Aktiviti Wangikan Rumah Ronald Mcdonald Husm Oleh Team Afy Haniff
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff | Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Baru-baru ni Team AFY haniff telah mengadakan aktiviti mewangikan rumah Ronald Mcdonald di HUSM, Kelantan.. Baguskan kalau selalu diadakan aktviti sebegini rupa.. Sekurang-kurangnya terjaga juga kebersihan Rumah Ronald McDonald tu untuk menjamin keselesaan bagi penghuninya..
Eh sebut tentang AFY haniff ni mesti korang nak tahu tentangnya bukan? Haaa mai aku kenalkan.. AFY haniff sangat terkenal dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga.. AFY haniff Group (M) Sdn. Bhd. diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006 dalam menyediakan detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai.. Hari ini, AFY haniff telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasaraya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.
Wah semakin meluas nampaknya ye jenama AFY haniff ni dipasaran.. Aku sendiri pun pernah menggunakan AFY haniff untuk menghalau serangga dekat rumah aku ni.. Memang sangat bagus dan berjaya menghalau para serangga.. Hiks.. Bagi aku setiap rumah perlu ada produk AFY haniff ni sebab produk keluaran mereka sangat bagus.. Aku yakin setiap rumah pun mempunyai masalah serangga.. Tak kiralah apa sekali pun.. Macam rumah aku, masalah semut paling ketara.
Oh ya, baru-baru ini Team AFY haniff telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.. Aktiviti ini adalah hasil kerjasama yang pertama di antara AFY Haniff dan juga team McDonald's dengan di bantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan aktiviti ini.. Aktiviti sebegini sememangnya wajar dilakukan bagi memastikan kebersihan Rumah Ronald McDonald terjaga..
Tujuan utama AFY haniff bertindak untuk mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati mereka kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik sekaligus meringankan sedikit beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian tersebut.. Aktiviti gotong-royong ini diadakan pada 24 September 2019 dengan susunan jadual yang rapi..
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff
9.00 am - Berkumpul untuk sesi perkenalan dan taklimat ringkas
9.30 am - Lawatan ke Rumah Ronald McDonald Kubang Kerian
10.30 am - Membeli belah barangan keperluan untuk kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald antaranya barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan basah
12.30 pm - Aktiviti memasak secara beramai-ramai untuk makan tengahari bersama
2.00 pm - Aktiviti wangikan Rumah Ronald McDonald bermula dengan menggunakan produk AFY haniff seperti sapu sampah, mop lantai dengan menggunakan pencuci lantai AFY haniff, spray pewangi pada fabrik seperti langsir dan sebagainya menggunakan Pewangi Fabrik AFY haniff dan mencuci pinggan mengguankan Pencuci Pinggan AFY haniff.
Pemberian sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY haniff kepada para penghuni yang ada di HUSM, Kubang Kerian.
Sumbangan Wang Kepada Salah Seorang Waris Pesakit di Rumah Ronald McDonald HUSM
Bukan setakat pemberian sumbangan dalam bentuk barangan tetapi AFY haniff juga memberi sumbangan wang kepada salah seorang waris pesakit pediatrik di Rumah Ronald McDonald HUSM Kubang Kerian.. Pemberian wang ini adalah secara 'kilat' dimana pemberian wang yang tidak seberapa ini diberi secara mengejut 'on the spot' kerana atas rasa sedih akan nasib keluarga ini
Kalau korang nak tahu, anak kepada pakcik ini sedang terlantar di HUSM, Kubang Kerian akibat dilanggar kereta dan usia anaknya baru sahaja 5 tahun. Kecederaannya agak serius dan aku berharap agar korang semua dapat mendoakan kesembuhan buat anak pakcik ini..
Produk AFY haniff Produk Penghalau Serangga Terbaik Di Malaysia
Seperti yang aku katakan diawal tadi, aku pernah menggunakan produk AFY haniff ni untuk menghalau serangga.. Dekat rumah aku ni bermacam-macam serangga pun dok ada.. Seolah-olah macam penternah serangga yang berjaya jerk gayannya.. Haha!! Nasib baiklah ada Swipel Serai Wangi Insert Repellent & Cleaner dari AFY haniff ni.. Segala masalah serangga dapat diatasi.. Paling penting produk mereka adalah produk yang tidak beracun dan selamat digunakan.
Antara kelebihan Swipel Serai Wangi ni adalah :-Penghalau serangga semulajadiBerasaskan herba semulajadiTidak beracunSelamat pada manusia, haiwan dan persekitaranJimat penggunaanTiada bahan kimia berbahayaHaruman semulajadi dan segar Serai WangiMembersih kotoran
Cara guna Swipel Serai WangiBersihkan permukaan yang ingin disembur terlebih dahuluGoncang sebelum gunaPutarkan trigger pada stream atau semburanSembur dengan jarak 20cm dari objekTidak perlu dibilas selepas disemburJika digunakan pada tumbuhan atau haiwan, cairkan semburan pada nisbah 1:3
Cara pengendalian dan langkah keselamatanSimpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanakKegunaan luaran sahaja, tidak boleh diminumBilas tangan dengan air bersih selepas menggunakanJika tertelan, segera kumur dan minum banyak air masak serta dapatkan nasihat doktor. Bawa bersama label produkJika terkena mata, basuh dengan air yang mengalir selama beberapa minitGuna sarung tangan untuk mengendalikan jika kulit sensitifSetakat ni aku guna Swipel Serai Wangi Penghalau Serangga dan Pencuci sahaja sebab senang main sembur jerk.. Ada lagi jenis lain untuk halau serangga ni iaitu Penghalau Serangga & Penyegar Udara serta Lilin & Minyak Pelita Penghalau Serangga.. Insyaallah akan datang aku akan cuba pula jenis yang lain ni..
Dapatkan Produk AFY haniff Untuk Menghalau Serangga Di Rumah Anda
Banyak gile jenis produk AFY haniff ni.. Produk mereka memang lengkap untuk kegunaan satu rumah.. Bukan setakat Swipel Serai Wangi untuk menghalau serangga sahaja tau malah ada juga D'Menc Air Freshener, Plash Foaming HandWash dan 40 Days Dishwash.. So tak perlu dah nak pening kepala nak buat pilihan jenama.. Guna aja AFY haniff lengkap semuanya.. Satu rumah bersih dan berbau harum..
Untuk info lanjut, korang boleh layari :-
👉 Website : http://afyhaniff.com/👉 Facebook : https://www.facebook.com/AFYconsumer/👉 Instagram : https://www.instagram.com/afyhaniff_consumer/
Hashtag : #AFYhaniffCares #AFYGiveBack #bitemediaconsultants #bitewithyou#mcdonaldcharityhouse #HUSM #swipel #plash #40days #kelantan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.leaazleeya.com/2019/10/aktiviti-wangikan-rumah-ronald-mcdonald.html