Pas Persoal Mengapa Amanah Histeria Bila Dap Kena Serang



(Malaysia Dateline) – Seorang kolumnis Harakahdaily mempersoal sikap AMANAH yang dianggapnya seperti diserang histeria apabila Pas menyerang DAP.
Memanggil AMANAH sebagai PAN, penulisnya Mohd Nasir Abdullah berkata, Pas tidak menyerang AMANAH sebaliknya DAP yang diakui Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tulang belakang Pakatan Harapan (PH).
“Tapi masalahnya PAN itu yang terjerit-jerit, tergolek-golek macam histeria bila DAP kena serang. DAP ok saja bila Pas serang, yang PAN meracau apa hal?” tempelaknya kelmarin.
Beliau turut mengulas kritikan AMANAH baru-baru ini terhadap Pas terutama kerajaan negeri Terengganu berhubung isu meminta wang daripada kontraktor bagi mencari dana Pilihan Raya Umum (PRU).
“Malangnya seperti biasa, tuduhan hanya melalui akhbar mereka, tidak sampai ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
“Dikatakan ianya sudah lama berlaku, oleh itu kenapa tidak dilaporkan kepada SPRM sewaktu mereka menjadi kerajaan dahulu. Cakap kedai kopi dibawa masuk dalam akhbar,” bidasnya.
Nasir juga menyebut tentang jumlah wang yang dikaitkan dengan Pas iaitu RM30 juta pada masa ini berbanding RM90 juta sebelum PRU14.
“Mungkin kerana untuk Terengganu sahaja, jadi RM30 juta. Tetapi bagaimana negeri-negeri lain? Tak akan PAN tak tahu berapa banyak keperluannya?
“Lagi persoalannya, Pas sudah menjadi kerajaan PN, habis nak lawan siapa lagi? Di Terengganu, Pas hanya ada PAN sebagai lawan yang semuanya kehilangan deposit.
“Tak akan nak kumpul sampai RM30 juta semata-mata nak lawan PAN. Membazir… baik sedekah,” ujarnya lagi.
Difahamkan Pas Terengganu berazam untuk memastikan dalam akaun mereka mempunyai dana sebanyak RM30 juta menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Minggu lepas, sumber seorang ahli perniagaan memberitahu Malaysia Dateline bahawa terdapat seorang individu yang digelar Pegawai Khas Projek di pejabat Menteri Besar Terengganu yang dilantik untuk mengumpul dana tersebut dari projek-projek yang melibatkan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Nasir menganggap isu tersebut sebagai hanya untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini sahaja.
Walau bagaimanapun, katanya, AMANAH salah sasaran kerana Pas tidak bertanding dalam PRK tersebut.
“Dan jika memang PAN nak jatuhkan PN pun, tak berbaloi sebab Pas 8 kerusi DUN saja. Pas bukan tulang belakang PN.
“Habis itu yang Pas tak puas-puas serang PAN itu kenapa? Kan PAN parti nyamuk, bukan banyak kerusi pun, bukan tulang belakang PH pun?” sinisnya lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/06/23/pas-persoal-mengapa-amanah-histeria-bila-dap-kena-serang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Sah Tamak Kuasa Dap Dan Amanah Harus Segera Tinggalkannya

Mahathir Sah Tamak Kuasa Dap Dan Amanah Harus Segera Tinggalkannya

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 405 hits
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri buat kali yang ketiga meskipun tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan PKR hakikatnya hanya menyerlahkan gila kuasanya bekas Pengerusi Bersatu itu Kat...
Kit Siang Wrong To Assume Amanah Dap Have Abandoned Anwar

Kit Siang Wrong To Assume Amanah Dap Have Abandoned Anwar

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 502 hits
Following DAP and Amanah s call for Dr Mahathir Mohamad to serve as interim prime minister for if Pakatan Harapan and its allies recapture Putrajaya Lim Kit Siang clarified the parties have not abandoned their long time ally Anwar Ibrahim T...
Peringatan Buat Dap Dan Amanah Biar Dr Mahathir Mati Kering Dalam Ketamakan

Peringatan Buat Dap Dan Amanah Biar Dr Mahathir Mati Kering Dalam Ketamakan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 556 hits
MAHATHIR SAH TAMAK KUASA DAP DAN AMANAH HARUS SEGERA TINGGALKANNYA Shahbudin Husin Pengumuman Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengejar jawatan Perdana Menteri buat kali yang ketiga meskipun tidak mahu lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim ...
10 Sebab Dap Amanah Perlu Tinggalkan Mahathir

10 Sebab Dap Amanah Perlu Tinggalkan Mahathir

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 334 hits
Walaupun Tun Mahathir Mohamad masih mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah bagi mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri buat kali yang ketiga dengan cuba mencari jalan lain bagi tujuan itu di sebalik Anwar Ibrahim dan PKR telah muktamad ...
Kenyataan Media Bersama Amanah Dan Dap Shafie Apdal Pm9

Kenyataan Media Bersama Amanah Dan Dap Shafie Apdal Pm9

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 447 hits
Parti Amanah Negara dan Parti Tindakan Demokratik mengambil maklum kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pertemuan tidak rasmi 2 hari yang lalu dan cadangan untuk menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri AMA...
Yoursay With Dap And Amanah Backing Dr M Anwar In A Tight Spot

Yoursay With Dap And Amanah Backing Dr M Anwar In A Tight Spot

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 433 hits
YOURSAY Anwar s story is like a Malay tragedy Mahathir does not like him No Body Child I have been a planter for more than 50 years There is a time for everything a time to sow a time to fertilise and a time to harvest Since Dr Mahathir Moh...
Rentasan 698 Panas Ini Amaran Pimpinan Tertinggi Amanah Dap Terhadap Keadilan

Rentasan 698 Panas Ini Amaran Pimpinan Tertinggi Amanah Dap Terhadap Keadilan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 440 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6981 PENGUNDI PAKATAN HARAPAN TIDAK AKAN AMPUNKAN PENGKHIANAT 2 AMANAH MOHON BERSABAR DAN JAGA SETIAKAWAN 3 MENTERI UNDANG UNDANG BUAT LAWAK APA 4 ILMUAN WAJAR BERCAKAP BENAR DAN BEBAS POLITIK
We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 473 hits
DAP and Amanah have reiterated their support for Pakatan Harapan chairperson Anwar Ibrahim to be prime minister but also repeated their belief that given the current situation the best tactical move would be to allow for a six month transit...
As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 470 hits
DAP and Amanah urged allies in the so called Pakatan Plus grouping to reach a compromise today saying they were duty bound to regain control of the government from the unelected Perikatan Nasional In a joint press statement today Amanah pre...
Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Siti Nurhaliza Aliff Syukri Jadi Penyumbang Zakat Perniagaan Tertinggi Lzs

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Aida Dimasukkan Ke Icu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Top 19 The Greatest Historical Buildings From All Over The World

Barnsbury House By Architecture For London A Grade Ii Listed Georgian Home In The Barnsbury Conservation Area

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says

Your Countries Are Going To Hell Trump Tells Europe