Afy Haniff Syarikat Muslim Yang Patut Dijadikan Contoh Dalam Projek Kerja Amal


Assalamualaikum. Hai!


Lama CikSha tak bersiaran kan. Sibuk sikit lately dengan kehidupan di alam realiti plus kesihatan kesayangan-kesayangan CikSha yang tak berapa nak mengizinkan. Mujur Allah bagi ‘superwomen’ sorang ni sihat walafiat. Tu rezeki la tu kan. Nak bagi ada kudrat menghadap kerenah kesayangan yang tak sihat. Tapi tu la, kerja ‘online’ CikSha semua terbengkalai la sekejap. Family is my first priority. Gituuu.


Entri kali ni CikSha nak berkongsi satu kisah inspirasi yang pada CikSha sangat mengagumkan dan patut dipuji. Kenapa CikSha kata inspirasi yang boleh buat kita kagum? Sebab jarang ada syarikat muslim yang dah berjaya, nak hantar team turun padang buat kerja amal yang memerlukan kudrat. Selalunya kebanyakan syarikat muslim yang berjaya akan bagi sumbangan dalam bentuk kewangan je. Jarang yang bagi sumbangan dalam bentuk tenaga kerja ni. Betul tak?



AFY Haniff Contoh Syarikat Muslim Yang Terbaik Dalam Projek Kerja Amal
Tapi lain dari yang lain Syarikat AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd ni. Mereka banyak terlibat dalam kerja amal  dengan masyarakat di kawasan sekitar syarikat iaitu di Melaka seperti membersihkan masjid dan lain-lain. Baru-baru ni, iaitu pada 24 September 2019, team mereka ‘berjalan jauh’ sampai ke Kelantan untuk membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan. Memang terbaik la team AFY Haniff ni!


Projek kerja amal membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM (RMHC) adalah kerjasama julung kali di antara team AFY Haniff dan team RMHC. Kerjasama di antara mereka ini turut dibantu oleh Bite Media Consultants yang bertindak sebagai pembantu belakang tabir untuk menjayakan aktiviti ini.


Tujuan utama team AFY Haniff sanggup turun ke Kelantan untuk membuat projek amal di Rumah Ronald McDonald HUSM adalah untuk memberi semangat dan menzahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga pesakit di HUSM yang menyewa di situ. Selain itu, memberikan sedikit kegembiraan dan keselesaan kepada penghuni RMHC dengan membantu team RMHC membersihkan kawasan sekitar tempat tersebut. Satu usaha yang sangat patut dipuji!


Big boss AFY Haniff dengan produk terbaik keluaran syarikat
Disebalik nama AFY Haniff
Sebelum CikSha cerita lebih panjang lebar pasal kerja amal yang AFY Haniff dah jalankan di RMHC tu, meh CikSha nak kenalkan dengan syarikat muslim yang sangat terbaik ni dulu. Buat pengetahuan, Syarikat AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat anak tempatan bumiputera muslim yang beroperasi di Melaka sejak tahun 2006 lagi.


AFY Haniff mengeluarkan produk berasaskan herba semulajadi terutamanya serai wangi. Antara produk keluaran syarikat ini ialah : 
Pewangi Fabrik D’MENC AFY haniff Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniffPencuci Lantai SWiPEL AFY haniff dan lain-lain lagi.
Produk-produk keluaran AFY Haniff boleh didapati di lebih 2,000 pasaraya di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand tau. Jangan main-main ok. Pasaran produk ni dah menjelajah ke luar negara. Bukan calang-calang produk yang dihasilkan oleh syarikat AFY Haniff ni. Sangat mengagumkan. Bukan sesuatu yang mudah untuk pasarkan produk buatan Malaysia ke luar negara tau.


Projek Amal AFY Haniff di Rumah Ronald McDonald HUSM Kelantan
Macam yang CikSha dah cerita sikit kat atas tu, projek amal AFY Haniff di Rumah Ronald McDonald ni adalah yang pertama kali dibuat dengan kerjasama dari Bite Media Consultant. Walaupun pertama kali, segalanya berjalan dengan sangat lancar. Kerjasama yang diberi dari pihak team AFY Haniff, team RMHC dan Bite Media Consultant membuatkan perancangan aktiviti sepanjang hari tersebut smooth je dari pagi sampai ke petang.

Gambar atas : Sesi Perkenalan dan Taklimat ringkas
Gambar bawah : Lawatan ke sekitar rumah Ronald McDonald
Fasiliti yang terdapat di Rumah Ronald McDonald
Laundry Room, Play Room, Tempat Makan, Dapur, Bilik Tidur
Aktiviti dimulakan seawal 9.00 pagi dengan sesi perkenalan dan taklimat ringkas. Pihak RMHC berasa teruja apabila mendapat tahu team AFY Haniff ‘mengembara’ ke situ dengan membawa pelbagai produk keluaran AFY Haniff untuk projek amal membersihkan dan mewangikan sekitar RMHC.


Selepas sesi taklimat dan perkenalan, team AFY Haniff dibawa melawat sekitar Rumah Ronald McDonald oleh wakil pengurusan RMHC. Kali ni, team AFY Haniff pula yang teruja dan kagum melihat fasiliti yang disediakan di situ. Semuanya serba lengkap bagaikan 5 star hotel untuk keselesaan keluarga pesakit yang menyewa di situ walaupun kadar bayaran dikenakan cuma RM5 sehari.


Aktiviti shopping di Mydin Kubang Kerian
Antara barangan shopping
Sebelum memulakan aktiviti ‘gotong-royong’, team AFY Haniff, team RMHC dan Bite Media Consultant telah bersama-sama ke Pasaraya Mydin Kubang Kerian untuk membeli barangan keperluan bagi kegunaan keluarga pesakit yang menghuni di RMHC. Antara barangan yang dibeli ialah barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah. Alhamdulillah. Rezeki buat penghuni di RMHC. Dapat kurangkan beban mereka yang dalam fasa kerisauan dan kesedihan. Segalanya lengkap untuk kemudahan mereka. A big thanks untuk pihak AFY Haniff!


Usai aktiviti ‘shopping’, team AFY Haniff, RMHC dan Bite Media Consultant berehat buat seketika. Masak beramai-ramai untuk makan tengahari sebelum memulakan aktiviti seterusnya iaitu membersihkan dan mewangikan seluruh pelusuk RMHC. Dah kenyang, baru senang hati nak buat kerja kan? Hihi.

Aktiviti gotong-royong

Aktiviti gotong-royong jadi happening sangat sebab semua yang terlibat enjoy membersihkan dan mewangikan Rumah Ronald McDonald. Tambah-tambah lagi aktiviti ni dibuat dengan menggunakan semua barangan yang dihadiahkan oleh pihak AFY Haniff. Dari pewangi fabrik, pencuci lantai, pencuci pinggan dan lain-lain. Harum semerbak bau kat seluruh RMHC.


Sumbangan Ikhlas dari pihak AFY Haniff
Bukan setakat projek amal ni je yang pihak AFY Haniff buat, pada hari kejadian satu sesi pemberian sumbangan ikhlas buat penghuni-penghuni yang ada di RMHC turut diadakan secara mengejut.


Sebuah keluarga telah menerima sumbangan kilat berbentuk wang tunai dari pihak AFY Haniff bagi mengurangkan beban kewangan keluarga tersebut yang perlu menghuni lama di RMHC kerana menunggu anak kecil berusia 5 tahun yang mengalami kecederaan serius akibat satu kemalangan.


Buat penghuni-penghuni lain, pihak AFY Haniff turut memberikan sumbangan produk AFY Haniff kepada mereka. 

Sumbangan untuk keluarga yang ada di RMHC
Tahniah kepada AFY Haniff, RMHC dan Bite Media Consultant
Terbaik sangat big boss AFY Haniff ni kan? Dah la hantar team untuk projek amal ‘gotong-royong’, shopping barang keperluan untuk diletakkan di RMHC, hadiahkan produk-produk terbaik keluaran AFY Haniff untuk kegunaan pihak RMHC, lepas tu buat surprise untuk gembirakan hati penghuni di situ dengan bagi sumbangan yang tak dijangka.


Alhamdulillah. Inilah yang dikatakan rezeki dikongsi bersama. Semoga AFY Haniff terus maju dan meneruskan ‘projek amal’ yang dah lama diamalkan ni. Tahniah diucapkan!


Semoga akan ada syarikat lain mengikut jejak langkah AFY Haniff buat ‘projek amal’ seperti ini dan memberikan sumbangan kepada institusi yang membantu orang awam yang dalam kesusahan seperti RMHC. Tahniah juga kepada RMHC kerana menubuhkan satu kemudahan penginapan yang tip top untuk membantu keluarga pesakit yang perlu mengorbankan masa untuk menjaga ahli keluarga di hospital tanpa beban untuk menyewa yang mahal.


Terbaik sangat kedua-dua syarikat ni. InsyaAllah pasti ada pulangan yang baik atas kebaikan yang dah mereka berikan kepada masyarakat.


Bite Media Consultant juga patut diberi ‘reward’ kerana menjadi pemudahcara kepada dua syarikat ini untuk bekerjasama dalam ‘projek amal’ mereka. Tahniah dan semoga lebih banyak syarikat yang akan menggunakan perkhidmatan dari Bite Media Consultant. Terbaik kesemuanya!


Jom dapatkan produk AFY Haniff di pasaraya terdekat sekarang!
Jom dapatkan produk keluaran AFY Haniff!
Eh! CikSha pun sebenarnya dah tergoda nak cuba produk keluaran AFY Haniff pulak ni sebab memang duk guna produk berasaskan serai wangi kat rumah ni. Kita tukarlah! Wajib support perniagaan orang Islam yang terbaik macam ni.


Oh ya, buat yang nak tahu lebih lanjut pasal AFY Haniff, boleh skodeng link kat bawah ni ok!

Website : www.afyhaniff.com
Instagram : https://www.instagram.com/afyhaniff_consumer/
Facebook : https://www.facebook.com/AFYconsumer/

Bisik-bisik :: Suka dengan khidmat masayarakat yang AFY Haniff duk buat ni. Respect! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2019/10/afy-haniff-syarikat-muslim-yang-patut-jadi-contoh-kerja-amal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Produk Pilihan Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah Dari Afy Haniff Serai Wangi

4 Produk Pilihan Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah Dari Afy Haniff Serai Wangi

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 395 hits
4 Produk Pilihan Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah Dari AFY Haniff Serai Wangi Salam semua ramai di kalangan kita tidak ambil berat tentang tahap kebersihan di dalam rumah Di dalam rumah sendiri pun kadang kadang ada risiko yang boleh mendatan...
Unza Syarikat Muslim

Unza Syarikat Muslim

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 400 hits
AssalamualaikumPerkongsian dari FB Ustaz LaribaPENGASAS DAN PEMILIK SYARIKAT WIPRO UNZA ORANG ISLAMDaripada beberapa carian kami pengasas dan pemilik syarikat Wipro UNZA pengeluar produk jenama Safi terbukti adalah orang Islam Wipro telah b...
Afy Haniff Patut Dipuji Atas Usaha Mewangikan Rumah Ronald Mcdonald Di Husm Kelantan

Afy Haniff Patut Dipuji Atas Usaha Mewangikan Rumah Ronald Mcdonald Di Husm Kelantan

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 317 hits
AFY HANIFF Patut Dipuji Atas Usaha Mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kelantan Korang pernah dengar tak nama AFY haniff Jika YA memang terror sebabnya daku ni baru pertama kali dengar nama AFY haniff walaupun hakikatnya produk pernah ...
Projek Amal 10 Instruktor Bergabung Tenaga

Projek Amal 10 Instruktor Bergabung Tenaga

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 454 hits
JOM ESOK AHAD Kita sokong dan sertai team amal Gofest dengan berzumba bersama 10 orang tenaga pengajar ZUMBAuntuk kutipan dana anak anak yatim NurQaseh Yang tidak dapat join pun boleh beli untuk disalurkan sumbangan anda dengan pembelian ti...
Afy Haniff Dan Team Bekerjasama Wangikan Rumah Ronald Mcdonald Husm Kubang Kerian

Afy Haniff Dan Team Bekerjasama Wangikan Rumah Ronald Mcdonald Husm Kubang Kerian

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 605 hits
Jarang sangat kita dengar pengusaha Bumiputera yang mengusahakan perniagaan berasaskan produk detergen dan penghalau serangga kan Memandangkan sekarang sedang hangat dengan kempen Buy Muslim First di sini saya nak share dengan anda semua be...
Wangikan Rumah Ronald Mcdonald Husm Dengan Produk Wangian Afy Haniff

Wangikan Rumah Ronald Mcdonald Husm Dengan Produk Wangian Afy Haniff

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 398 hits
Hai assalamualaikum dan selamat tengahari korang Buat apa tu Haa masih sibuk dengan tugasan harian ke Alahai kesiannya Tengah banyak kerja ek Ciktie nak tolong pun macam tak mampu aje ni Tolong tengok ajelah yea Sekarang ni musim orang tak ...
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald Mcdonald Husm Oleh Team Afy Haniff

Aktiviti Wangikan Rumah Ronald Mcdonald Husm Oleh Team Afy Haniff

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 404 hits
Aktiviti Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Oleh Team AFY haniff Assalamualaikum wbt Hi korang Baru baru ni Team AFY haniff telah mengadakan aktiviti mewangikan rumah Ronald Mcdonald di HUSM Kelantan Baguskan kalau selalu diadakan aktviti ...
Jangan Sesuka Hati Menceduk Idea Konsep Dan Hasil Kerja Orang Lain Sirkhan Danial

Jangan Sesuka Hati Menceduk Idea Konsep Dan Hasil Kerja Orang Lain Sirkhan Danial

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 305 hits
Korang ingat lagi tak kumpulan dari Indonesia Symphony Band yang menimbulkan kontroversi baru baru ni disebabkan melodi lagu Pergi Saja sama dengan lagu Haqiem Rusli iaitu Tergantung Sepi Alahai kenapa perlu ciplak hasil kerja orang lain de...
Beredar Di Medsos Ini Nama Nama Menteri Kabinet Kerja Jilid 2

Beredar Di Medsos Ini Nama Nama Menteri Kabinet Kerja Jilid 2

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 206 hits
Beredar 18 nama menteri yang diprediksi mengisi susunan Kabinet Kerja jilid 2 periode 2019 2024 Dari informasi yang beredar terdapat sejumlah nama baru yang akan mengisi Kabinet Jokowi Ma ruf Berdasarkan informasi yang dihimpun dari berbaga...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist

Sa Tak Pernah Buat Muka