP dan Amanah berkata pihak mereka konsisten menyokong Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Bagaimanapun kedua dua parti tersebut turut mengulangi bahawa mereka percaya dengan senario politik semasa satu satunya ...
Mengembalikan Kerajaan Ph Demi Kebajikan Rakyat Amanah Dap

Mengembalikan Kerajaan Ph Demi Kebajikan Rakyat Amanah Dap

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 239 hits
KENYATAAN MEDIA Kami ingin memberi kenyataan respon kepada PKR yang sebelum ini telah mengumumkan menolak pilihan kedua untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana ...
Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 541 hits
Part 1 Part 2 Sheraton Langkawi pulakah Dr Mahathir dipetik sebagai berkata Beliau merujuk kepada ketetapan PKR yang tidak mahu menerima beliau sebagai PM sebaliknya mahukan Anwar Sebenarnya PH ingin dan sudah pun berusaha untuk jatuhkan Mu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah