Dap Dan Amanah Setuju Anwar Jadi Pm


DAP dan Amanah berkata pihak mereka konsisten menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri

Bagaimanapun, kedua-dua parti tersebut turut mengulangi bahawa mereka percaya dengan senario politik semasa, satu-satunya langkah terbaik adalah membenarkan tempoh peralihan kuasa selama enam bulan

Ia susulan Presiden PKR Anwar, menerusi siaran langsung Facebook semalam, menyifatkan bahawa PH tetap kukuh walaupun ada kenyataan menyinggung dan selepas dua gabungan parti itu menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai calon jawatan tertinggi kabinet jika PH Plus mengambil alih Putrajaya kembali

“Kami konsisten menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri sejak 1998 dan akan terus berbuat demikian,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam satu kenyataan bersama hari ini

Meskipun dalam menghadapi perselisihan faham, kedua-dua pihak tersebut menekankan kepentingan gabungan kekuatan dari PKR, Amanah dan DAP dalam PH, serta Warisan dan kelompok penyokong Dr Mahathir

“Perjalanan politik ini telah mengambil masa 22 tahun, justeru kita mampu menunggu enam bulan lagi untuk melihat Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10 Malaysia

“Peralihan enam bulan ini akan didokumenkan secara bertulis, ditandatangani kesemua pemimpin parti dan diumumkan secara terbuka,” katanya lagi

Tambah DAP dan Amanah, gabungan PH Plus harus mencari titik persamaan bagi menuntut kembali mandat yang telah diberikan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 2018

“Kami berharap PKR dan Mahathir, bersama-sama Warisan tidak akan semakin menjauh bahkan terus merapat dan bersatu-padu

“Melihat masing-masing sebagai musuh dan bukan rakan sekutu tidak akan membantu perjuangan rakyat bahkan hanya membantu mereka yang telah menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih rakyat, dengan sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat,” tambahnya

Jelas kedua-dua parti itu lagi, tidak adil bagi melabel mereka sebagai gila kuasa dalam usaha untuk mencari jalan terbaik untuk mengambil alih Putrajaya

“Ini tidak adil kerana walaupun kami tidak gentar menjadi pembangkang, rakyat telah mengundi pada tahun 2018 supaya kami mengambil alih kerajaan,” katanya

“Ini adalah sebuah perjuangan suci untuk mendaulatkan demokrasi serta nilai undi jutaan rakyat Malaysia yang memilih untuk menukar kerajaan bagi menyingkirkan pentadbiran yang korup dan kleptokratik, melibatkan puluhan bilion Dolar Amerika,” katanya lagi

Selain itu, DAP dan Amanah juga berkata bahawa PH Plus akan menggerakkan jentera parti untuk mempersiapkan diri dengan kemungkinan pilihan raya mengejut, dan bekerjasama dengan semua parti politik yang menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Kebuntuan pemilihan calon perdana menteri di blok pembangkang telah menimbulkan perselisihan dan perbezaan pendapat antara pemimpin PH

Jumaat lalu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad telah mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa Anwar gagal meraih sokongan GPS untuk merampas Putrajaya

Mereka juga keliru dengan penolakan PKR untuk menyokong Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri serta mendakwa bahawa parti tersebut telah bersetuju akan cadangan itu ketika mesyuarat PH 30 Mei lalu

DAP dan Amanah dilihat cenderung memilih Dr Mahathir bagi menggalas jawatan perdana menteri itu buat kali ketiga selama enam bulan dengan Anwar sebagai timbalannya, sebelum peralihan kuasa kepada presiden PKR itu

Namun PKR tetap bertegas inginkan Anwar menyandang jawatan perdana menteri tanpa perlu melalui fasa peralihan kuasa dengan Dr Mahathir. - mk





Berminat beriklan di web Addin. Sila klik link di bawah..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/06/dap-dan-amanah-setuju-anwar-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 373 hits
Cadangan agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan dan sekutunya dapat memperoleh kembali kuasa persekutuan mendapat sokongan pemimpin Amanah DAP dan Warisan kata Dr Mahathir Mohamad Mahathir...
Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 416 hits
KENYATAAN MEDIA Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa khususnya mengena...
We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

We Re Still Backing Anwar But Can Wait 6 Months Dap And Amanah

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 312 hits
DAP and Amanah have reiterated their support for Pakatan Harapan chairperson Anwar Ibrahim to be prime minister but also repeated their belief that given the current situation the best tactical move would be to allow for a six month transit...
As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

As Impasse On Pm Candidate Remains Dap And Amanah Urge Anwar And Pkr To Accept Six Month Wait

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 333 hits
DAP and Amanah urged allies in the so called Pakatan Plus grouping to reach a compromise today saying they were duty bound to regain control of the government from the unelected Perikatan Nasional In a joint press statement today Amanah pre...
Yoursay With Dap And Amanah Backing Dr M Anwar In A Tight Spot

Yoursay With Dap And Amanah Backing Dr M Anwar In A Tight Spot

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 319 hits
YOURSAY Anwar s story is like a Malay tragedy Mahathir does not like him No Body Child I have been a planter for more than 50 years There is a time for everything a time to sow a time to fertilise and a time to harvest Since Dr Mahathir Moh...
Kit Siang Wrong To Assume Amanah Dap Have Abandoned Anwar

Kit Siang Wrong To Assume Amanah Dap Have Abandoned Anwar

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 318 hits
Following DAP and Amanah s call for Dr Mahathir Mohamad to serve as interim prime minister for if Pakatan Harapan and its allies recapture Putrajaya Lim Kit Siang clarified the parties have not abandoned their long time ally Anwar Ibrahim T...
Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

Sikap Amanah Dap Dalam Isu Sokongan Anwar Atau Dr M

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 541 hits
Part 1 Part 2 Sheraton Langkawi pulakah Dr Mahathir dipetik sebagai berkata Beliau merujuk kepada ketetapan PKR yang tidak mahu menerima beliau sebagai PM sebaliknya mahukan Anwar Sebenarnya PH ingin dan sudah pun berusaha untuk jatuhkan Mu...
Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

Pkr Wajib Singkirkan Dap Amanah Kerana Khianati Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 346 hits
Adun Sungai Acheh dari PKR Zulkifli Ibrahim berkata tindakan Amanah dan DAP menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri merupakan suatu pengkhianatan kepada parti itu Dalam satu kenyataan di Facebook Zulkifli yang dispekulasi a...
Dap Dan Khadamnya Amanah Kini Mengkritik Kepimpinan Anwar

Dap Dan Khadamnya Amanah Kini Mengkritik Kepimpinan Anwar

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 425 hits
DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama mereka untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak berjaya mendapat sokongan diperlukan bagi membentuk kerajaan Justeru ia menyebabkan pilihan kedua iaitu Dr Mahahir Mohamad sebag...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut